IT~2

Romance Series 16849

Bab 2

Ridhwan turun ke tingkat bawah sebaik sahaja selesai mengerjakan solat subuh. Sampai ke pagi, bayangan cik Isteri tak nampak.

Dari tangga lagi, dia dapat menghidu aroma masakan yang sangat wangi.. Siapalah yang masak? Baunya.. Hmm, boleh buat orang terkhayal..

Dari ruang tamu, Ridhwan mengintai. Dari situ, dia dapat melihat seorang gadis bertudung labuh sedang bertarung di dapur. Agak-agaknya siapa lah, kan?

Di dekatkan lagi jarak antara mereka, baru dia tahu siapa. Nur Wardiena. Aci tak kalau dia nak kacau sikit Wardiena tengah masak? Alah, bukan nak buat apa pun, cuit-cuit hidung macam tu aje.

Sebagai murid yang sentiasa berusaha dengan begitu tekun sehingga dapat 8A dalam SPM, Ridhwan juga akan berusaha untuk mengenali hati budi Cik Isteri dengan lebih mendalam.

Semalam pun, puas dia mengerahkan Pak cik Google untuk mencari teknik nak kenal isteri. Dan hasilnya...

Tubuh Wardiena dari belakang di peluknya, kaku. Almaklumlah, ini first time.

Wardiena yang tengah masak pun jadi kaku tak bergerak. Dia tahu siapa yang peluk. Tapi tak tahu apa tindakan seterusnya yang patut di buat.. Nak balas balik ke, pelukan tu?

" A.. Aa.. Awa..Abang. " Wardiena tergagap sedikit untuk menyebut panggilan itu.

" Hmmmmmm. " Ridhwan acah-acah tenang dengan meletakkan kepalanya di atas bahu Cik Isteri. Confident, Ridhwan. Jangan malukan kaum lelaki..

" Saya takut hangit aje, Serawa durian ni. Boleh abang postpone peluk-peluk ni. Tunggu malam nanti ya. Saya tak lari mana pun. " Wardiena tersenyum kecil memandang suaminya.

Ridhwan terus melepaskan pelukan sebelum berlalu. Merah padam muka dan telinganya. Gila betul. Kenapa jantung ni dub dab sangat hah? Aku, nervous gila..

Wardiena dari dapur sudah ketawa kecil. Apa? Ingat dia lemah sangat ke, tak boleh buat suara manja lepastu tak buat suami blushing? Wardiena pun ada buat research sikit dalam Internet. Hehe..

Apa nak jadi lah, dengan suami isteri zaman sekarang? Dah lah menyorok sebab tak ready, lepastu boleh pulak saling menguji macam ni.. Adoyaiiii... Tak patut.. Tak patut..

***************

" Jemput makan ya, semua. Today I masak serawa durian dengan pulut kukus. Hidangan spesial sempena baru kahwin. " Wardiena meletakkan mangkuk besar yang mengandungi serawa durian.

Semua sanak-saudara sudah tersenyum-senyum. Boleh di katakan rumah ni, macam rumah panjang dekat Sarawak. Boleh di diami beberapa buah keluarga. Tetapi masih dalam keturunan yang sama.

Memang meriah betul la, dengan suara kanak-kanak bermain dan suara makcik-makcik bergosip. Kiranya, kalau nak tunggu seisi rumah diam, pada waktu malam sahaja. Kalau waktu lain, memang tak lah.

" Kami ni, dah terlebih kenyang sangat dah, tengok drama cik Isteri dan encik suami di dapur. Memang boleh meleleh air liur tengok. " usik Mak Lela sambil jongketkan bibirnya.

Wardiena tersengih apabila semua sanak-saudara memandangnya. Ridhwan pula dari tadi asyik menunduk. Barang kali awal-awal lagi, dia sudah di usik..

" Mak Lela ni pun. Itu baru trailer lah. Full movie nanti dalam bilik lah. Takkan nak bagi Mak Lela tengok kutt.." balas Wardiena sambil kenyit mata dekat Ridhwan tatkala mata mereka bertemu. Makin menunduklah lelaki itu. Comel.

" Yang kamu Wan. Awal sungguh bangun. Boleh tidur tak semalam? Ke ada orang mengacau? "

Mak Ton pula galak mengusik. Di naikkan kening berulang kali. Makin malu lah, Ridhwan dibuatnya. Nak menelan pulut pun rasa macam menelan cicak.

" Amboi Mak Ton pun sama naik. So far semalam memang kami tak boleh tidur pun.. " balas Wardiena sambil duduk di sebelah Ridhwan. Kesian sungguh tengok Ridhwan dari tadi menunduk. Mesti lelaki itu segan..

" Oh, patutlah. Semalam kami dengar bunyi miau kuat sangat. Bunyi macam kucing nampak ikan lagi. Haha.. " makin ligat Mak Lela mengusik.

Binawe betul. Kenapa di pagi yang mulia dan penuh barakah macam ni nak bualkan pasal topik tu. Ridhwan rasa macam nak lari masuk bilik pun ada.

" Sudah-sudah.. Makanan dah hidang tu, makan." Tuan Roslee bersuara tegas. Kasihan dia dari tadi menengok muka Ridhwan yang berubah.

Lelaki itu perlu membiasakan diri dengan persekitaran di dalam rumah ini. Perlu hadam balik cara nak bergaul dengan family belah isteri. Pengantin baru dalam keluarga ini memang tak sah kalau tak di giat dengan soalan banyak makna tu. Just relax and cool. Jawab balik dengan ayat nakal-nakal, nanti confirm Mak cik- Mak cik tu terdiam sendiri.

*************

Tuan Roslee mengajak Ridhwan mengambil angin di luar apabila mereka selesai bersarapan.

" Kamu sabar aje lah, Wan. Keluarga ayah memang jenis macam ni. Masuk air. " kata Tuan Roslee sambil memandang menantunya.

" InshaAllah,ayah. Saya akan cuba biasakan diri. Mak cakap, kahwin dengan seseorang itu bermakna kita kahwin dengan familynya sekali." balas Ridhwan bersama senyuman.

Terasa lega sikit detak di jantung ni. Kalau tak tadi, macam baru lepas jogging lagi. Berdegup kencang sangat.

" Ayah harap Wan boleh terima baik buruk anak ayah. InshaAllah, dia juga akan begitu.

Bagi seorang ayah ni, terlepas tanggungjawabnya tatkala anak gadis nya berkahwin. Tetapi ayah sentiasa berharap anak ayah dapat bersama dengan orang yang ikhlas menerima dirinya. " dalam kata-kata Tuan Roslee menusuk ke hati.

Ridhwan akan cuba bukak kan pintu hatinya untuk Wardiena. Walau isterinya itu mempunyai banyak kekurangan. Kerana dia juga, banyak berbuat kekhilafan dalam hidup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience