Suhairie mengambil tempat duduk di sebelah April. April segera ketepikan badannya rapat sedikit dengan Diana.Lekas Diana dan Adam bangun untuk order makanan.Tinggallah April dan Suhairie di situ.Ah masalah dah timbul.
"Awak apa khabar?" Bisik Suhairie rapat ditelinga April.April hanya membisu.Bisu-sebisu bisunya.Suhairie masih memandang April.
"Awak tak ada perasaan lagi tak kat saya?" April masih lagi membatu sambil kepala menghadap tanah.Tiba-tiba Diana dan Adam datang dengan cerianya.Baru lepas berduaan kan.
"Hah.Korang kenapa tak borak?Membatu je dari tadi aku tengok."Adam memandang Suhairie.Suhairie hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Suasana sunyi seketika.Suhairie pandang sekeliling kedai itu, Diana dengan Adam borak-borak.April? Mengenang nasib duduk sebelah jantan ni.Haih.Teruk nya nasib hari ni.Nak balik!!! April dah meronta-ronta dalam hati.
I am you
I see me in you
Dengar je dua baris lirik tu ,April bersyukur tak henti.Lagu itu menandakan ada orang call dia.April mengambil handphone nya dan memberi isyarat pada Diana.Diana mengangguk faham.
April berlalu dari situ dan mengangkat call.Dia memulakan bicara nya.
"Assalamualaikum."dia tidak sempat lihat pada skrin sebelum mengangkat telefonnya.Ada suara ketawa di hujung talian.
"Waalaikumsalam.Lama tak dengar suara kau." Aik siapa pulak call ni.April melihat skrin nya.April tersenyum.
"Mengada lah kau ni.Mana dapat nombor aku ni."balas April.Suhairie yang duduk di meja makan hanya melihat April.Kejap pandang phone, kejap pandang April lepastu senyum.Macam orang gila je.Adam yang perasan mula bertanya.
"Kau ada perasaan ke kat April?" Aduh nak jawab apa ni.Adam masih memandang Suhairie untuk mendapatkan jawapan.
"Tak lah.Muka dia macam muka ex-girlfriend aku." Suhairie menipu.Alah, tipu sunat sesekali je.Bukan selalu.Adam mengangguk.Malas nak tanya banyak-banyak.
"Siapa call?"tanya Diana setelah April mengambil tempat duduk di sebelah Diana.
"Hanis. Dia nak cakap terima kasih je." April senyum.Haih manalah tak cair kalau asyik senyum je.Suhairie tak henti memandang April yang tengah menyuapkan sesuap nasi ayam ke dalam mulutnya.
"Assalamualaikum.Hah, sorry lambat." Kata Alif.Nasib Alif datang kalau tak habis lah aku kena duduk sebelah jantan ni.
"Ehh, Su.Lama tak jumpa!"kata Alif lantang.Adam dan Diana hanya memandabg pelik.Diorang dah kenal ke?
"Abang Alif dah lama kenal Su ke?" Adam bertanya memecahkan suasana hening yang agak kekok itu.April hanya memandang Alif dengan mata yang berbicara 'Jangan bagitahu orang lain.About me and Su.'
"Erghh, Su ni junior abang time sekolah dulu tu yang dah lama tak nampak." Alif teragak-agak tapi akhirnya lancar sahaja dia mengeluarkan ayat itu.Fuhh, nasib abang Alif ni pandai berlakon.
Selepas habis makan,mereka pulang ke rumah masing-masing.Alif menghantar April ke rumah ummi.Sampai sahaja di depan rumah teres 2 tingkat itu,Alif menyuruh April sampaikan salam kasih pada ummi nya.
"Asslamualaikum.Ummi?" April menanggalkan kasut nya. Dia mengemaskan rambutnya yang agak serabai.
"Ya, April.Ummi kat dapur!"jerit Ummi yang berada di dapur.April segera ke dapur.
"Ummi, abang Alif kirim salam." April terus menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan umminya.Ummi jawab salam dari Alif.
"Kak! Bila kak April sampai?"suara manja adik bongsu tirinya itu tidak pernah merimaskan nya.Aiza menyalam dan mencium tangan April.Tangan April tak pernah tak lembut dan wangi.
"Baru je.Tak sampai lima minit pun."jawab April.Aiza mengangguk.Amira hanya duduk di anak tangga sambil mereka bergelak ketawa.Timbul rasa cemburu di hati nya.
"Kenapa lah perempuan tu jugak yang jadi keutamaan ummi bukan Mira.Baik sangat ke April tu?Apa kurangnya aku?" Kata Amira perlahan tapi cukup didengari oleh Aiza.Aiza ni telinga lintah sikit.
Aiza meminta izin untuk ke bilik semula.Mata Aiza tertumpu pada Amira yang berada di anak tangga itu.Amira hanya menjulingkan matanya.Aiza segera menaiki anak tangga.
Sampai sahaja di bilik kakak kandungnya, Amira dia menutup pintu.Tidak mahu ummi dan April mendengar perbualan mereka.
"Kenapa akak cakap macam tu.Ummi layan kita sama je macam ummi layan April."kata Aiza.Mahu mempertahankan April yang tak buat salah apa pun.
"Kau dengar? Baguslah tu.Kau tak perasan ke yang ummi asyik layan April tu je.Mungkin dia layan kau, tapi dia tak layan aku." Marah Amira.Kurang kasih sayang betullah kakak aku sorang ni.
"Cuba akak belajar erti bersyukur dan menghormati.Ummi tu ibu kandung kita, tak elok cakap macam tu.Kak April tak buat salah pun kat Akak.Yang akak benci sangat kak April tu kenapa?Aiza bukan nak kurang ajar, tapi kak ,you are way too much.Stop it okey.I'm sorry if my words hurt you.Excuse me."walaupun geram sangat dengan Amira tu.Dia tetap kakak kandung Aiza.Walaupun jahat ataupun teruk mana pun Amira, Aiza tetap menghormati nya sebagai seorang kakak.
Masuk je April dalam bilik,phone nya berdering.Segera dia menuju ke meja belajar.Haih, apa lah jantan ni nak.
***************************
Sorry merepek.I will improve it.Lepas dah baca kena buat apa?
Comment lah bagi pendapat atau idea ke.
Share this novel