Part 3.

Romance Completed 15771

" Bukan kau dah siapkan ke lukisan ni sebelum ni? " soal Mar.

" Memanglah aku dah siapkan. Masalahnya perempuan gila kat rumah aku tu pergi rosakkan. Terpaksalah aku lukis balik. Nasib baik customer tak mengamuk " cerita Dania.

Matanya fokus pada lukisan yang sedang dilukis.

" Lisa? Dia rosakkan lukisan kau? Jahatnya " .

" Kau macam tak kenal pulak dengan perangai puaka dia tu. Tak habis-habis dengki dengan aku. Busuk hati betul " ngomel Rania.

Mar ketawa mendengar Rania mengomel.

" Tapi kan Nia, aku tabik gila dengan kau sebab still boleh bertahan dengan perangai kakak tiri kau tu. Kalau aku, memang tak lah " .

" Nak buat macam mana, kalau aku mengadu dengan papa aku pun dia tak akan layan. Mak tiri aku tu licik. Pandai berdrama depan papa aku " .

" Haa yang tu aku setuju. Kesian kau kan Nia " .

" Tak payah kesian lah Mar. Aku okay jer. Asal aku tak kacau hidup dia orang sudah lah kan " .

" Tapi kan Nia, sampai bila kau nak jadi pelukis tepi jalan ni? " soal Mar tiba-tiba.

Rania menoleh ke arah sahabat baiknya itu.

" Entahlah Mar. Kau tahu kan impian aku nak ada galeri sendiri. Tapi aku mana lah ada duit nak bukak galeri so aku jadi jer lah pelukis tepi jalan " jawabnya.

" Papa kau? Kau cuba lah minta dia pinjamkan duit untuk dijadikan modal kau bukak galeri kau sendiri ".

" Sah-sah lah papa aku tak bagi Mar. Kau tahu tak, lately ni dia asyik mendesak aku ambil alih syarikat dia. Aku tak nak. Kau tahu kan minat aku cuma pada seni " .

Mar mengangguk faham.

" Tapi aku tak kisah pun jadi pelukis tepi jalan. Biarlah orang nak cakap apa pun. Semua orang bermula daripada bawah. Mana lah tahu kalau ada rezeki aku dapat bukak galeri aku sendiri dengan hasil titik peluh aku. Mungkin bukan sekarang. But one day. Aku akan buktikan pada papa aku, pelukis pun boleh berjaya " sambung Dania lagi.

Mar mengusap perlahan bahu Dania. Dia tahu walaupun Rania nampak kental pada luaran namun di dalam hatinya banyak yang dia pendam.

" Insya Allah Nia. Aku akan terus support kau. Aku peminat no 1 lukisan kau tau " .

Dania ketawa. Ada-ada sahaja sahabatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience