Part 18.

Romance Completed 15770

" Nia, papa tahu papa salah. Maafkan papa. Beri papa peluang untuk papa tebus kesalahan papa semula " .

" Kenapa baru sekarang? 6 bulan pa. 6 bulan Nia keluar daripada rumah tu. Sekali pun papa tak pernah cari Nia. Telefon tanya khabar pun tak pernah. Sekarang baru papa nak cari Nia. Tak perlu lah pa. Nia dah ada kehidupan Nia sendiri " .

" Papa rindukan Nia sayang. Papa rindu. Papa tahu papa dah banyak buat salah dengan Nia. Maafkan papa sayang, papa menyesal " .

" Papa anggap jer yang papa tak pernah ada anak yang memalukan macam Nia ni " Dania terus berlalu meninggalkan Datuk Rais.

Hatinya benar-benar terluka dengan perbuatan Datuk Rais. Bukannya dia tidak rindukan Datuk Rais. Namun bila dikenangkan semula perbuatan Datuk Rais kepadanya, hatinya sakit.

Datuk Rais menahan sebak. Sungguh dia mahukan Dania yang dulu dan bukannya sekarang.

" Uncle " panggil Ikmal.

Dia terdengar semua perbualan antara Dania dan Datuk Rais sebentar tadi. Dia juga sudah tahu tentang Dania, Mar yang ceritakan semua yang terjadi.

Datuk Rais menoleh.

" Uncle jangan risau, saya akan pujuk Nia " .

" Terima kasih " .

" Sama-sama " .

" Uncle balik dulu ya " Datuk Rais meminta untuk mengundur diri.

" Hati-hati " pesan Ikmal sebaik menyalami tangan Datuk Rais.

Datuk Rais mengangguk perlahan sebelum berlalu. Murung sahaja wajahnya.

???

" Nia, boleh saya cakap dengan awak sekejap? " soal Ikmal.

Ketika itu mereka di galeri.

" Boleh. Kenapa? " .

" Semalam papa Nia datang kan? " .

Dania diam.

" Nia, tak salah kan kalau Nia maafkan dia? " .

" Hati saya sakit. Dia tak faham. Buat apa saya balik, kalau saya akan terluka bila balik nanti " .

" Mak tiri dengan kakak tiri Nia? " teka Ikmal.

" Mana awak tahu semua ni? " soal Dania.

" Uncle Rais dah bercerai dengan mak tiri Nia. Lepas Nia keluar daripada rumah hari tu, dia orang bergaduh sebab mak tiri Nia tak bagi uncle cari Nia. Jadi uncle ikutkan jer. Tapi dia ada hantar orang dia untuk perhatikan Nia. Suatu hari tu uncle Rais terdengar perbualan mak tiri Nia dengan kakak tiri Nia, dia orang nak ambil alih syarikat uncle. Jadi uncle dah tahu perangai dia orang yang sebenar. Tu yang uncle ceraikan mak tiri Nia " cerita Ikmal panjang lebar.

Dania tergamam. Ikmal lebih mengetahui semuanya berbanding dirinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience