Part 7.

Romance Completed 15771

" Dania! Berhenti " panggil Datuk Rais.

Dia dan Datin Ani yang baru sahaja pulang daripada membeli belah terus naik ke bilik Lisa apabila mendengar jeritan Lisa.

" Ehh lepaskan anak aku lah ! " jerit Datin Ani.

Dania tidak peduli. Dia masih mengerjakan Lisa. Hatinya terlalu sakit. Kali ini dia benar-benar tidak dapat menahan sabarnya. Selama ini dia hanya mampu memendam.

" Cukup Dania! " Datuk Rais menarik Dania menjauhi Lisa.

Pangg!

Satu tamparan kuat diberikan pada Dania. Mengalir air mata Dania. Bukan kerana sakitnya tamparan itu tapi hatinya bertambah sakit apabila Datuk Rais menyebelahi Lisa.

" Papa? Papa sanggup tampar Nia? " soalnya.

Ada getaran pada suaranya.

" Kenapa jadi macam ni? Papa tak pernah didik anak papa macam ni " .

" Nia dah penat bersabar. Nia dah tak mampu nak bertahan lagi. Selama 10 tahun Nia hadap seorang-seorang. Dia orang buat macam-macam dekat Nia, tapi Nia diam jer. Nia tak pernah balas. Tapi kali ni perbuatan dia dah melampau. Dia dah bunuh tompok! Dia sanggup racun tompok yang tak berdosa tu " .

Datuk Rais terpana. Dia menoleh ke arah Lisa.

" Betul ke Lisa? Betul ke Lisa dah bunuh tompok? " soalnya.

Lisa yang berada di dalam pelukan Datin Ani laju menggeleng.

" Bukan pa. Bukan. Lisa tak buat. Nia tak ada bukti kan nak tuduh Lisa " jawabnya.

" Betul tu. Kau ada bukti ke Nia? Ada bukti yang Lisa bunuh kucing kau tu?" sampuk Datin Ani.

" Nia ada bukti? " soal Datuk Rais pula.

" Memang Nia tak ada bukti. Tapi Nia yakin Lisa yang racun tompok sebab dia berdendam dengan Nia " jawab Dania.

" Ehh kau jangan nak menuduh! Bagi bukti dulu baru aku percaya! " marah Datin Ani.

" Papa kecewa dengan Nia. Selama 21 tahun papa besarkan Nia. Ni balasan Nia pada papa? Tak cukup Nia malukan papa selama ni? Papa kecewa Nia. Terlalu kecewa " luah Datuk Rais.

" Papa, salah ke apa Nia buat? Nia cuma pertahankan hak Nia. Kenapa tak pernah nampak apa yang Nia buat selama ni? Kenapa semuanya salah di mata papa? Kenapa papa? " .

Datin Ani dan Lisa tersenyum sinis. Riang hati mereka berdua melihat Rania dimarahi.

" Papa minta maaf kalau Nia rasa papa bukan ayah yang terbaik untuk Nia. Lepas ni Nia nak buat apa, buatlah. Papa tak akan larang " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience