"Abang Zul!!" Aiza menjerit. April yang sedang membasuh pinggan terkejut. Segera dia mengelap tangannya dan berlari ke pintu utama.
"Abang!!!" Jerit April lalu memeluk erat abang kandung nya, Zulkhairi. Zulkhairi membalas pelukan April dan mengukir senyuman.
"Tak nak bawak abang masuk ke?" April tersengih dan membawa Zulkhairi masuk. Zulkhari terpana melihat keadaan rumah yang masih sama seperti dulu. Kemas.
Mereka duduk di sofa ruang tamu. Aiza membawa dulang air. Zulkhairi menghirup sedikit air yang dihidangkan.
"Kenapa abang belajar luar negara tak bagitahu April." Zul memandang April serta-merta.
"Sebenarnya, abang tak suka Ummi Roza kahwin dengan Abah sebab abang rasa sedih. Abang asyik teringatkan ibu. Sebab tu abang belajar luar negara. Sekarang abang balik, abang nak berbaik dengan ummi. Mana ummi?" April menelan liur. Aiza masih teragak nak bagitahu.
"Mana ummi, Aiza?" Zulkhairi mengulang balik pertanyaannya. April menyuruh Aiza memberitahu Zulkhairi melalui isyarat mata.
"Err...ummi dengan abah....dah...meninggal." Aiza dan April menunduk. Takut kalau tiba-tiba Zulkhairi marah. Zulkairi terenyum nipis.
"Tak apa lah. Dah ajal ummi dengan abah. Abang terima je lah kan." Zul membelai lembut rambut April dan Aiza. Kemudian ditariknya rambut mereka berdua.
Kerana terlalu geram, April dan Aiza mengejar Zulkhairi yang sudah lari. Misi mengejar Zulkairi bermula! Amira hanya melihat mereka dari tangga. Nak juga dia merasa kebahagiaan sebegitu.
********************************
"Tasya! Tasya! Natasya!" Jerit Hanis. Bertahun menunggu si Natasya ni bersiap.
"Ok siap." Natasya membuat tanda 'ok'. Hanis menggeleng. Mereka keluar dari rumah dan siap sedia untuk shopping.
Sampai sahaja di mall, dia terlihat susuk tubuh lelaki yang dikenalinya. Adam. Dia dengan....Diana? Segera Hanis melangkah ke sana. Natasya hanya membuntuti Hanis.
"Eh Adam. You buat apa dekat sini?" Hanis menjeling Diana. Start sudah mood gedik dia tu.
"I tengah beli barang tunang lah. Yang you sibuk sangat ni kenapa. Dah break buat cara break ok." Adam memimpin tangan Diana dan berlalu dari situ. Hanis berdecit geram. Natasya menggeleng lagi.
"Okay fine! Tak ada siapa nak layan aku kan." Hanis melangkah ke salah satu butik yang terkenal sambil menghentakkan kakinya. Natasya menahan ketawa.
Sambil berjalan, Hanis ternampak Aiman. Apa lagi, dia pun kejar lah Aiman. Natasya pun ikut berlari. HAHAHAH
"Aiman!!" Jerit Hanis. Aiman menoleh. Dia mempercepatkan langkanhnya apabila dia nampak muka Hanis. Hanis menghentakkan kaki nya kuat. Natasya mengetuk kepala Hanis.
"Dah jom. Tak yah lah nak hentak kaki kat sini." Natasya menarik rambut Hanis lalu melangkah ke butik tadi.
"Rambut aku!!" Hanis menangis dalam diam. Natasya tidak mengendahkan Hanis. Dalam hati dia dah ketawa mengekek. Padan muka kau, gedik lagi en.
Sambil menyeret Hanis ke dalam butik, Natasya ternampak seorang perempuan yang mungkin dikenalinya. Kelihatan seperti diseksa. Di tangan kanannya terdapat satu luka panjang yang masih baru. Ditoreh? Mungkin juga.
Tetapi perempuan itu ditemani seorang lelaki. Mereka nampak sangat bahagia. 'Aku tak tahu kenapa aku nak tahu sangag perempuan tu.'kata Natasya dalam hati. Hanis yang perasan langkah Natasya semakin perlahan, dia menoleh. Mengelamun ke dia ni.
Hanis melambai-lambaikan tangan nya dihadapan muka Natasya. Natasya masih kaku sebegitu. Hanis pun dengan nakalnya mencubit lengan Natasya. Natasya mengerang kesakitan.
"Kau pandang apa tadi?" tanya Hanis. Natasya hanya menggeleng. Dia pun tidak tahu siapa perempuan itu. Hanis menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Mereka masuk ke dalam butik itu. Mulalah rambang mata si Hanis ni.
Hanis pergi agak jauh dari Natasya. Leka pilih dress yang cantik. Natasya pula macam sudah hilang mood untuk shopping. Dia duduk di sofa yang ada di butik itu. Sekali-sekala dia membelek majalah yang ada disitu.
Dia pun menoleh kebelakang. Dia pun ternganga, terpaku disitu. Dia nampak abang Airil bersama seorang perempuan. Dan perempuan itu adalah perempuan tadi. Entah mengapa dia rasa sakit hati melihat Airil bersama perempuan itu.
"Eh, Natasya. Natasya datang dengan siapa?" tanya April. Perempuan itu seperti tidak selesa mendengar nama Natasya itu. Seperti ada rahsia yang dia pendam.
"Dengan Hanis. Err tak nak kenalkan ke?"kata Natasya. Mata memandang pada Airil lalu dialihkan kepada perempuan itu. Natasya tersenyum. Macam dah kenal lama. Tapi.... Entahlah.
"Ouh lupa pulak. Natasya, ini Natalia. Dan Natalia, ini Natasya."jawab Airil. Natasya sedikit terkejut mendengar nama perempuan itu. Tetapi dia hanya bersalaman dengan Natalia seperti biasa. Mereka berpelukan.
'Kenapa aku rasa, aku dah kenal Natalia lama. Rasa macam dia ni kakak kembar aku pulak. Lia, mana kau? Rindu pulak.' kata Natasya sekadar dalam hati.
"Ermm korang borak lah dulu. Tengok baju mana yang cantik. Airil nak angkat call dulu." kata Airil. Sempat dia mengenyitkan mata kirinya pada Natasya sebelum keluar dari butik. Wajah Natasya sudah mula memerah.
"Ermm Natalia jom cari baju." Natasya menarik lengan Natalia. Natalia mengerang kesakitan. Natasya yang terkejut itu melepaskan tangannya. Dia menyelak sedikit lengan baju Natalia. Kesan ditoreh.
"Err, sorry." hanya itu yang dapat diluahkan. Walaupun hakikatnya, terdapat beribu persoalan dibenaknya tidak terluah.
"Panggil Lia je." Natalia tersenyum manis. Natasya membalas senyuman nya. Mereka pun mencari baju yang cantik. Hanis mana?? Entahlah dia.
Natasya menyeluk poketnya untuk mengambil phonenya. Tiba-tiba terjatuh sekeping gambar dua orang budak perempuan. Natasya sudah jauh kedepan meninggalkannya. Natalia mengambil nya. Dilihat dengan teliti gambar itu.
Dibelakang gambar itu pula ada tulisan tangan yang bertulis 'Tasya akan cari Lia. Twins cannot be seperated by distance accept for death.' Hampir gugur air matanya apabila dia sedar seorang perempuan dari gambar itu adalah dia.
Dia pun berjalan mencari Natasya. Air mata sedaya upaya ditahan. Belum tahu kebenarannya, jadi tak boleh nak happy lagi.
*****************
Comment~~?
Share this novel