Part 16.

Romance Completed 15770

" Kenapa ya orang anggap jadi pelukis ni satu pekerjaan yang sia-sia? " soal Dania.

" Entahlah Nia. Saya sendiri tak pasti. Mungkin dia orang tak tahu, betapa mahalnya seni tu untuk orang yang berjiwa seni macam kita ni " .

" Mungkin. Bagi saya tak salah pun jadi pelukis. Bukan kita buat kerja yang haram atau salah. Kita cari rezeki ikhlas " .

" Betul tu. Pedulikan lah orang yang macam tu. Selagi tangan kita mampu melukis, teruskan. Jangan pernah give up disebabkan kata-kata orang yang menjatuhkan kita " sokong Ikmal.

Dania mengangguk tanda setuju. Dia jadi selesa pula berkawan dengan Ikmal. Lelaki itu memahami dirinya yang selama ini tiada siapa fahami. Mungkin kerana mereka mempunyai minat yang sama.

???

" So macam mana Nia? Kau dah buat keputusan? " soal Mar.

" Aku memang nak bukak galeri. Tapi segan pulak dengan Ikmal kalau aku tak keluarkan satu sen pun modal " .

" Alah kan Ikmal cakap dia tak kisah. Kau jangan risau lah. Sekarang ni kau fokus untuk galeri tu jer " .

" So kau rasa aku patut terima? " .

" Yaa of course Nia. Ni peluang yang tak patut kau sia-siakan. Kau boleh buktikan juga pada orang yang pandang rendah pada kau dulu. Buktikan pelukis tepi jalan pun mampu bukak galeri. Aku akan terus support kau okay " .

" Thanks Mar. Besok aku akan beritahu Ikmal " .

Mar mengangguk.

" Nia, aku rasa kan Ikmal tu dah jatuh cinta dengan kau lah " .

" Ish kau ni, pandai-pandai jer. Tak adalah " .

" Alah betul apa, dari cara dia. Aku nampak yang dia tu tengah dilamun cinta " .

" Malas lah layan kau " .

" Elehhh layan Ikmal tak malas? " sakat Mar.

" Mar! " .

Mar ketawa terbahak-bahak. Merah wajah Dania apabila diusik.

???

" So Nia setuju? " soal Ikmal.

Dania mengangguk.

" Ya saya setuju " .

" Thank you Nia. Saya tahu jawapan awak tak akan hampakan saya " .

Dania hanya tersenyum kecil.

" Sebenarnya saya dah jumpa tempat untuk kita bukak galeri tu. Tempat tu memang strategik. So esok saya akan bawak awak pergi tengok tempat tu ".

" Okay boleh " .

" Saya tak sabar sebenarnya ni. Excited sangat-sangat " .

Dania ketawa kecil.

" Ya saya pun teruja jugak Ikmal. And saya harap kita akan dapat majukan galeri kita tu nanti " .

" Insya Allah Nia. Kita sama-sama cuba. Kita buktikan yang kita boleh berjaya " .

Dania mengangguk tanda setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience