T-1

Romance Series 98146

“Hanin!” panggilnya.
Hanin ketap bibir. Siapa pula yang memanggilnya di waktu-waktu begini? Tanpa mempedulikan panggilan itu, Hanin melajukan langkahnya menuju ke tandas.

Ariz terpandangkan kesan darah di bahagian belakang baju sekolah Hanin. Dia terkedu seketika. Nak beritahu Hadi, lelaki itu tiada di sekolah. Hadi mewakili sekolah menyertai pertandingan debat.

“Hanin!” panggilnya lagi sambil mengejar langkah gadis itu.

Ariz! Hanin kenal suara tu. Ah, apa lelaki itu mahukan daripadanya? Hanin langsung berlari masuk ke dalam tandas. Mujurlah waktu persekolahan sudah tamat. Pelajar yang lain sudah pulang. Dia sengaja pulang lewat hari ini kerana mahu mengulang kaji pelajaran di sekolah. Tak sangka pula kejadian buruk ini akan berlaku padanya hari ini.

Ariz teragak-agak mahu masuk ke dalam tandas. Buatnya ada pelajar perempuan yang lain di dalam, tak ke niaya kalau dia tertangkap!

Tapi sudah sepuluh minit Hanin masuk dan sampai sekarang gadis itu masih belum keluar. Ariz keluarkan t-shirt sukan extra yang dibawa daripada rumah bersama dengan seluar track. Atlet sekolah sepertinya memang selalu bawa baju dan seluar extra.

Setelah memastikan tiada sesiapa di dalam tandas, Ariz memberanikan diri masuk ke dalam tandas perempuan. Masaklah kalau dia tertangkap dengan cikgu!

“Hanin, saya nampak baju awak kotor tadi. Saya ada bawa baju extra. Saya letak dekat atas sinki ni tau. Nanti awak ambillah. Saya pergi dulu.” Usai itu Ariz terus beredar daripada situ.

Hanin yang berada di dalam tandas terkedu sendiri. Dia tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Ya, sepatutnya dia bersyukur Ariz membantunya saat ini. Tapi... Lelaki itu mesti nampak bajunya kotor! Ah, memalukan. Macam mana dia nak berhadapan dengan Ariz lagi selepas ini?

Tiada pilihan lain, Hanin ambil juga baju sukan dan seluar track milik Ariz. Nak tergelak tengok diri sendiri. Seluar Ariz sudah tentu-tentu labuh untuknya. Puas dia lipat dan tarik sampai ke atas pusat. Baju pula memang sah nampak macam baju pinjam. Menggeleber.Tak mengapalah, asalkan dia tak pulang dengan baju sekolah yang sudah kotor dengan darah. Itu lebih memalukan.

***

DARI kejauhan Ariz nampak isterinya sedang berjalan keluar meninggalkan tanah perkuburan. Hujung bibirnya ternaik sedikit. Sibuk berbual dengan Hadi tadi sampai dia tak perasan Hanin keluar.

“Hai isteri,” sapanya.

Kening Hanin berkerut halus memandang Ariz. Baju melayu putih ditubuhnya masih belum berganti. Bukan dia seorang je yang tak tukar baju. Ariz pun masih belum tukar baju lagi.

“Kesian dekat saya. Baru je lepas akad nikah dah kena tinggal dengan isteri,” seloroh Ariz.

Hanin menghela nafas perlahan. “Sorry tak beritahu saya nak pergi kubur papa.”

Ariz menggeleng perlahan. “Tak perlu minta maaf. Saya cuma risau.”

Hanin terus pandang Ariz. Risau? Ariz risaukannya?

“Awak okey?” soal Ariz perihatin. Daripada mata Hanin yang kelihatan sembab itu dia tahu yang wanita itu pasti baru lepas menangis.

Hanin mengangguk perlahan. “Saya okey.”

“Jom balik. Dah nak senja ni,” ajak Ariz.

Hanin terus bergerak ke arah keretanya. Begitu juga dengan Ariz. Dia kembali ke keretanya. Masing-masing memandu pulang ke rumah keluarga Hanin.

***
Happy reading!

Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu

Happy reading! Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu

Share this novel

Alya Adriana
2024-02-12 14:59:20 

Saya dh Req friend kt ig sis accept plss


NovelPlus Premium

The best ads free experience