Part 4.

Romance Completed 15770

" Dania, come here " panggil Datuk Rais sebaik melihat Dania melangkah masuk ke dalam rumah.

" I'm tired papa. Next time " jawab Dania malas.

Sengaja dia memberi alasan kerana malas mendengar leteran papa nya sebentar lagi.

" Nur Dania, come here I said " panggil Datuk Rais lagi.

Rania mengeluh perlahan. Dia melangkah malas ke ruang tamu.

Punggungnya dilabuhkan di sofa hadapan Datuk Rais.

" Apa dia papa? " soalnya.

" Nia daripada mana? " .

" Kerja " .

" Tepi jalan? Nia nak jadi pengemis ke? Nia memang suka melakukan papa kan? " marah Datuk Rais.

" Excuse me pa, Nia bukan mengemis. Tapi Nia melukis. Nia cari rezeki dengan melukis. Salah ke? " .

" Ya salah! Nia malukan papa. Anak datuk Rais menjadi pelukis jalanan, Nia nak ke orang cakap macam tu nanti? Kat mana papa nak letak muka papa? " .

" Peduli lah orang nak cakap apa pun. Janji Nia tak kacau hidup orang. Nia cari rezeki yang halal. Bukannya Nia buat benda yang bukan-bukan " .

" Kenapa Nia ni keras kepala sangat? Cakap papa tak nak dengar langsung. Daripada Nia kecil sampailah sekarang tak habis-habis nak memalukan papa. Macam mana kalau client papa tahu yang anak papa cuma bekerja sebagai pelukis jalanan? Malu tahu tak Nia, malu " .

" Kalau macam tu senang jer, papa tak payah lah mengaku yang Nia ni anak papa. Senang kan? Simple jer. Papa kan dah ada Lisa. Dia anak yang baik kan? So tak perlu anggap Nia ni anak papa " Dania terus berlalu ke biliknya.

Datuk Rais terdiam. Dia bukannya sengaja mahu membuat Dania marah tapi dia tidak suka Dania menjadi seorang pelukis. Dia mahukan Dania mengambil alih syarikatnya.

???

Dania menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dadanya turun naik menahan marah.

Kenapa susah sangat untuk papa memahaminya? Dia cuma mahu lakukan apa yang dia suka dan minat. Salah ke? Hina sangat ke menjadi seorang pelukis?

Pintu biliknya dibuka seseorang. Dania menoleh ke arah pintu.

" Princess kena marah ke? Kesiannya awak kena marah " Lisa tersenyum mengejek di muka pintu.

Dia mencuri dengar perbualan Datuk Rais dan Dania sebentar tadi. Puas hatinya melihat Dania dimarahi.

" Kau nak apa ha? Kau berambus " halau Dania.

Dia menutup kuat pintu bilik. Kemudian dikuncinya.

Lisa ketawa terbahak-bahak seperti orang sakit jiwa. Sengaja dia ingin menambah kemarahan Dania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience