T-8

Romance Series 98146

“Hanin dah tahu semuanya. Abang tak perlu buat semua ni dekat Hanin. Jangan tipu Hanin. Do not lie to me to protect my feeling.” Terpancar riak kekecewaan di wajah Hanin.

“Ini lebih sakit abang. Hanin lebih sakit bila tahu semua ini hanya satu penipuan! Jangan buat macam ni hanya sebab abang kesiankan Hanin. Hanin tak perlukan rasa kesian abang. Hanin cuma nak abang ada di sisi Hanin. Teman Hanin harungi semua ni. Bukannya tinggalkan Hanin.” Dadanya ditepuk-tepuk kuat.

“Sayang...” Ariz cuba memegang tangan Hanin tapi Hanin lebih pantas menepis tangannya.

“Jangan sentuh Hanin! Abang nak sangat pergi jauh daripada hidup Hanin kan? Pergilah. Jangan muncul depan Hanin lagi.” Usai itu Hanin terus berlalu menuju ke keretanya.

Ariz ingin mengejar tapi sakit kepala yang tiba-tiba menyerang membuatkan langkahnya terhenti. Pelipis dahinya dipicit mahu melegakan rasa sakit.
“Sayang... Maafkan abang...” Andai saja Ariz tidak membuat keputusan ini tentu Hanin tidak akan menderita sampai begini sekali.

“Ya ALLAH, apa aku dah buat ni?” Wajahnya diraup kasar. Dada memberat dengan perasaan kesal.

***

“Hanis!” Hanin yang ketika itu baru keluar daripada bilik hotel terus berlari mendapatkan adiknya.

Hampir luruh jantungnya melihat Hanis sedang bergelut dengan seorang lelaki di hadapan bilik hotel. Kebetulan kawasan di sini agak sunyi ketika ini.

“Kak Hanin!” Makin lebat air mata Hanis bila nampak Hanin menghampirinya. Dia cuba bangun mendapatkan Hanin tapi lelaki itu lebih pantas menarik rambutnya.

“Argh!” Hanis menjerit kesakitan.

“Lepaskan adik aku! Kalau tak, aku akan buat laporan polis.”

Lelaki itu hanya ketawa. “Adik kau ni dah ambil duit aku.”

“Berapa? Aku akan bayar semula.”

Lelaki itu menggeleng. “Aku tak nak duit kau. Aku cuma nak adik kau. Kalau kau nak aku lepaskan adik kau, apa kata kau yang layan aku. Kau pun cantik juga. Lagi cantik daripada adik kau.”

Hanis mengetap kuat bibirnya. Jijik dengan kata-kata lelaki itu. Tubuhnya terasa menggigil.

“Hanis.” Bergenang air mata Hanin melihat adiknya. Walaupun Hanis tak pernah menganggapnya sebagai kakak, Hanin tak rela melihat adiknya itu diapa-apakan.

“Macam mana? Kau nak terima tak tawaran aku?” Lelaki itu maju beberapa tapak menghampiri Hanin. Sekarang ini dia lebih tertarik dengan gadis bertudung itu daripada Hanis.

“Jangan sentuh kakak aku!” jerit Hanis lantang. Dia benar-benar berharap ada orang yang lalu di sini ketika ini.

Hanin memberikan isyarat mata pada Hanis. Kalau mereka lari sekarang, lelaki itu pasti tidak akan berani mengejar mereka. Lagipun sekarang mereka di tempat terbuka. Cuma deretan bilik hotel yang mereka duduki sekarang ini tiada orang. Jadi kawasannya sunyi. Itu yang membuatkan lelaki itu berani bertindak.

Hanis yang mengerti dengan isyarat mata Hanin, terus bangun dan melarikan diri.
“Jangan ingat kau boleh lari!” Lelaki itu pantas menarik pergelangan tangan Hanin.

“Kak Hanin!”

Hanin menggigit kuat tangan lelaki itu untuk melepaskan diri.

“Argh!” Lelaki itu menjerit kesakitan namun dia masih tidak melepaskan pegangannya. Bengang dengan Hanin yang bertindak menggigit tangannya, lelaki itu terus menumbuk perut Hanin.

“Ah!” Terpejam mata Hanin tatkala penumbuk itu singgah di perutnya.

Tak cukup dengan itu, lelaki itu menampar pipi Hanin berkali-kali sehingga darah mengalir di hujung bibirnya.

“Ya ALLAH, Kak Hanin!” Hanis cuba membantu namun apalah sangat kudrat tenaganya kalau nak dibandingkan dengan lelaki itu.

***
Happy reading!

Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu

Happy reading! Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience