Part 8.

Romance Completed 15770

Dania tergamam mendengar kata-kata Datuk Rais.

" Papa, Nia ni anak papa " .

" Anak papa tak akan kecewakan papa dan tak akan malukan papa " Datuk Rais terus berlalu meninggalkan bilik itu.

Serentak dengan itu Datin Ani dan Lisa ketawa mengejek.

" Buuu. Kesiannya dia. Papa dia tak mengaku ada anak buas macam ni " ejek Lisa.

Dania menjeling tajam ke arah mereka berdua sebelum berlalu daripada bilik itu.

" Padan muka dia mummy. Suka hati jer pukul-pukul Lisa. Sakit tau mummy " adu Lisa.

" Sabar ya sayang. Ada ubi ada batas, ada hari kita balas. Okay? " .

Lisa mengangguk.

???

" Tompok, maafkan Nia sebab tak dapat lindungi tompok. Nia sayang sangat dekat tompok. Kita jumpa dekat syurga nanti ya? Nia sayang sangat dengan tompok " Dania mengesat air matanya.

Entah kenapa nasibnya selalu sahaja malang. Dia yakin sekali bahawa Lisa yang meracuni tompok. Biarpun gadis itu tidak mahu mengaku.

" Kau mungkin selamat dekat dunia, tapi tak dekat akhirat. Semuanya akan terbukti Lisa " Dania menggengam penumbuknya.

???

Sudah seminggu berlalu, Datuk Rais bersikap dingin dengan Rania. Puas Rania memujuk namun papa nya itu masih sama.

Terkadang dia kecil hati juga apabila layanan Datuk Rais pada Lisa baik-baik sahaja. Berbeza sangat dengan layanannya pada Rania.

" Beb, kau termenung apa? " soal Mar.

Sejak daripada tadi dia memerhati Rania yang asyik termenung menghadap jalan raya. Ketika itu mereka di tempat biasa Rania melukis.

" Tak ada apa lah " jawab Rania.

" Aku tahu kau ada masalah. Cerita lah. Jangan pendam seorang-seorang. Nanti kau jugak yang sakit " pujuk Mar.

" Aku ni anak yang tak guna ke Mar? Jahat sangat ke aku ni? " .

" Nia, apa kau cakap macam tu pulak?".

" Salah ke Mar aku tak berbaik dengan mak dan kakak tiri aku? Macam mana aku nak berbaik dengan dia orang kalau dia orang sendiri layan aku macam sampah. Aku bukannya tak cuba untuk berbaik dengan dia orang " .

" Ya Nia aku faham perasaan kau. Orang macam mak dengan kakak tiri kau tu, akan dapat balasan dia orang suatu hari nanti. Kau sabar okay? Aku tahu Rania yang aku kenal seorang yang kuat dan tak mudah mengalah ".

Rania tersenyum kelat.

" Aku harap suatu hari nanti semuanya akan terbukti Mar dan waktu tu baru papa aku sedar siapa yang betul dan siapa yang salah " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience