IT~16

Romance Series 16855

Bab 16

Wardiena menarik tangannya saat Tuan Roslee leka berbual dengan Mak Lela dari genggaman tangan suami terbencinya. Galak sungguh. Nak makan pun, pulun nak pegang tangan bagai.

Menyesal sungguh dia balik semula ke rumah ini. Ingatkan Ridhwan dah blah jauh-jauh, tapi ada lagi makhluk bendul ni. Eh-eh, tapi sekarang ni bukan bendul dah. Jadi miang keladi pulak. Tengokla, Sejak dia balik dari sini, tak lepas tangannya dari di pegang oleh Ridhwan.

" Lepas la bodoh. Ingat tangan aku jual dekat kedai 2 ringgit ka? Suka hati kau aje nak pegang." Wardiena tarik lagi tangannya yang di letakkan di bawah meja.

" Apa yang? Nak abang suap pulak? Alololo, manjanya isteri abang ni. Mesti sayang rindukan abang setelah seminggu kita tak jumpa, kan? " kata Ridhwan kuat. Sengaja dia ingin menarik perhatian Tuan Roslee yang sedang berbual itu.

" Papa, Diena nak Wan suap la. Manja kan isteri Wan ni? Mama dulu mesti manja jugak macam ni kan? " kata nya sambil ketawa kecil tanpa menyedari riak wajah Wardiena yang sudah berubah.

Apa masalah mamat ni hah? Nak sebut-sebut nama mama aku pulak. Eiii, nak kena cepuk ni.

Tuan Roslee ketawa kecil. Sememangnya sikap Wardiena saling tak tumpah macam arwah mamanya. Wajahnya, tingkah lakunya. Sesungguhnya sangat serupa. Setiap kali terpandang Wardiena, Tuan Roslee akan nampak bayangan isterinya.

" Pa, Diena nak naik atas dulu la. Mengantuk. " kata Wardiena saat terasa tangan suaminya melingkar pula di pinggangnya. Eii, adik beradik ular sawa ke apa entah? Kerja nak melilit orang aje. Macam la kita suka dekat dia.

" Naik la. Papa tahu mesti Diena penat. Takpe, masuk bilik terus tidur ya. " pesan Tuan Roslee saat anaknya ingin bangun dari kerusi.

Tangan Ridhwan pantas menggapai tangan Wardiena. Senyuman penuh makna di lemparkan kepada isteri kesayangannya.

" Papa Wan nak naik juga la. Eii, naughty ya sayang ni. Tak sabar-sabar pulak. Abang tahulah sayang rindu, tapi tak payah la sampai nak naik bilik sekarang. Tapi tak pelah, naik nanti sayang lepas rindu puas-puas tau. " usik Ridhwan sambil mencubit pipi isterinya.

Wardiena mencerlungkan matanya. Ada-ada aje lah, mamat ni. Kalau tak mengena aku, memang sakit perut kut lelaki ni. Ada sahaja idea nak mengusik aku. Eiii, menyampah betul la aku.

" Aummm, Argh, panasnya bang malam ni. " Mak Lela pura-pura mengipas wajahnya dengan majalah. Senyuman nakal terbit juga di bibirnya.

" Itulah, agak-agaknya dekat dalam nanti mesti lagi panas kan? " Mak Ton yang sedari tadi mendiamkan diri terus mencelah dengan ketawa mengekek. Seronok mengusik orang muda-muda ni. Lagi best, kalau diorang tersipu-sipu malu.

Wardiena terus berlalu naik ke atas diikuti dengan Ridhwan. Tengokla bukan main manja lagi dia. Nak jalan pun, nak pegang baju isteri.

" Pergi tidur dekat mana-mana selain bilik ni, kalau awak tak nak mati. " kasar Wardiena bersuara. Pintu di tolak rapat. Tetapi pantas sahaja Ridhwan menolak. Khudrat lelaki kan? Lebih kuat dari perempuan.

" Keluar la bodoh. Sial betul la. Kau memang nak kena dengan aku malam ni. Kau tunggu Ridhwan." Wardiena terus berlalu ke papan seterika. Plug seterika di lekatkan di soket. Dia bukak seterika pada tahap yang paling maksima. Atau orang Penang cakap, panaih tak tau nak habaq. Malam ni, dia akan berikan pengajaran yang paling setimpal dengan perbuatan Ridhwan tu. Dia bukan wanita yang lemah. Sekali orang buat dekat dia, sepuluh kali lagi dia akan balas.

Ridhwan meneguk liur yang terasa kesat. Gi mana an sik? Mau cabut ya? Waduh.. Waduh..

Ini kalau seterika tu tertempek dekat muka, mau sebulan dia tak boleh bercakap ni. Tambahan pulak tu seterika wap. Adoyaiii..

Wardiena mencabut plug seterika setelah memastikan seterika betul-betul panas. Dalam Islam pun ada juga cakap kan? Kalau nak bunuh cicak biarlah hanya sekali sahaja cubaan. Kalau kita bunuh seekor cicak itu berkali-kali, sudah jadi hukum menyiksa haiwan pulak, kan?

Ridhwan berlari ke pintu. Makkk!! Wan takut..

Wardiena melangkah dengan mukanya yang bengis. Seterika di halakan betul-betul ke wajah suaminya. Lagaknya seperti antagonis dalam drama. Aura jahat pun sudah terkeluar tu.

" Sebelum aku kiss kau guna seterika ni, aku nak tanya kau. Apa permintaan kau? Aku tak suka buat sesuatu benda tanpa kerelaan orang lain. Tapi bila kau dah cakap permintaan kau tu, aku tahu yang kau sudah rela.." kata nya dengan nada sinis. Seterika di acah-acah di letakkan di wajah Ridhwan.

Ridhwan yang tak sempat nak bukak pintu tu, terus mengecilkan dirinya. Mukanya juga sudah berpeluh-peluh.

"Permintaan? " soal nya sekali lagi. Apa jadahnya ni? Apa yang Wardiena nak sebenarnya ni?

" Hmm. Kau boleh minta apa-apa sahaja. " jawabnya dengan muka yang angkuh.

Ridhwan menimang akan keputusan itu. Kali ni dia kena fikir betul-betul. Macam mana ya? Mungkin ini sahaja lah, jalan penyelesaiannya.

" Saya nak 10 permintaan boleh? " soalnya gugup. Betul ka ni Ridhwan?

" Oh ya. Di kemudian hari kau tak boleh nak saman aku tau. Sebab kau sendiri yang rela. Lagi pun, aku dah rakam semua perbualan kita ni. " Wardiena tuding jari ke poketnya.

Ridhwan menelan liur lagi.

" Apa permintaannya?"

" Saya nak awak jadi isteri terbaik untuk Saya. "

" Ok."

" Saya nak kita macam suami isteri lain. Yang boleh bergurau senda, dan yang juga boleh saling bertukar cerita. "

" Next? "

" Saya nak awak dan Saya melayari bahtera rumah tangga ni dengan erti kata yang sebenar. Saya tak nak sebarang penolakan mahupun keluhan. Pada setiap malam kecuali time yang tak mengizinkan."

" Oooo.. Kk. " Wardiena pula yang jadi gugup.

" Saya nak kita macam ni untuk selamanya. Bukan dalam satu tempoh masa sahaja. "

" Ya. "

" Saya nak awak pakai kan baju untuk Saya setiap kali Saya nak keluar, boleh? "

" No problem. "

" Saya nak... " belum sempat Ridhwan menghabiskan ayatnya, Wardiena terus memintas.

" 5 permintaan sudah cukup. "

" Lah, mana aci. Tadi janji 10? " Ridhwan mempamerkan muka tidak berpuas hatinya. Tak berbaloi lah rasa sakit nanti.

" Cukup. " Wardiena terus melekapkan seterika ke perut Ridhwan. Dia menggigit bibir bawahnya. Aduhaii, first time ni jadi kijam sangat-sangat.

Terangkat tubuh Ridhwan ke atas. Air matanya sudah mengalir laju. Ya Allah, sakitnya.

Wardiena menarik kembali seterika selepas nampak Ridhwan yang tak terdaya itu. Maunya mati nanti mamat ni, aduhai masuk penjara la aku.

Seterika wap di simpan semula ke tempatnya. Wardiena kotakan janji kau tu.

Bibir bawah di gigit sebelum dia mendapatkan Ridhwan. Tubuh itu terus di papah ke katil. Di selimutkan tubuh itu.

Baru sahaja dia nak membuka pakaiannya, Ridhwan pantas melarang. "Kenapa nak bukak baju? Tak payah."

" Tadi cakap tak nak penolakan bagai. "

" Tengokla keadaan abang ni. Sayang nak buat abang tergoda ke, di saat abang lemah tak terdaya ni? Alah, postpone esok pun boleh. " Ridhwan tarik Wardiena ke dalam dakapannya. Tangan gadis itu di letakkan di perutnya yang melecur. Bajunya juga sudah terbakar.

" Tangan sayang ada penawarnya. Abang nak sayang jaga abang di saat abang lemah ini. Abang nak sayang cintakan abang. Abang tamakkan cinta sayang. Walau abang nak dominan kan diri dan hati sayang, tapi abang tak nak sayang pula yang tiada perasaan dekat abang. " bisiknya dengan nada yang lemah. Sakit di perut begitu menusuk-nusuk.

Wardiena menoleh ke arah lain. Kenapa sekarang ini dia pula rasa macam dia pulak yang termasuk dalam lubang sendiri? Aduhaii, dia yang buat perangkap, tetapi dia juga yang masuk perangkap. Tambahan pulak sekarang ini, dia terikat dengan janji lagi.

Gila! Kau dah gila Wardiena. Kau sangat-sangat bodoh.

Mulanya tadi Wardiena ingat bila, dia acah-acah pegang seterika tu, Ridhwan nak lari, tapi tak sangka pulak dia yang terjerat diri sendiri pulak. Lepas ni hubungan tanpa penolakan?

Argghhh, gila itu!!

" Saya tak boleh. Arghh, memang tak boleh. " Wardiena terus berlari keluar dari bilik.

Macam mana dari benci nak jadi sayang pulak ni, ini bukan drama Okey. Ini kisah hidup dia. Takkan la dia nak senang-senang lupakan apa yang terjadi. No, dia takkan lupa.

Ridhwan berdesis sakit tatkala dia ingin bangun dari katil. Aduh, sakit bak hang.

Takpe, lari lah sayang selaju yang sayang mampu, tetapi nanti bila abang dah pasang kekuda, sayang tetap akan jatuh dalam pelukan abang jugak. Tak lari pun gunung di kejar.

Ridhwan tersenyum lebar. Nampaknya Wardiena sendiri yang menjerat dirinya. Relax lah, orang lelaki kalau tak tahan sakit sikit, bukan namanya lelaki la. Tak sangka di sebabkan seterika wap itu, dia dapat berbaik semula dengan Wardiena.

Dua naskah majalah mingguan wanita Wardiena di keluarkan dari baju. Ahahaha, dia lagi bijak okey. Semasa nampak Wardiena tengah leka memanaskan seterika, cepat-cepat dia mengambil majalah lalu di sumbat masuk ke dalam baju. Yang sakit semua tu, dia pura-pura ja cakap.

*******

Natasha mengeluh buat kesekian kali nya. Aduhai, niatnya untuk berlama-lama dengan kekasih hati nampaknya terkubur jua.

Ini Nasrin la punya pasal.

Nasrin ketawa sinis tatkala perasan wajah Natasha yang cemberut lain macam. Ahaks, mesti dia tengah sedih sekarang ni.

" Kau gelak-gelak apa? Nak mati dengan aku ke? " Natasha menunjukkan garfu yang berada di dalam pinggannya tepat di hadapan wajah Nasrin.

Nasrin menjelirkan lidah. Seolah-olah mengejek balik kelakuan Natasha. Dia tahu Natasha takkan berani punya. Nak kena dengan Abang Nasrul? Haha, dia ketawa di dalam hati.

" Hah, macam ni la gelak-gelak selalu. Lain kali abang Rul, tak nak dah dengar korang bergaduh tau." Nasrul muncul dari dapur bersama sepinggan roti roll sardin.

" Wow, sedapnya abang Rul. Macam tahu-tahu pulak yang Sha suka roti bakar ni. " Natasha menyuap laju roti roll yang masih panas ke dalam mulut. Awesome, sedapnya!

" Agak-agak la nak menipu pun. Taun bila pulak roti roll sardin ni, tertukar jadi roti bakar? Ahaha, lawak la kau ni. " Nasrin ketawa sinis.

Nasrul ketawa juga. Dia tak tahu nak sebelah kan siapa. Dua-dua darah daging dia. Datang pun dari serumpun yang sama. Malah dua-dua juga dia Sayang.

Natasha terus berlalu naik ke atas. Dia terasa betul la dengan mulut loji kumbahan Nasrin tu. Tak sedar diri. Ada hati nak mengata dekat orang.

Nasrul menjeling adiknya yang tengah makan dengan berselera.

" Kenapa, bang? " soalnya tatkala terperasan akan pandangan Nasrul yang tunak memandangnya.

" Adik tak nak kahwin lagi ke? "

" Tak. Belum jumpa yang sesuai. "

" Nak tak, kalau abang kenal kan adik dengan kawan abang. Adik cakap aje nak macam mana, semua ada. " beria-ria Nasrul mengiklan.

Nasrin menghentakkan tangannya ke meja. Entah mengapa sekarang ini, emosinya tidak tenteram. " Tak payah. Abang cari aje lah untuk diri abang sendiri. Hidup adik, biar adik yang tentukan. " kata nya sebelum berlalu naik ke atas. Tak lupa juga untuk dia mengambil 5 ketul roti roll sardin. Agak-agak la nak majok pun. Perut kena jaga jugak bro!

Ingatannya terlayang kembali kepada saat-saat manis dia dan Ridhwan berkenalan. Sangat indah semuanya. Sangat-sangat mengasyikkan.

" Lelah hati ini, lelah hidup dengan mu. Tapi kerna ku terlanjur sayang pada dirimu. " dia bernyanyi kecil sambil memejam mata. Tubuh sudah di baringkan di atas katil.

Nyum.. Nyum.. Nikmat gila makan atas katil macam ni.

Ha, baguslah tu. Lepas makan terus tidur. Nanti kalau bambam jangan pulak nak melenting eh? Sendiri punya buat, sendiri mau tanggung la.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience