Prolog

Romance Series 98146

HANIN melepaskan nafas lelah. Bertugas di bahagian kecemasan memang meletihkan. Setiap hari ada berpuluh-puluh kes kecemasan yang dia kena hadap.

Baru nak teguk air di dalam botol minuman, suara jururawat mengejutkan Hanin.

“Doktor, ada kes baru. Mangsa terlibat dalam kemalangan kereta,” beritahu Maya.

Hanin segera bangun daripada duduknya meskipun rasa penat masih terasa. Ini tanggungjawabnya.

Hanin dan beberapa orang jururawat segera berlari ke pintu kecemasan. Ambulans baru saja tiba.

“Doktor, kita kena cepat. Pesakit banyak kehilangan darah,” ujar jururawat yang baru saja keluar daripada belakang ambulans.

Saat stretcher ditolak keluar daripada ambulans, Hanin tergamam. Dunianya seakan terhenti buat seketika. Tubir matanya bergenang melihat lelaki yang terbaring lemah di atas strecher.

Ariz.

Ternyata mangsa kemalangan itu adalah Ariz. Suaminya sendiri.

“Ariz...”

Maya terus memegang lengan Hanin yang hampir rebah itu. “Doktor.”

Tidak mahu terus hanyut dalam perasaannya, Hanin cepat-cepat mengarahkan mereka menolak strecher menuju ke wad kecemasan.

“Ha-ha-nin,” Lemah saja suara itu memanggil namanya.

“Tolong. Tolong bertahan.” Air mata Hanin sudah merembes laju membasahi pipi.

Kalau sebelum ni dia tak kisah pun melihat darah tapi hari ini dia rasa macam nak pengsan bila tengok darah itu mengalir daripada tubuh Ariz sendiri.

Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience