T-3

Romance Series 98146

“TERIMA kasih hantar saya,” ucap Hanin. Sebolehnya dia mahu memandu sendiri tadi tapi Ariz tetap berkeras mahu menghantarnya. Katanya hari ini dia free.

“Happy working isteri.”

Hanin mengangguk. Baru dia nak buka pintu kereta tiba-tiba pergelangan tangannya ditarik lembut oleh Ariz.

“Tak nak salam suami dulu?” soalnya sambil menghulurkan tangan kanannya.

Hanin terus menyambut huluran tangan Ariz. Tangan lelaki itu disalam hormat. “Saya pergi dulu.”

Ariz turunkan tingkap kereta. “Bye isteri!” Tangan dilambai ke arah Hanin yang sedang berjalan masuk ke dalam bangunan hospital itu.

Hanin tutup muka. Langkah dipercepatkan. Boleh pula Ariz jerit kuat-kuat. Aduh!

“Amboi, pengantin baru. Untunglah suami hantar pergi kerja,” usik Maryam.

“Eh, Maryam.” Hanin tak sangka bertembung dengan rakannya itu. Mesti Maryam nampak tadi. Malunya!

Maryam tersengih-sengih pandang Hanin. Tak sangka juga sebenarnya diam-diam Hanin sudah ada kekasih hati. Tahu-tahu je terus kahwin.

“Kenapa tak cuti? Tak pergi honeymoon?” soal Maryam.

“Kita kan tengah tak cukup doktor. Lagipun hari tu aku dah cuti lama.”

Maryam mengangguk faham. “Kalau macam ni nampak gayanya aku pun kena kahwin cepat-cepat. Aku pun nak ada orang hantar pergi kerja juga. Penatlah drive sendiri hari-hari.” Sengaja Maryam nak menyakat bekas teman serumahnya itu.

“Haa kahwinlah cepat.”

Maryam mencebikkan bibirnya. “Jodoh tak sampai lagi. Carikan seorang boleh?”

“Mengada!” Bahu Maryam ditampar lembut.

***

ARIZ mendekati Hanin yang sedang berdiri di balkoni bilik mereka. Sejak pulang daripada hospital tadi isterinya itu hanya diam. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

“Isteri,” panggilnya.

Hanin menoleh perlahan. Air mata cepat-cepat dikesat dengan belakang tangan. “Ya?” sahutnya. Rasa bersalah juga sebenarnya dengan Ariz. Sejak dia balik kerja tadi dia langsung tidak bercakap dengan Ariz. Sengaja menjauhkan diri daripada lelaki itu. Pasti Ariz tertanya-tanya.

“Awak okey?” soal Ariz risau. Dia nampak mata Hanin sembab seperti baru lepas menangis. Entah apa agaknya yang membuatkan isterinya itu menangis sampai matanya bengkak.

Dengar soalan Ariz, hati Hanin kembali dihurung sebak. Air matanya mengalir perlahan.

“Tak. Saya tak okey,” jawabnya jujur. Semakin lama tangisannya semakin kuat.

“Hanin, kenapa ni?” Ariz panik.

“Ariz, saya gagal. Saya gagal lagi...” adunya. Dia sudah tidak peduli lagi dengan pandangan Ariz. Tangisan terus dihamburkan.
Tak mengambil masa yang lama, Ariz terus menarik tubuh Hanin ke dalam pelukannya. Digosok perlahan belakang tubuh isterinya itu.

“Shh, jangan menangis,” pujuknya lembut. Gayanya sudah seperti memujuk anak kecil yang menangis.

Bila Hanin nampak seperti dah tenang sikit baru Ariz meleraikan pelukan mereka. Ibu jarinya naik mengesat air mata yang membasahi pipi isterinya itu.

“Okey, sekarang cuba cerita dengan saya. Apa yang jadi?” soal Ariz lembut.

Hanin mula bercerita tentang kejadian di hospital tadi. “Saya rasa saya dah gagal jadi seorang doktor.”

“Jangan cakap macam tu. Saya percaya awak dah usaha sehabis baik.”

“Dulu saya gagal selamatkan papa. Saya memang teruk. Mungkin saya tak layak jadi doktor.” Hanin patah semangat.

Ariz menghela nafas perlahan. Tangan Hanin diraih lalu digenggam erat. “Hanin, dengar sini. Tugas seorang doktor bukanlah untuk menghalang kehadiran malaikat maut. Andaikata awak gagal selamatkan pesakit, itu bukan salah awak. Itu takdir. Takdir yang telah di tetapkan. Dan sebagai manusia biasa, kita tak boleh nak halang takdir.”

“Today you are doing your best and good enough,” ujar Ariz lagi. Dia tahu saat ini apa yang Hanin perlukan adalah kekuatan daripadanya.

“Betul ke? Tapi mama cakap saya pembunuh papa...” Sayu kedengaran suara Hanin menyoal.

Ariz menggeleng perlahan. Kedua belah tangannya naik memegang sisi kepala Hanin.

“Hanin, awak bukan pembunuh. ALLAH lebih sayangkan papa. Kita semua akan kembali pada ALLAH juga suatu hari nanti.”

Air mata Hanin mengalir lagi. Sebelum ini dia tidak pernah bercerita dengan sesiapa. Selama ini dia pendam sendiri walaupun teruk dia dipersalahkan atas kematian Encik Jalil.

“Mama benci saya sebab saya tak dapat selamatkan papa,” adunya.

“Saya percaya suatu hari nanti, hati mama akan terbuka untuk terima awak semula.”
“Saya dah cuba pujuk mama tapi mama tetap benci saya.” Mungkin selama ini Hanin terlihat baik-baik saja di depan semua orang tapi hanya ALLAH yang tahu segala kesakitan yang dia pendam sendiri. Kesakitan yang dia tidak pernah ceritakan pada sesiapa.

Tubuh Hanin dibawa ke dalam pelukannya sekali lagi. Tak ada lagi kata-kata yang mampu dia lontarkan untuk menenangkan hati Hanin saat ini.

“Saya rindu mama...” luah Hanin. Sekarang dia hanya mampu memandang Puan Yanti daripada jauh sahaja. Setiap kali dia mendekati wanita itu, setiap kali itu Puan Yanti menjauhkan diri daripadanya. Hanin benar-benar dihukum seperti dia sudah melakukan jenayah yang besar.

***
Happy reading!

Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu

Happy reading! Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience