"Aku dengar ada student cantik tu nama dia...Ariana.Ariana apa tah."kata Natasya membuka cerita.Hanis hanya mengerutkan dahinya yang menandakan dia tengah keliru.Siapa Ariana?
"Hah! Nama dia April Ariana.Aku dah jumpa April tu face to face.Serius cantik gila." Hanis terdiam.Wait, April Ariana bukan ke bestfriend aku time secondary school dulu.Dia ke April Ariana.
"Kau asal diam.Hanis!!" Jerit Natasya.Ey dia ni aku dah jerit pun dia buat tak tahu je.
"Hanis Zulaikha!!!" Ambil kau.Kan dah sebut nama panjang.Hanis kembali kepada realiti setelah termenung kan si April tu.Hanis pun blur jap.
"Kau panggil aku ke?Sorry." Hanis membuat muka 10sen.Minta simpati konon.Orang panggil buat tak tahu je.
"Ah banyak lah sorry kau." Niat Natasya hanya untuk menolak manja bahu Hanis.Tetapi lain pula jadi nya.Hanis terjatuh ke dalam longkang di sebelahnya.Natasya pun terkejut dengan tindakannya.Pandangan student tertumpu pada Hanis dan Natasya.Natasya hanya ketawa tak ingat dunia.
"Ain Natasya!!!" Hanis tersangatlah geram dengan Natasya.Habis basah kuyup baju aku.Hanis pun cuba untuk bangun.Student lain pun tengok je bukan nak tolong.Tiba-tiba dia rasa ada seseorang memegang lengannya cuba membantunya untuk bangun.Dia mengalihkan pandangannya kepada orang yang memegang lengannya.Ini bukan.....
"Awak okey?Awak ada baju ganti tak?Kalau takde saya ada.By the way nama saya April Ariana." April hanya tersenyum dengan manis.Hanis masih terpaku di situ.Otak dia ligat berfikir dia ke April Ariana zaman sekolah menengah dulu.Student lain pulak semua dah beransur masuk ke kelas masibg-masing.
"Nama saya Hanis Zulaikha.Ingat tak?" Natasya hanya terdiam memandang Hanis.Ingat tak? Maksudnya diorang kawan ke dulu?
"Hanis Aiman."April menyebut nama panggilan Hanis waktu zaman sekolah dulu.Satu sekolah panggil dia dengan panggilan tu sebab Hanis rapat sangat dengan Aiman.Ramai sangat orang nama Hanis.Hanis hanya mengangguk sambil tersenyum manis.
"Kenapa kau pindah dulu tak bagitahu aku."kata Hanis sambil tangan mengambil baju dari April.Mereka berborak sehingga lupa yang mereka ada Natasya dan Diana.Natasya dah macam cacing kepanasan tunggu diorang.Setelah Hanis selesai menukar baju, mereka masuk ke kelas masing-masing. Nasib sempat cakap terima kasih.Natasya masih lagi ketawa bila teringatkan peristiwa tu.
"Kau ni apasal dari tadi gelakkan aku.Jahat lah kau ni." Hanis menumbuk lengan Natasya.Natasya meraung kesakitan.
"Sakitlah." Natasya mengusap-usap lengannya yang ditumbuk tadi.
"Weyh nak tanya ni.Kau dengan April tu kawan waktu sekolah menengah ke?"tanya Natasya.Ye lah rapat semacam je.Dah la dengan April.Student paling hot setakat ni.Baik pulak tu.Mesti ramai lelaki minta nombor dia kan.
"Yup.Kitorang kawan dulu.Tapi lepastu dia pindah sekolah baru.Dia tak bagitahu aku pun dia nak pindah.Kesian aku lonely tak ada dia."jawab Hanis.Terkenang pulak memori zaman sekolah dulu.Sambil berborak tu sambil kaki melangkah jugak.Lambat masuk kelas nanti kena denda.
"Kenapa dia pindah?"soal Natasya lagi.Dia fikir Hanis ni PA dia ke.April pindah pun tak bagitahu Hanis.
"Kau fikir aku tahu ke.Weyh jalan cepat sikit nanti kena denda."Hanis dan Natasya melangkah secepat yang mungkin untuk masuk ke kelas.Siapa yang nak kena denda dengan prof Rohaya tu.Dah la kelas dia 2 jam.Lambat sikit je,kena berdiri luar kelas sampai habis waktu.Tiada alasan.
Sambil jalan tu ,Hanis masih lagi bercerita tentang dia dan April waktu mereka di sekolah menengah.Natasya hanya menjadi pendengar yang masih setia mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Hanis.Tapi malang,sampai luar kelas je,mereka dapat dengar suara lantang Prof Rohaya.Oh tidak,kena denda lah jawapannya.
Mereka melangkah masuk kelas dengan perasaan takut.Prof tolonglah kasihan kan kami.
"Kenapa masuk lambat?"tanya Prof Rohaya.Prof ni tak makan ke tadi.Muka macam nak makan orang.
"Tadi saya jatuh longkang.Saya pergi tukar....."belum sempat Hanis menghabiskan ayatnya, Prof memotong.
"Tak ada alasan.Awak berdua pergi berdiri luar kelas sampai habis waktu saya!" Aduh prof ni tadi tanya orang kenapa masuk lambat.Tak habis cakap lagi dah potong ayat orang.Kalau lah Prof tu kawan aku, aku dah tolak Prof masuk longkang aku jatuh tadi.Hishh.
*************************************
Sorry .Author rushing buat chapter ni but i promise,i will improve my writing.Saya bukanlah pro writer.
Share this novel