T-5

Romance Series 98146

“Hanin, kenapa menangis?” tanya Ariz lembut.

“Saya takut. Saya takut kalau saya hilang awak,” akui Hanin jujur. Tak ada apa yang perlu dia sembunyikan lagi. Dia memang takut kehilangan Ariz.

Ariz perlahan-lahan bangun daripada pembaringannya. “Come,” panggilnya lembut. Dia tarik Hanin duduk di birai katil.

“Saya minta maaf saya dah buat awak risau. Tapi sekarang ni saya betul-betul okey. Jangan risau,” pujuk Ariz. Rasa bersalah melilit tangkai hati melihat keadaan Hanin. Dia dah buat Hanin susah hati.

“Dada saya ni macam nak pecah bila nampak awak yang keluar daripada ambulans dengan keadaan berlumuran darah. You almost died, Ariz!”

Tubuh Hanin langsung disauk ke dalam pelukannya. Belakang tubuh Hanin digosok perlahan.

“Saya minta maaf. Saya minta maaf dah buat isteri saya risau.”

Hanin meleraikan pelukan mereka. “Saya minta maaf sebab dah cucuk jarum dekat awak.”

Ariz ketawa kecil. Comel! Ah, Hanin buat dia hampir gila. Butang baju hospital yang dipakainya dibuka. Ariz mahu melihat sendiri kesan jahitan di dadanya.

“Isteri saya jahit?” soal Ariz sambil tersenyum nipis melihat kesan jahitan di dadanya.

Hanin mengangguk perlahan. “Saya dah cuba jahit cantik-cantik. Tapi...”

Cup!

Bicara Hanin langsung terhenti bila tiba-tiba Ariz menarik perlahan dagunya kemudian bibirnya ditindihkan dengan bibir lelaki itu.

“Isteri saya ni comel sangat. I love you,” ujar Ariz selamba. Dah lama dia nak ucap kata cinta itu tapi sebelum ini dia tiada keberanian.

Hanin tergamam. Rasa macam nak tergolek ke belakang sekarang ni. Nasib baik Ariz pegang tangannya. Jantungnya jangan cakaplah. Dah macam nak melompat keluar dah.

“Err...errr saya...” Tiba-tiba Hanin jadi gagap. Lidahnya rasa tergulung.

Ariz hanya ketawa melihat reaksi isterinya itu. Comel sangat!

“Terima kasih untuk semuanya, Hanin.” Ibu jarinya naik mengusap perlahan pipi Hanin.

Tiba-tiba pintu wad dibuka kasar daripada luar. “Ehem!”

Mereka tersentak. Hanin terus bangun daripada duduknya. Wajahnya terasa membahang.
“Dah-dah lah tu. Kat hospital ni,” tegur Hadi. Terkejut juga dia bila Hanin telefon beritahu yang Ariz kemalangan.

Tapi bila tengok keadaan Ariz sekarang ni, rasa menyesal pula datang sini. Elok je keadaan kawan baiknya itu. Maklumlah, ‘ubatnya’ ada di sini!

“Biarlah. Isteri aku. Kalau kau nak juga, cepat-cepatlah cari isteri,” balas Ariz selamba. Bajunya dibutang kembali.

Terbeliak mata Hadi memandang Ariz. Mulut dia ni kan! Kalau dia tahu, dia tak izinkan Ariz kahwin dengan adiknya. Biar Ariz meroyan seorang-seorang. Haa... Baru puas hati!

Hadi alihkan pandangan ke arah Hanin pula. “Oh, ni lah doktor yang beria-ia menangis telefon abang tadi beritahu suami dia kemalangan?” Giliran dia mengusik Hanin pula.

Hanin hanya mampu ketap bibir. Malu tertangkap dengan Hadi tadi masih tak hilang lagi.

“Dah-dah lah tu kacau isteri aku,” tegur Ariz.

“Hanin keluar dulu. Ada kerja.” Tanpa berlengah Hanin terus berlalu keluar dari bilik wad yang menempatkan Ariz.

Hadi ketawa melihat reaksi adiknya itu. Eleh, nak larilah tu!

“Kau ni tak habis-habis kacau dia kan.”

Hadi mencebikkan bibirnya. “Dulu kalau aku kacau dia, kau tak cakap apa-apa pun.”

“Sebab sekarang dia dah jadi isteri aku.” Ariz tersenyum sendiri mengenangkan kejadian tadi. Macam ni ke perasaan angau dengan isteri sendiri?

***

UBUN-UBUN Hanin dikucup penuh cinta. Dia mengeratkan lagi pelukan mereka. Bibirnya tersenyum sendiri sambil menatap wajah wanita kesayangannya itu.

Ariz masih ingat, dia sanggup datang berulangkali ke kafe yang Hanin kerja hanya kerana ingin melihat wanita itu. Waktu itu Hanin baru tamat peperiksaan SPM jadi dia bekerja di part time di sebuah kafe.

“Hanin kerja dekat sini?” soal Ariz. Patutlah tiba-tiba Hadi mengajaknya datang makan di kafe ini. Selalunya mereka lepak di kedai mamak je.

“Hanin baru dua hari kerja dekat sini. Aku saja nak tengok dia kerja,” balas Hadi sambil matanya meliar memerhati sekeliling kafe mencari kelibat Hanin.

Terangguk-angguk kepala Ariz. Matanya turut meliar mencari kelibat adik kawan baiknya itu.

“Ha, tu Hanin!” Hadi cepat-cepat mengambil buku menu lalu menutup wajahnya. Mesti Hanin bising nanti kalau tahu dia datang ke sini.

“Menyoroklah Riz,” gesa Hadi kalut.

“Buat apa nak menyorok? Hanin dah nampak kita dah,” balas Ariz selamba sambil memandang Hanin yang sedang berjalan ke arah meja mereka. Wajah gadis itu kelat semacam. Mesti tak puas hati sebab Hadi sibuk datang ke sini.

“Abang! Abang buat apa kat sini?” soal Hanin sambil merampas buku menu yang Hadi gunakan untuk menutup wajahnya.

Hadi tayang senyum kambing. “Eh, Hanin kerja dekat kafe ni ya? Abang ingat kafe yang lagi satu tu. Ni ha, Ariz teringin nak makan dekat kafe ni. Sebab tu abang bawa dia datang sini. Takut kempunan pula nanti. Kesian dia...”

Mencerlung mata Ariz memandang Hadi. Nak selamatkan diri punya fasal, Ariz juga yang disalahkan.

Hanin menoleh memandang Ariz sekejap sebelum pandangan dialih kembali pada Hadi. “Jangan nak menipu.” Dia tahu Hadi sengaja reka cerita. Ingat dia senang-senang nak percaya ke?

Hadi menyepak kaki Ariz. Memberi isyarat supaya Ariz membantunya.

“Ini kan kafe umum, semua orang boleh datang. Tak ada pun signboard beritahu yang kami berdua tak boleh datang sini?”

Ujaran Ariz buat Hanin ketap bibir. Eii, geram! Ingatkan Hadi je annoying. Rupanya kawan Hadi lagi annoying.

Hadi tersenyum bangga mendengar ujaran Ariz. Haa, macam ni barulah member.

“Malas nak layan! Hanin tak nak amik order.” Usai itu Hanin terus berlalu pergi.
Hadi dan Ariz hanya ketawa melihat reaksi gadis itu.

Tak habis di situ, keesokan harinya dan hari-hari seterusnya, Ariz datang lagi. Dia datang sendirian tanpa Hadi dan tanpa pengetahuan lelaki itu.

***
Happy reading!

Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu

Happy reading! Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience