Part 20 (ENDING)

Romance Completed 15770

Dania memandang sekujur tubuh yang terkaku baring di atas katil hospital. Kepala Datuk Rais berbalut. Kata doktor, kecedaraanya paling teruk di kepala sehingga banyak kehilangan darah.

" Papa, maafkan Nia papa. Maafkan Nia. Tolong jangan tinggalkan Nia " Dania menggenggam erat tangan Datuk Rais.

Basah wajahnya dengan air mata.

" Nia... " panggil Datuk Rais perlahan.

" Papa, papa sedar? Ya Allah terima kasih " .

" Maafkan papa " ucap Datuk Rais.

" Pa, Nia dah lama maafkan papa. Papa maafkan Nia ya? Nia tak nak jadi anak yang derhaka. Maafkan Nia ya? " .

" Nia tak salah sayang. Papa tak pernah marahkan Nia pun. Papa sayang Nia sangat-sangat. Papa janji papa tak akan halang Nia untuk melukis lagi. Balik rumah ya sayang?".

" Ya papa Nia akan balik rumah. Nia akan jaga papa. Nia janji " Dania memeluk tubuh Datuk Rais.

Berair mata Ikmal melihat dua beranak itu. Syukur semuanya sudah kembali normal.

???

Setahun kemudian...

Hari ini hari yang dinantikan oleh Ikmal dan Dania, di mana hari ini mereka akan disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Tidak sangka usikan Mar selama ini menjadi kenyataan. Ketulusan hati Ikmal telah membuka pintu hati Dania untuk menerimanya sebagai seorang suami.

Keluarga dua belah pihak sudah bersetuju dan merestui hubungan mereka berdua.

" Nia " panggil Datuk Rais di muka pintu.

Dania menoleh.

" Eh papa, marilah masuk " pelawa Dania.

" Sekejap lagi anak papa ni dah nak jadi isteri orang. Tanggungjawab papa akan beralih pada Ikmal pula " sayu sahaja suara Datuk Rais.

Air mata Dania juga sudah bertakung.

" Syurga Nia ada pada Ikmal. Jadi isteri yang baik ya Nia. Jangan lawan cakap suami " sambung Datuk Rais.

Dania mengangguk faham.

" Papa, I may find my prince but you will always be my king. No matter where I go in life, who i get married to, how much time i spend with my husband, you always be my number one man papa " Dania terus memeluk erat tubuh Datuk Rais.

Datuk Rais juga menahan sebak di dadanya. Berat untuk melepaskan satu-satunya anak perempuan yang dia ada kepada lelaki lain. Walaupun dia yakin Ikmal tak akan sesekali mengecewakan Dania.

???

Dengan sekali lafaz, Dania kini sah menjadi isteri kepada Ikmal.

" Terima kasih sebab terima saya dalam hidup awak Nia. Saya akan cuba jadi suami yang terbaik untuk awak walaupun saya tahu saya tak sempurna " .

" Terima kasih jugak sebab awak sudi memperisterikan saya Ikmal. Kita sama-sama melengkapi antara satu sama lain supaya rumah tangga kita akan kekal bahagia hingga ke jannah" .

Ikmal mengucup dahi Dania. Dari jauh Datuk Rais memerhatikan anak dan menantunya itu. Air mata gembira yang mengalir dikesat perlahan.

" Moga-moga mereka bahagia dunia akhirat Ya Allah " doanya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience