Part 5.

Romance Completed 15770

" Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini " Dania memegang dadanya.

Air matanya mengalir perlahan. Dia bukanlah gadis yang mudah menangis. Entah kenapa malam ini laju sahaja air matanya mengalir tanpa dipinta.

Sekuat mana seseorang itu, ada masanya dia rebah juga. Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Mar.

Damia mengambil bingkai gambar yang berada di atas almari soleknya. Bingkai gambar arwah mama nya itu dipeluk erat.

" Ma, Nia tak kuat. Tapi demi mama Nia akan kuat. Nia janji mama. Nia janji akan bertahan untuk hadapi semua ni " air mata yang mengalir di pipinya dikesat perlahan.

???

" Nia, mari sini sayang " panggil Datin Marziah.

Kanak-kanak berusia 5 tahun itu berlari mendapatkan Datin Marziah.

" Ya mama? " .

" Nia sayang mama tak? " soal Datin Marziah.

" Mestilah Nia sayang mama. Mama kan mama Nia. Nia sayang sangat-sangat " jawabnya jujur.

Datin Marziah tersenyum mendengarnya.

" Mama pun sayang Nia. Ingat pesan mama, kalau suatu hari nanti mama dah tak ada. Nia jaga diri Nia ya. Nia kena kuat. Sebab mama tak akan selalunya ada dengan Nia sayang " .

" Kenapa mama cakap macam tu? Mama nak tinggalkan Nia ke? " .

Datin Marziah menahan sebak. Dia cuba menahan air matanya agar tidak mengalir.

" Mama takkan tinggalkan Nia kan? " soal Dania sekali lagi.

" Tak sayang. Mama tak akan tinggalkan Nia. Mama janji " .

Dia terus memeluk anaknya itu. Mungkin pelukan yang terakhir.

" Mama pergi kerja dulu ya? Nia jaga diri kat rumah. Duduk dengan Mak Jah baik-baik. Jangan nakal-nakal. Mama sayang Nia " .

Dania mengangguk perlahan. Berat hati Datin Marziah untuk pergi ke butiknya hari ini. Namun dia terpaksa juga meninggalkan Dania di rumah bersama orang gajinya.

Datin Marziah melambaikan tangannya pada Dania sebelum kereta yang dipandu meluncur laju keluar daripada halaman rumah.

???

" Nia, mama dah tak ada sayang " Datuk Rais memeluk anaknya.

Air mata mengalir di tubir matanya. Semasa di pejabat, dia mendapat panggilan telefon daripada pihak hospital yang mengatakan isterinya sudah tiada kerana telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu memandu ke butik nya.

" Mama ! " Dania berlari memeluk tubuh kaku Datin Marziah.

" Nia, mama dah tak ada sayang " pujuk Datuk Rais.

Dania sudah meraung-raung.

" Mama bangun mama. Mama dah janji tak nak tinggalkan Nia kan " tubuh kaku Datin Marziah digoncangkan.

Datuk Rais tidak dapat menahan sebak di dada melihat Dania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience