April dan Diana kini berada di hospital. Aiza dan Amira tidak tahu tentang hal ini lagi. Ummi dan Abah nya masih lagi di dalam wad ICU. Pemanggil bagitahu yang Ummi dan Abah April accident teruk.
Kereta hancur, ummi dan abah tercampak ke luar. Tragedi ini membuat kan April tidak berhenti menangis. Diana turut simpati atas apa yang jadi pada April.
"Kalau kau rasa sedih, kau menangis lah sampai kau rasa puas. Jangan pendam. Kau nak aku call Aiza ke?" Kata Diana. April menggeleng. Diana mengeluh.
April masih terus menangis. Menangis dalam dakapan Diana. Diana menelefon abang Alif.
"Alif, boleh datang sini tak?" Diana tidak memberi salam.
"Dekat mana? Kenapa rushing ni?" Diana memandang April seketika. Kepala April masih menunduk.
"Hospital. Ummi dengan abah April masuk wad ICU." Diana memutuskan talian. Takut April dengar apa yang cakap. April tak bagi dia telefon sesiapa sekarang.
Setelah hampir 15 minit, Alif sampai di hospital bersama kembarnya, Airil. Mereka berdua duduk di sebelah April yang sudah kurang air mata mengalir. Diana bangun dan melihat sahaja mereka.
"April, nanti April duduk rumah Pak Long dengan Mak Long tau." Kata Airil. Memang Airil tak rapat sangat dengan April tapi dia masih ambil kisah pasal April.
"Tak nak lah. April tak nak susahkan Pak Long dengan Mak Long." April mengesat air matanya. Air mata nya sudah mula mengering. Alif memandang April sayu.
"April nak ajak Pak Long dengan Mak Long duduk rumah April lah. Abang Alif dengan abang Airil duduk rumah sana. Okey?" April memberi cadangan.
"Anything for you, April." April senyum gembira. Airil dan Alif turut gembira melihat April yang tidak lagi bersedih. Airil mengusap rambut April lembut. Diana tersenyum kecil.
"April, kau nak masuk kelas ke? Kalau tak nak aku bagitahu prof kau MC." Kata Diana. April memandang Alif dan Airil.
"Abang hari ni tak de class. So, abang stay sini. Kalau ada apa-apa, abang call April." Kata Airil. Alif pun ada class. Diana, April dan Alif keluar dari hospital.
********************************
"Hanis, please stop doing this." Natasya menasihati Hanis buat kesekian kalinya. Hanis memusingkan bola matanya. Bosan mendengar.
"Tasya, come on. Dia tak tahu lah." Kata Hanis cuba meyakinkan Natasya. Natasya mengeluh.
"Lantak kau lah. Kalau kantoi aku tak bertanggungjawab. Degil sangat kan." Hanis mengangguk malas. Hanis sedang keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan Aiman.
Natasya sudah banyak kali menasihati nya, tapi semuanya hanya sia-sia. Buang masa, buang tenaga cakap dengan manusia bernama Hanis Zulaikha. Orang nasihat pun buat tak tahu. Buat tak endah.
Aiman hanya memerhati dari jauh. Dia fikir Aiman tak tahu. Aiman tunggu masa je nak break. Kena ada alasan dan bukti kukuh. Sejujurnya dah banyak kali Hanis buat macam ni.
Natasya nak sangat bagitahu pada Aiman. Tapi dia takut, persahabatan dia dan Hanis. Takut Hanis tak nak berkawan dengan dia. Dia bukannya ada kawan ramai.
"Hanis, aku balik dulu." Tanpa menunggu jawapan dari Hanis, Natasya keluar dari situ. Tak tahan dengan bunyi yang membingitkan telinga. Hanis pun tengah seronok layan lelaki. Natasya menggeleng.
Dia berjalan keluar dan ingin pulang. Tetapi ada seorang yang menegurnya.
"Tasya, wait." Tasya berhenti. Dia pusing ke belakang. Dia terkaku di situ. Aiman. Yes, Aiman ada di sini.
"Awak buat apa kat sini?" Dia dah tahu segalanya cuma saja buat tak tahu. Natasya memikirkan alasan.
"Errrr, saya.....saya...enjoy lah. Release stress. Kenapa ye?" Natasya terpaksa menggunakan namanya untuk menutup kesalahan Hanis. Kalau Aiman tahu segalanya, dia yang akan di maki oleh Hanis.
"Hanis mana?" Tanya Aiman. Aiman senyum sinis. Natasya dah cuak. Nak bagi jawapan apa??
"Hanis....err..Hanis kat rumah lah. Dah lah saya balik dulu. Bye." Natasya mempercepatkan langkahnya. Nanti Aiman tanya macam-macam, nam jawap apa?
"Tak payah lah nak tipu aku,Tasya. Hanis ada kat dalam kan? So dumb." Aiman berlalu dari tempat jijik itu. Tak pe. Sampai masanya nanti, aku akan lepaskan kau.
*********************************
"Kak, kenapa akak macam tak makan je ni. Ada apa-apa ke yang akak nak bagitahu Aiza?" April duduk dengan lemahnya. Air mata yang mula bertakung, ditahan.
"Ummi....ummi..."Aiza mengangkat kening sebelah. April mengumpulkan segala kekuatan untuk menyampaikan berita ini.
"Ummi dengan Abah accident." Aiza terkejut. Sungguh terkejut. Air mata yang mengalir segera diseka.
"Ummi dengan abah dekat mana kak?" Aiza cuba untuk menampakkan diri nya kuat. Padahal dalam hati dah hancur berkecai seribu.
"ICU."sepatah April menjawab.
"Kau lah penyebab ummi aku accident kan!! Kau ni memang tak guna lah!! Tak guna tahu tak!!" Amira menarik rambut April sekuat hati. April menangis. Nak menjerit tapi suara tak terkeluar.
"Kak Mira. Tolonglah jangan buat macam ni dekat kak April. Ummi, Abah accident bukan sebab April. Ni semua ketentuan Allah tahu tak." Aiza merentap kasar tangan Mira. Mira terkejut.
Walaupun Aiza selalu menasihati, memarahi dan meninggikan suara nya pada Mira. Aiza belum pernah merentap kasar tangan Mira. Ini adalah kali pertama.
"Ok. Tak pe. Aku redho. Untuk pengetahuan korang, aku memang nak Ummi dengan Abah mati. Sebab diorang tak layak hidup!! Tak layak!!"
'Pang'
Mira memegang pipi kirinya. Dia ditampar oleh April. April yang lemah lembut melempangnya. Pipi nya memerah akibat lempangan yang kuat. Dia menahan amarahnya.
"Kau....kau..." Amira lari naik ke bilik nya. Aiza cuba menenangkan April. Diana yang terdengar Amira menjerit, segera masuk ke rumah April.
"Hei, kenapa ni? Aiza, kenapa?" Diana risau tentang April. Rambut kusut, menangis sekuat-kuatnya.
"Kak, nanti Aiza cerita. Kak Diana boleh bawak Aiza pergi jumpa Ummi tak?" Diana mengangguk. Dia memimpin tangan April dan lolos ke dalam kereta.
Di Hospital...
"Kenapa dengan April ni?" Soal Aliff. Diana dan April duduk. Diana melentokkan kepala April di bahu nya. April pun tertidur.
"Penat lah tu." Diana mengusap rambut April. Kenapa Amira buat April macam tu? Banyak lagilah persoalan yang tak terjawab ada dalam kepala otak Diana. Aiza masih kat dalam melawat Ummi dan Abahnya.
"Kesian kau April." Diana mengucup lembut ubun-ubun April.
Share this novel