T-2

Romance Series 98146

SELEPAS mandi, Hanin mengeringkan rambutnya yang basah menggunakan pengering rambut. Nasib baiklah Ariz ada pengering rambut.

“Hanin.”

Pintu bilik diketuk daripada luar. Hanin yang sedang mengeringkan rambutnya itu terus panik. Dia segera mencapai tuala lalu menutup kepalanya sebelum berlalu ke muka pintu.

Sebaik pintu dibuka, Ariz menahan senyum melihat Hanin kalut membetulkan tuala yang menutupi rambutnya.

“Sekarang dah halal. Dah tak berdosa dah kalau saya tengok rambut awak.”

Ujaran Ariz buatkan Hanin terus teringat kejadian di rumah keluarganya waktu itu. Kelam-kabut dia lari bila tengok Ariz yang buka pintu bilik Hadi.

“Saya...” Hanin terdiam. Lidah jadi keras nak membalas.

Perlahan-lahan Ariz merapati Hanin. Tuala yang menutupi rambut isterinya itu dilurut perlahan.

“Rambut awak cantik.”

Sumpah Hanin rasa macam nak pengsan sekarang ni. Rasanya kaki macam dah tak jejak lantai. Huwaaa Abang Hadi! Tolonglah kutip balik kawan awak ni.

***

“Kenapa tak tidur lagi?”

Hanin tersentak saat suara garau itu menyapa gegendang telinganya. Debar semakin mengetuk dada bila Ariz semakin menghampirinya.

“Hanin?” panggil Ariz lagi bila tiada respons daripada gadis itu.

“Err... Ya! Nak tidurlah ni.”

Ariz menahan senyum. Dia dapat rasakan kegelisahan isterinya itu tika ini. “Saya nak pergi gosok gigi sekejap.” Ariz terus berlalu ke kamar mandi.

Hanin menghela nafas perlahan. Apa dia nak buat ni? Nak tidur bawah, Ariz tak bagi. Katil ni memanglah luas untuk mereka berdua. Tapi dia tak rela nak tidur sekatil dengan lelaki itu.

“Isteri buat apa tu?” Keluar daripada kamar mandi, Ariz nampak Hanin tengah gigih menyusun bantal di tengah-tengah bahagian tilam.

“Penghadang,” jawab Hanin ringkas. Ini saja cara yang dia boleh lakukan untuk melindungi diri daripada Ariz. Ceh, macamlah Ariz tu orang jahat!

Tawa Ariz terletus. “Penghadang? Awak nak ajak saya main perang-perang ke?”

Hanin ketap bibir menahan rasa. Geram! “Bukanlah. Awak tak boleh masuk kawasan saya. Stay in your own lane.”

Ariz geleng kepala melihat kerenah isterinya itu.

“Okey. Saya tak akan masuk kawasan awak. Tapi kalau awak nak masuk kawasan saya, saya izinkan.” Ariz tersenyum nakal.

Hanin melemparkan jelingan tajam. Memang taklah!

***
Happy reading!

Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu

Happy reading! Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience