IT~5

Romance Series 16849

Bab 5

Natasha tersenyum simpul memandang pantulan wajahnya di cermin. Hari ni, hari bahagia pujaan hatinya. Jadi mesti la, dia kena sertai sekali, kan? Tak best la, pulak kalau dia tak de, sekali. Eh, tapi bukan kah, majlis resepsi tu hanya orang yang ada Kad jemputan aje boleh masuk? Orang yang takde tak di benar kan? Argh, itu bisa di urus, sik!

Mata di jeling sekilas kepada seorang wanita yang diikat di tepi katil. Perlahan langkah di hampiri ke arah wanita itu. Senyum sinis terukir di bibir. Dagu wanita yang sedang menunduk itu,di cengkam kuat untuk memposisikan wajah itu menghadapnya.

" Terima kasih ya, Auntie Maria. Di sebabkan Kad jemputan ni, I boleh pergi sana. Jumpa lagi ya, muah.. Muah.. " Natasha layangkan flying kiss dengan wajahnya seolah-olah mengejek wanita itu.

" Hmphh.. Hmmmphh.. " Auntie Maria tak mampu nak buat apa-apa dah. Tangan diikat, mulut juga di tutup. Argh, tak ubah seperti haiwan. Meronta-ronta Auntie Maria tatkala tangan Natasha menyeluk ke dalam handbagnya lagi. Apa la lagi yang gadis itu nak? Tak cukup ke, dia dah ambik kad jemputan?

" Macam mana I nak pergi, kalau takde kunci kereta? Stesen LRT pulak jauh. So, I borrow your car key tau auntie Maria. " tersengih Natasha sambil jari-jemarinya bermain-main dengan kunci kereta. Suatu kepuasan untuknya dapat melihat orang lain meronta-ronta, menjerit-jerit.. Sebab dia dulu pun, di perlakukan begitu.. Malah lebih teruk lagi pun ada. Air mata ni, wajib jadi meneman setiap malam. Bukan orang nak fikir pun perasaan dia. Yang diorang tahu nak menghina dan memperlekehkan dia aje.

Natasha terus berlalu keluar dari bilik dengan senyuman. Tak nak la, nostalgia lama kembali terlayar di ingatan. Sekarang apa yang penting dia kena happy-happy.. Walau Wardiena bukan milik dia..

****

Tepat pukul 8 malam, pintu THE DAISY AND RESIDENCES terus di kunci dari dalam. Tetamu yang datang lewat memang tak boleh masuk. Ini untuk mengekalkan konsep punctual time oleh hotel ini. Pada waktu biasa, siapa yang booking hotel awal-awal tapi lewat sampai, terus duit nya akan di burn dan kalau nak menginap jugak di sini, kena buat booking lain kali. Agak tegas, kan?

Di luar kereta masih berpusu-pusu memasuki perkarangan hotel. Hanya yang benar-benar berpangkat sahaja boleh masuk. Orang berpengaruh, kan? tak bagi masuk nanti ada la pulak buat saman malu. Hmm..

Tetamu sudah mengambil tempat di dalam Grand ball room yang seluas padang bola itu. Gamat suasana dengan gurauan mahupun bicara riang tetamu yang hadir. Semuanya mengikut tema majlis iaitu ala-ala fairy tale. Yang lelaki segak bergaya dengan tuxedo mewah. Manakala, yang wanita pula anggun berias dengan pemakaian gaun labuh bercorak bunga-bungaan.

Nasrin tetap pergi dengan memakai gaun hitam labuh walaupun dia masih tidak berapa sihat. Walau sakit hati nak melihat keserasian pasangan pengantin, dia tetap menggagahkan juga diri untuk melangkah masuk ke dalam.

Natasha duduk semeja dengan beberapa orang lelaki muda. Dah tak de, tempat lagi dah, duduk aje la. Yang penting dia boleh tengok Wardiena. Dari jarak jauh pun tak per.

" Hai adik manis. Cantiknya adik hari ni. Abang nak berkenalan, boleh? " soal seorang lelaki berkumis nipis yang duduk bersebelahan dengannya. Kawan-kawan lelaki yang lain sudah ketawa gatal sambil bersiul-siul.

" Kalau kau cakap sekali lagi, garfu ni aku rodok kerongkong kau. " balas Natasha sambil menghalakan garfu besi dengan mata lelaki itu.

Hari ni habis selori foundation dia pakai. Semata-mata nak nampak cantik depan Wardiena. Tudung yang tak pernah di sentuh pun, tiba-tiba hari ni terasa nak pakai. Penangan cinta la katakan.

Tiba-tiba, mata semua tetamu terhala ke sebuah lampu yang menunjukkan ke pintu masuk grand ball room. Natasha dan Nasrin terikut juga memandang ke arah tempat tumpuan mata tetamu.

Wardiena dengan gaun labuhnya berwarna lavender dusty blue melangkah sopan bersama Ridhwan dengan tuxedonya juga berwarna sama dengan Wardiena. Tuxedo itu gah tersarung di tubuh tegapnya. Mana tak gah nya, Men's Silk - Lapel Wool Two-Piece Tuxedo Suit itu di import khas dari Itali. Tambahan pula Tuxedo ini berada di bawah jenama Ermenegildo Zegna, yang merupakan antara jenama terkemuka di dunia. Rambut Ridhwan juga disisir kemas sehingga mampu membuatkan mulut gadis-gadis melopong.

Shawl biru lavender itu di lilit kemas menutupi dada. Sejambak bunga lavender segar di pegang nya bersama senyuman manis. Sempat Wardiena melambai kepada tetamu yang merakamkan gambar dia dan Ridhwan. Langkah di teruskan dengan flower girl bergaun separas lutut melempar bunga mawar. Wow.. Sememangnya perkahwinan idaman setiap gadis.

Ridhwan hanya tersenyum bagi menghilangkan gugupnya. Walau dia anak Dato, tapi dia tak pernah menghadhiri majlis keramaian begini. Mesti semua ingat anak Dato ni, jenis ramah-ramah, berkeyakinan tinggi bagai. Tapi sebenarnya, itu indah khabar dari rupa aje. Tak semua anak Dato sempurna macam tu. Macam pisang juga lah, kan, dalam setandan tu, mesti ada yang buruk, yang tak masak.

Bridesmaid yang terdiri dari gadis bertudung turut ikut melangkah di belakang mempelai. Ada jugak di kalangan bridesmaid tu pelakon terkenal, model antarabangsa dan juga wartawan di stesen TV. Wardiena kan jenis yang happy go lucky sikit, jadi semua orang dia kawan.

Natasha tersengih gembira apabila tiba-tiba tanpa terduga, Wardiena tiba-tiba tersenyum ke mejanya. Arghhhh, serasa mahu lari keliling dewan pun ada. Happy sangat ni !!

Pengantin terus duduk di meja beradab untuk menjamu selera. Tak de pelamin-pelamin bagai. Wardiena yang tak nak. Bukan di sarankan pun dalam Islam, yang semua orang kalau nak kahwin mesti ada pelamin. Tak semestinya.

Ketika sedang menjamu selera, ada pulak persembahan silat dan taekwondo. Begitu lincah beberapa orang kanak-kanak kecil menunjukkan ketangkasan mereka. Wardiena bertepuk tangan sambil tersenyum. Minat betul la, dia dengan seni mempertahankan diri. Selalu sangat tengok dekat YOUTUBE.

Wardiena sentuh kepalanya yang tiba-tiba berdenyut-denyut. Aduh, kacau sungguh la. Muka sehabis baik cuba di kawal. Bukan apa, camera man punya berjuta depan mata. Sedang sibuk merakam wajah dia dan Ridhwan. Mungkin dia pening kut, pakai baju gaun yang berat macam satu kereta, make up setebal konkrit.

" Saya nak pergi toilet jap. " bisik Wardiena di telinga Ridhwan. Ridhwan hanya angguk kan kepalanya sebelum sambung berbual dengan pengapit lelaki. Aikkk, tak risau ke isteri pergi tandas sorang-sorang? Perasaan cinta tu takde lagi. Cubalah kalau dah cinta sampai terguling-guling, confirm isteri nak makan nasi pun, dia sanggup suap.

Wardiena melangkah laju keluar dari dewan itu. Kepala di pegangnya. Apasal ni, aku sakit sangat kepala? Aku dengan dia pun tak rasmi lagi. Mana nak ada kemungkinan yang aku pregnant pulak? Argh, aku mesti tak cukup tidur ni. Semalam pulun usha Internet sampai lewat malam semata-mata sebab ada rakan artis yang baru bercerai. Kiranya dia nak luahkan la, perasaan dia bila jadi janda. Haish..

Kaki di ayun laju ke honeymoon suite yang di sponsor oleh Mak Tehnya, yang di panggil Mak Ton. Hotel ni milik Mak Ton dan suaminya, Pak Leh. Kiranya hari ni, semua suite dalam hotel ni, hanya boleh didiami oleh kaum keluarga, sahabat handai dan kenalan sahaja.

Keluarga mereka merupakan antara keluarga terkaya di Malaysia. Mempunyai aset jutaan USD Amerika. Setiap seorang, pasti mempunyai aset tersendiri. Contohnya, macam ayah dia, Tuan Roslee ada 5 buah syarikat perkapalan, Mak Ton pulak mempunyai 2 buah hotel 5 star dan lagi sebuah hotel lagi 4 star. Dan akhir sekali, Mak Lela mempunyai 6 buah cawangan boutique di seluruh negara dan 3 buah boutique lagi di Thailand, Indonesia dan Brunei. Kaya, kan?

Pintu suite di buka menggunakan Kad akses. Terus pintu terkatup rapat saat dia melangkah masuk. Wardiena tak kesah, tetamu semua nak cakap apa? Dia sakit kepala sangat. Bukannya sakit main-main. Aduhaii, migrain datang menyerang lagi. Tak boleh stress sikit.

Wardiena buka tudung dan gaun kembang-kembangnya. Wardiena tukar pakaiannya kepada baju yang boleh bernafas sikit. Kalau di biarkan lama-lama pakai baju ni confirm boleh mati semput dia. Sekarang ni dia rasa nak tidur aje. Tak nak dah buat benda lain. Make up remover diambil dari atas meja solek. Terus di tonyoh lembut kapas yang sudah di basahi dengan cecair penanggal mekap itu.

Arghhhh.. Terasa lega sikit.

Tubuh terus di baringkan ke katil saiz King yang empuk tu. Aduhaii, naik-naik je, terus tenggelam dia dekat katil. Memang terbaik gila la. Tak sampai sesaat, mata terus terpejam dek sakit kepala melampau.

Wardiena buka sikit matanya yang masih lali, saat terdengar pintu terkuak dari luar.. Siapa tu? Argh, mata pulak boleh buat degil.. Tak nak bukak luas-luas. Tapi yang pasti tubuh itu sedang menghampirinya dalam keadaan mata semakin kabur...

" Sayang! "

Terdengar suara itu memanggilnya sayup-sayup di hawa telinga, sebelum mata terkatup rapat bagai di gam.

Si dia sudah tersengih suka sebelum naik ke katil....

Ada seorang kwn ni wassap Dania cakap nak Dania update jugak walau 1 chapter for today.. Haha.. Awak, Dania dah update dah. Jemput baca!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience