"Sorry lambat." Tercungap-cungap Hanis berkata pada April.April hanya memandang Hanis dengan senyuman yang manis.
"Kenapa lambat? Penat aku tunggu."April ni seorang yang pemaaf dan lemah lembut.Apatah lagi dengan kawan baik sendiri, memang tak sanggup dia nak marah Hanis lama-lama.Nanti jadi benda lain pulak.
"Okey jom lah.Kejap Aiman datang tak harini?" Soal Hanis.Aiman merupakan kawan Hanis tapi bukan kawan April. April jarang sangat cakap dengan lelaki jadi Aiman tidak diiktirafkan sebagai kawan April.
"Tak tahu dan tak nak tahu." Kata April dengan selambanya.Dia bukan kawan aku so buat apa aku nak ambil tahu pasal dia.Betul tak?
"Hmmmm.Homework kau dah siap belum.Kalau dah nak pinjam." Hanis tersengih seperti kerang busuk.Sebenarnya Hanis nak tukar topik tapi pada masa yang sama dia tak siap homework Biologi lagi.Apa salahnya 'kill two birds with one stone' kan?
***********************************
"Kau nak apa, hah?" Amira bengang dengan adiknya Aiza yang enggan mencuci pinggan.April baru balik dari sekolah dan segera ke dapur untuk meredekan keadaan.
"Kenapa ni Aiza,Mira?" Soal April.Amira tidak mengendahkan soalan April lalu masuk ke dalam biliknya.
"Apa yang jadi ni Aiza?Cuba cerita kat akak.Mana tahu akak boleh tolong." Aiza menceritakan segala-galanya pada April.Amira dan Aiza ialah adik tiri April. Ibunya telah meninggal dunia sejak April berumur 6 tahun.Papanya berkahwin dengan Aunty Roza sewaktu April berusia 8 tahun.Aunty Roza seorang janda yang sudah bercerai dengan suaminya yang curang.Aunty Roza melayan April seperti anknya sendiri. Aiza pula sangat gembira kerana dapat seorang lagi kakak manakala Amira tidak.Dia seringkali berfikir yang dia akan diketepikan dan dipalau.Dia tak suka berkongsi kasih dengan orang lain termasuk adiknya sendiri.
April sangat rapat dengan Aunty Roza.April memanggil Aunty Roza dengan panggilan Ummi.Dia bersyukur dia mempunya mak tiri yang penyayang.
Hari ini ialah hari terakhir April bersekolah di sekolah itu.Dia akan bersekolah di sekolah Amira dan Aiza.
***********************************
3 tahun berlalu.....
Hari ini hari pertama April melanjutkan pelajaran nya di universiti.Dia sangat gembira dapat melanjutkan pelajaran nya kerana dia telah berjanji pada ibunya yang dia akan melanjutkan pelajaran nya.Tapi April belum mempunyai kawan lagi.
Seorang gadis lalu disebelahnya dan duduk selang dua kerusi dihadapannya.Cantik orangnya.Baik tu tak tahu lagi lah.Manusia zaman sekarang mana boleh dipercayai.
Masa untuk perkenalkan diri masing-masing.Apabila sampai gilirannya,dia hanya berdiri dengan yakin.Nervous dah datang pulak.Semua memandang ke arahnya.Ada yang berbisik dengan kawan sambil memandangnya.April tarik nafas dan hembus nafas.
"Assalamualaikum.Nama saya April Ariana.Boleh panggil April je.Saya lahir pada 29 April.Terima kasih." Setelah dia habis memperkenalkan dirinya, dia dengar orang berkata tentang dirinya.
"Weyh nama cantik macam orangnya.Cair aku."
"Cantik,lemah lembut pulak tu."
"Nak jadi bestfriend dia lah."
Antara perbualan yang dia terdengar.Nak buat macam mana dah terdengar kan.April takut nanti dia tak ada kawan.Kawan memainkan peranan ye.Apabila waktu rehat ramai yang minta nombor telefonnya dan sebagainya.Rimasnya. Kalau perempuan tak pelah jugak, masalahnya lelaki yang mintak nombor dia.
Ada seorang perempuan duduk disebelahnya.Jap ni bukan ke perempuan yang April cakap dia cantik tadi.
"Hai, saya Diana Maisarah.Boleh panggil saya Diana.Boleh berkawan?" Happy nya time tu.Aku ni susah cari kawan tapi nasib ada yang sudi nak berkawan dengan aku.
"Boleh je.Saya April Ariana." Mereka borak borak dan berborak sampai habis waktu.Jalan nak pergi kelas pun berborak.Apa yang diborakkan pun tak tahu lah.
Tiba-tiba dia terdengar orang bercakap pasal April.Diana memasang telinga.
"Weyh korang tahu tak April?Dia budak paling cantik kat universiti ni tau.Dia dah famous antara student kat sini." Bunyi nya macam tu.Mengumpat je tahu.Kan dah dapat dosa free.
"Weyh diorang dari tadi cerita pasal kau.Kau tak nak tegur ke?"soal Diana.Diana hairan, dari tadi lelaki tegur dia.Dia buat tak tahu je.
"Aku jarang sangat cakap dengan lelaki." Hanya ayat tu saja yang keluar dari mulut April.Diana hanya mengangguk tanda faham.
***************************************
Maaf kalau bab ni macam dah terlalu banyak rahsia terbongkar.Saya bukan pro writer.
Share this novel