Part 10.

Romance Completed 15770

" Dania, we need to talk " panggil Datuk Rais.

Dania hairan. Tiba-tiba sahaja papa nya itu memanggilnya. Pasti ada benda yang tidak kena.

" Apa dia papa? " soalnya.

" Duduk " arah Datuk Rais.

Dania melabuhkan punggungnya di sofa hadapan Datuk Rais.

" Dania sayang papa? " .

" Of course papa. Soalan apa yang papa tanya ni ? " berkerut dahi Dania.

" Then why Dania masih nak memalukan papa dengan mengemis tepi jalan? " .

" Papa? Apa ni? Nia bukan pengemis. Berapa kali Nia kena ulang? Yang Nia cari rezeki halal. Bukannya mengemis " .

" Benda tu memalukan papa. Mana papa nak letak muka papa ni? " .

Dania tersenyum sinis.

" Bukan ke selama ni papa cakap papa dah tak nak ambil tahu lagi soal Nia? Then kenapa nak ambil kisah lagi soal Nia? " .

" Papa bagi Nia dua pilihan, tinggalkan kerja bodoh tu atau tinggalkan rumah ni " tegas Datuk Rais.

Dania terkejut dengan permintaan Datuk Rais.

" Apa semua ni papa? " .

" Papa rasa Nia tak pekak, Nia ada dua pilihan. Pilih lah nak yang mana satu. Simple " .

" Papa tak boleh buat Nia macam ni. Tu semua minat Nia. Pa please jangan buat Nia macam ni " rayu Dania.

" No Dania. Sekarang papa nak Nia pilih. Cepat buat keputusan sekarang".

Lama Dania berfikir. Tidak mungkin dia berhenti melukis. Itu minatnya sejak daripada kecil lagi. Tapi kalau dia keluar daripada rumah, kemana hendak dia pergi pula.

" So macam mana? Tinggalkan kerja tak berfaedah tu? " .

Dania menggeleng perlahan.

" Nia tak akan berhenti melukis " .

" Then senang jer. Keluar daripada rumah ni jangan balik-balik lagi " .

" Fine. Nia akan keluar kalau itu yang papa nak " .

" Suka hati Nia lah. Nia yang buat keputusan. Papa dah bagi pilihan kan. Nia yang pilih jalan tu " .

Datin Ani dan Lisa melompat keriangan. Mereka curi-curi dengar perbualan dua beranak itu.

???

" Kesiannya dia kena halau " ejek Lisa.

Dania mengetap giginya.

" Bye bye jaga diri ya kat luar tu. Nak sangat jadi pengemis kan " tambah Datin Ani pula.

Dania terus berlalu saat teksi tiba di hadapan rumahnya. Kereta yang selama ini diberikan oleh Datuk Rais kepadanya, diambil semula.

Selepas memasukkan bagasinya ke dalam bonet teksi, Dania terus masuk ke dalam teksi. Dia sempat menjeling sekilas pada rumah banglo dua tingkat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience