T-6

Romance Series 98146

“Sayang...”
Hanin angkat wajah. Bibirnya sudah tercebik-cebik menahan tangis.

“Don’t hold back. Menangislah kalau itu yang buatkan sayang tenang.”

Tangisan Hanin akhirnya terhambur. Ariz menarik isterinya itu ke dalam pelukannya.

“Sayang, promise me not to hide your pain. It’s unfair that we laugh together but you cried alone.” Rambut Hanin dielus lembut.

“Sayang kena ingat, sekarang sayang dah ada abang. Sayang boleh ceritakan semua yang sayang rasa pada abang. Abang sentiasa ada. Jangan menangis seorang-seorang lagi lepas ni,” ujar Ariz lagi.

Ariz biarkan isterinya itu menangis sampai Hanin tenang sendiri. Jika dengan menangis mampu buat Hanin lega, Ariz sanggup biarkan isterinya itu menangis walaupun hatinya sakit setiap kali melihat air mata wanita kesayangannya itu menitis.

“Hanin dapat rasa yang mama memang tak nak datang majlis kita.”

Ariz terdiam seketika. “Kan Hadi cakap mama tak sihat.”

Hanin menggeleng. Dia tahu itu hanya alasan Hadi. Pasti abangnya itu sengaja memberi alasan begitu kerana mahu menjaga hatinya.

“Tapi tak apa. Hanin dah okey. Hanin dah move on.” Hanin tersenyum kecil. Nak buat macam mana, dia tak boleh nak paksa orang. Kalau dia terus bersedih pun, tak ada apa yang berubah. Lepas dia menangis sepuas-puasnya tadi, hatinya rasa sedikit lega.

“Isteri abang ni kuat.” Pipi Hanin dielus perlahan.

“Kuat macam abang.” Tangan Ariz yang berada di pipinya di bawa ke bibir lalu dikucup sekilas.

Ariz ketawa kecil. Dia mengerling ke arah jam di dinding.

“Dah lewat. Jom tidur.”

“Tapi Hanin tak mengantuk lagi.”

“Tak mengantuk lagi?” Ariz jungkit kening.
Hanin geleng kepala. Walaupun badannya terasa letih tapi matanya masih belum mengantuk.

“Kalau macam tu...” Ariz mula tersengih-sengih nakal.

“Apa?” soal Hanin. Rasanya dia dah dapat tangkap apa yang cuba Ariz sampaikan.

“Kita kan pengantin baru hari ni. Jadi, malam ni boleh dikira malam pertama kita juga kan?” soal Ariz mengusik. Saja mahu menceriakan suasana. Dia tidak mahu isterinya itu terus larut dalam kesedihan.

Tak sempat Hanin nak jawab, Ariz sudah menarik tubuhnya berbaring di atas katil. Ruang bilik itu meriah dengan gelak tawa mereka berdua.

***

“Kau nak apa datang sini?” Belum apa-apa dia sudah menjerkah Hanin.

Hanin menarik nafas dalam-dalam. Berhadapan dengan Puan Yanti dia memerlukan kesabaran yang tinggi.

“Abang cakap mama tak sihat. Hanin check mama dulu ya?” Lembut saja suara Hanin membalas walaupun dijerkah Puan Yanti tadi.

“Tak payah! Aku tak hingin tangan pembunuh macam kau sentuh aku!”

“Mama...” Hati Hanin bagai disiat-siat dan dia sudah terbiasa dengan kesakitan ini. Hatinya bagai sudah kebal dengan kata-kata cemuhan yang keluar daripada mulut wanita itu.

“Kau keluar! Aku benci nak tengok muka kau. Bila tengok muka kau, aku makin sakit.”

Tubir mata Hanin terasa hangat. Dia merenung dalam wajah Puan Yanti. Mencari sedikit belas kasihan.

“Kalau mama bencikan Hanin pun, tolong izinkan Hanin periksa mama sekejap. Hanin janji lepas Hanin periksa mama, Hanin akan balik. Kasihan abang. Dia risaukan keadaan mama,” pujuk Hanin lembut.

Puan Yanti palingkan wajah ke arah lain. Tak betah direnung Hanin lama-lama.

“Berambus! Aku tak nak tengok muka kau,” halaunya.

Hanin meraup perlahan wajahnya. Pandangan jatuh pada meja kecil yang berada di tepi katil Puan Yanti. Ada pinggan yang berisi beberapa biji buah epal dan juga sebilah pisau.

Tanpa berfikir panjang Hanin terus mengambil pisau itu. Puan Yanti tergamam. Terus tegak tubuhnya bila nampak Hanin mengambil pisau itu.

“Kau dah gila ke?” Bergetar suaranya menyoal. Dada sudah diasak debaran.

“Ambil pisau ni mama. Bunuh Hanin. Ambil nyawa Hanin. Kalau dengan nyawa Hanin dapat tebus silap Hanin pada mama, ambillah nyawa Hanin...” Tangannya terketar-ketar menghulurkan pisau pada Puan Yanti. Pipinya sudah lencun dengan air mata.

Puan Yanti hilang diksi. Hanin benar-benar dah gila! Jantungnya berdegup kencang. Dia mula risau jika Hanin bertindak di luar kawalan.

“Kenapa mama marah sangat dekat Hanin? Kalau Hanin mampu, Hanin akan selamatkan papa. Tapi Hanin cuma manusia biasa. Hanin tak boleh nak halang malaikat maut daripada tarik nyawa papa. Kalau Hanin boleh gantikan nyawa Hanin dengan papa, dah lama Hanin buat. Tapi Hanin tak boleh...” Hanin lepaskan semua rasa yang terpendam di hati selama ini. Teresak-esak dia menangis.

Tubir mata Puan Yanti terasa hangat. Wajah dikalihkan ke arah lain. Tak sanggup dia nak memandang Hanin.

“Ambil nyawa Hanin, mama.... Ambil nyawa Hanin...”
Air mata Puan Yanti mengalir perlahan. “Hadi! Ambil adik kau ni! Bawa dia keluar!” jeritnya kuat.

“Ambil nyawa Hanin cepat mama! Ambil nyawa Hanin! Bunuh Hanin cepat kalau itu yang dapat buat mama maafkan Hanin!” gesa Hanin.

“Ya ALLAH, Hanin!” Hadi berlari masuk ke dalam bilik apabila mendengar suara kekecohan di dalam. Hampir tercabut jantungnya bila dia nampak Hanin memegang pisau.

Hadi terus merampas pisau yang berada di tangan adiknya itu. “Istighfar Hanin! Ingat ALLAH!”

Tubuh Hanin terjelepok di atas lantai. Tangisannya semakin kuat kedengaran memenuhi ruang bilik itu.

***
Happy reading!

Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu

Happy reading! Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience