Part 9.

Romance Completed 15771

" Betul tu Nia. Insya Allah masanya akan tiba nanti. Doa orang yang teraniaya ni makbul tau " .

" Terima kasih Mar. Kau dah macam ahli keluarga aku sendiri. Kau sentiasa ada waktu dengan aku. Aku nak kau tahu, aku sayang kau sangat-sangat " tubuh Mar dipeluk erat.

Mar membalas pelukan Dania.

" Aku pun sayang kau Nia. Jangan lah buat aku sedih " .

Dania ketawa.

" Dah lah jangan peluk lebih-lebih. Kita kat tepi jalan ni. Orang cakap apa pulak kan " .

Mar ketawa. Haishh Dania ni, orang baru nak feeling feeling sikit.

???

Tok..tok..

Pintu bilik Datuk Rais diketuk daripada luar.

" Masuk " laung Datuk Rais.

Munirah melangkah masuk ke dalam bilik Datuk Rais.

" Datuk, maaf menganggu. Tan sri Jamil dah sampai. Dia nak jumpa datuk " beritahu Munirah.

" Takpa suruh dia masuk " .

" Baiklah datuk " Munirah berlalu keluar.

"Assalamualaikum datuk Rais " sapa Tan sri Jamil.

" Waalaikumsalam, silakan duduk " pelawa Datuk Rais.

" Terima kasih. Datuk apa khabar? " .

" Alhamdulillah baik. Tan sri? " .

" Sihat alhamdulillah baik datuk. Tak sangka syarikat datuk semakin berjaya sekarang ni " .

" Alhamdulillah. Rezeki " jawabnya.

" Oh by the way datuk masih uruskan syarikat tu? Dengar cerita hari tu nak bagi pada anak datuk kan " soal Tan sri Jamil.

Datuk Rais terdiam seketika.

" Cadangnya begitu. Tapi nak buat macam mana, anak saya tak berminat pulak " .

" Oh ya datuk, saya lupa anak datuk tu jadi pelukis jalanan kan? Kesiannya. Kenapa lah pilih kerja tu. Anak datuk tapi sayang jadi pelukis jalanan jer " sinis sahaja kata-kata Tan sri Jamil.

Datuk Rais menahan sabar.

" Itu minat dia. Saya tak boleh halang. Tak kan nak paksa dia buat benda yang dia tak suka pulak kan " .

" Why not datuk bukak galeri untuk dia? Ada banyak cara sebenarnya. Saya bukan nak menyibuk but sangat memalukan pekerjaan dia tu. Apa kata orang nanti. Betul tak? " .

" I know my daughter tan sri " .

" Saya cuma bagi pendapat saya jer datuk. Jangan salah faham pulak ya " .

Datuk Rais tersenyum kelat. Giginya diketapkan. Macam lah dia tak tahu yang tan sri Jamil sedang memerlinya.

Ini semua kerana Dania. Tidak habis-habis mahu memalukannya. Apa nak jadi pun dia tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience