Part 13.

Romance Completed 15770

" Ikmal, ni aku nak kenalkan kawan aku. My bff, Dania. Panggil Nia jer " kata Mar sebaik masuk ke dalam kereta.

Ikmal memberikan senyuman manis pada Dania.

" Hai Nia. Saya Ikmal. Kawan sekolah Mar " sapanya ramah.

" Hai " jawab Dania.

Dia sebenarnya agak segan dengan Ikmal. Seumur hidupnya dia tidak pernah berkawan dengan mana-mana lelaki. Jadi terasa janggal pula apabila bercakap dengan Ikmal.

" Kau orang mesti lapar kan. Aku nak bawak kau orang satu kedai ni. Memang sedap. Lagi-lagi makanan western dia " kata Mar teruja.

Ikmal mencebik.

" Mar, tak nak lah makanan western. Aku nak makanan melayu " bantah Ikmal.

" Jangan risau lah. Kedai tu ada makanan kampung jugak " .

" Okay bereh " Ikmal mengangguk.

Sesekali Ikmal mencuri pandang Dania di seat belakang melalui pantulan cermin.

' Manis ' katanya dalam hati.

???

" So kau nak buat apa lepas ni? " soal Mar.

Ketika itu mereka di restoran. Sementara menunggu makanan sampai, mereka berborak dahulu. Banyak yang hendak diborakkan oleh Mar dan Ikmal memandangkan mereka sudah lama tidak berjumpa.

" Belum ada plan lagi. Buat masa ni aku nak rehat dulu. Baru lepas study kan. So nak release tension dulu " jawab Ikmal.

Mar mengangguk faham.

" Oh ya kau kerja apa ya Mar ? " .

" Aku kuli jer. Kerja kat kafe " .

" Okay lah tu. Bakal suami kau tu ada syarikat sendiri, kau nak risau apa? " .

" Ish kau ni, ingat aku pandang harta ke? Aku tengok hati tau. Yang berharta ni kira bonus lah " .

Ikmal membuat muka menyampah.

" Poyo nya jawapan kau. Nia kerja apa ya? " soalnya pada Dania yang sejak daripada tadi diam.

" Pelukis jer " jawab Dania.

" Seriously? Dah lama melukis? " soal Ikmal teruja.

" Boleh tahan lama jugak. Since umur 15 tahun " .

Ikmal mengangguk.

" Wow, amazing. So melukis selalunya kat mana? Ada galeri? " .

Dania menggeleng perlahan.

" Tak ada. Saya lukis dekat tepi jalan jer. Biasanya tak ramai yang beli lukisan saya. Tapi kalau hari minggu boleh tahan ramai jugak " cerita Dania.

" Okaylah kalau macam tu. Actually saya pun minat melukis " .

" Oh really? Belajar ambil course apa?".

" Account " .

" Jauhnya daripada minat awak " .

" Kan? Itu semua kehendak parents. Saya ikut jer " .

Dania mengangguk.

" Fine, kau orang abaikan aku. Kesian aku tau. Macam tunggul kat sini " Mar pura-pura merajuk.

Mereka bertiga ketawa. Banyak benda yang diborakkan sambil menikmati hidangan mereka. Dania sudah mulai selesa dengan sikap Ikmal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience