Part 12.

Romance Completed 15770

" Ikmal " Mar melambaikan tangannya ke arah Ikmal.

" Mar! " Ikmal terus meluru ke arah Mar.

" Weh janganlah jerit-jerit. Malu orang pandang " marah Mar.

Ikmal ketawa.

" Dah lama kau sampai? " soal Ikmal.

" Lama jugak lah. Dalam 15 minit. Kau sihat? " .

" Sihat lah Mar. Makin sihat plus makin hensem " Ikmal mengangkat keningnya.

Mar mencebikkan bibirnya. Perasan.

" Jom ikut aku " .

Mereka berdua melangkah ke tempat parking kereta.

???

" So macam mana US? seronok? " soal Mar. Ketika itu mereka di dalam kereta.

" Not bad. Boleh lah " .

" So berapa lama kau balik kali ni? " .

" Forever " jawab Ikmal pendek.

Mar terus menoleh ke arah sahabatnya itu.

" Series? Kau nak stay Malaysia terus?" soalnya tak percaya.

Ibu bapa Ikmal semuanya sudah berpindah ke US. Hampir 10 tahun mereka menetap di sana.

" Ya serius. Aku kan orang Malaysia. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri... " .

Belum sempat Ikmal menghabiskan ayatnya, Mar laju memotong.

" Dah-dah. So kau memang serius lah ni ea? " .

" Iya Mar. Kau kan rindu aku. So aku balik lah " .

" Eh kau tak payah nak perasan sangat ea. Ni kalau Haziq dengar, bertumbuk kau dengan dia " .

Haziq ialah tunang Mar. Sudah setahun mereka bertunang. Haziq juga adalah rakan kepada Ikmal. Mereka bertiga sangat rapat waktu sekolah dulu. Selepas Ikmal berpindah ke US, tinggal lah Mar dan Haziq sahaja.

" Aku gurau jer lah. Haziq kerja ke hari ni? " .

" Ha'ah. Dah seminggu dia pergi outstation. Kalau tak, dia memang nak jemput kau kat airport hari ni. Tapi nak buat macam mana, dia kerja pulak " .

Ikmal mengangguk faham.

" Mal, aku nak ambil kawan aku sekejap. Lepas tu kita pergi makan. Okay ? " .

" Okay tak ada hal " Ikmal setuju.

???

" Kau tunggu dalam kereta sekejap. Aku pergi panggil kawan aku " .

Ikmal mengangguk. Mar pula terus keluar daripada perut kereta.

" Nia " panggil Mar.

Dania menoleh.

" Haa dah sampai " .

" Jom kita pergi makan. Kau mesti lapar kan? " ajak Mar.

" Segan lah Mar. Siapa dalam kereta tu? " .

" Itu kawan sekolah aku dulu. Alah jom lah. Dia okay jer. Tak payah segan-segan and guess what sekejap lagi kau dengan dia akan jadi kawan baik " .

Dania mengerutkan dahinya.

" Kenapa pulak? " .

" Sebab kau orang ada hobi yang sama. Dah jom. Nanti kita borak lagi ".

Dania mengikut langkah Mar menuju ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience