Part 11.

Romance Completed 15770

Selama 21 tahun dia tinggal di rumah itu tidak pernah sekalipun dia terfikir akan keluar daripada rumahnya sendiri.

Namun dia tiada pilihan lain, dia tidak mahu berhenti daripada melukis. Lukisan sudah menjadi separuh daripada jiwanya.

Tidak mengapalah, dia redha dengan nasibnya. Untuk sementara waktu dia akan menumpang di rumah sewa Mar. Kebetulan rakan rumah sewa Mar ingin berpindah jadi dia akan mengantikan kawan Mar.

???

" Nia, mari makan. Kau asyik termenung jer " panggil Mar.

Dania melangkah ke meja makan.

" Rajinnya kau masak Mar " .

" Alaa masak simple-simple jer Nia. Sesekali aku masak. Selalunya aku makan kat luar jer " .

Dania mengangguk faham.

" Mar nanti kalau customer aku dah bayar duit lukisan dekat aku, aku bayar ya duit sewa rumah kau " .

" Kau tak payah risau lah Nia. Kalau dah ada duit nanti bayarlah. Buat masa ni biar aku bayarkan dulu " .

" Thanks Mar " .

" Welcome. Dah jom makan. Sedap tau aku masak " .

" Yeke sedap ni? " .

" Iya sedap. Ni kalah chef hotel 5 bintang " .

Mereka berdua ketawa serentak.

???

Hari ini Dania melukis seperti biasa. Selalunya hujung minggu begini, ramai pelanggan yang memintanya untuk melukiskan potret mereka.

Jadi Dania akan mendapat keuntungan lebih sedikit pada hari minggu kerana ramai pelanggan.

" Nia! " panggil Mar yang baru sahaja datang.

" Hishh kau ni Mar, cuba bagi salam. Terkejut aku kau tahu tak? Kalau aku ni ada sakit jantung, dah lama jalan kau tahu? " .

Mar ketawa.

" Ramai customer? " soalnya.

" Boleh tahan. Eh awalnya kau balik, cafe tak ada orang ke? " .

Mar berkerja di sebuah cafe. Jadi tidak hairanlah jika hari minggu pun dia bekerja. Selalunya selepas habis kerja, Mar akan datang ke tempat Dania.

" Aku minta balik awal sebab aku nak jumpa kawan aku ni " .

" Kawan kau ? Siapa? " .

" Kawan zaman sekolah dulu. Dia baru balik daripada US. Sebelum ni dia belajar kat sana " terang Mar.

Dania mengangguk faham.

" Kau nak ikut aku ambil dia kat airport tak Nia? " .

" Nak tu memang nak. Tapi tak boleh sebab aku kena siapkan lukisan customer ni. Sekejap lagi dia nak ambil " .

" Oh okay takpa lah kalau macam tu. Aku pergi ambil kawan aku kat airport dulu, nanti aku singgah sini balik. Okay? " .

" Okay boleh. Tapi kalau kau busy, kau call jer aku. Nanti aku balik rumah naik teksi " .

" Eh takpa. Nanti aku datang " .

" Alright " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience