Bab 16

Romance Series 3672

"Apa nama penuh Aiman?" tanya April. Keningnya bertaut. Pening memikiran siapa mamat AH dari semalam. Dia mengetuk kepala nya perlahan.

"Tanya Adam lah." kata Diana. Dia mengeluarkan phone nya dan menekan contact 'Adam Sayang??'. Eeuww what?!! Adam Sayang???! Dia lantas ber-chat dengan Adam.

"Hah nama dia... Aiman Haziq." kata Diana. Phone nya disumbat ke dalam beg dan dia mengeluarkan buku nota. April memandang sticky note itu dan Diana silih ganti.

"Diana. AH stands for Aiman Haziq. Is it possible?" tangannya masih lagi memegang sticky note yang melekat pada beg nya tempoh hari. Diana yang sedang bermain dengan pen nya, terhenti.

"Wait, wait, wait. Possible gila dho!!!" jerit Diana. Mata-mata student yang baru masuk di dewan itu terarah pada Diana. Diana tersengih malu manakala April menggeleng melihat telatah Diana.

"Maaf, maaf." Diana yang tadinya berdiri kini duduk apabila mata-mata itu memandangnya. Tak selesa.

"So, kau nak ke pergi taman tu? Nak aku teman?" tanya Diana lagi. April membuat gaya sedang berfikir. Jari telunjuk di letak di pipi.

"Aku nak jumpa dia. Kalau kau nak teman, sila bawa Adam kau. Tapi nak mengintai tu jangan sampai mamat tu nampak eh. Nahas kau." kata April. Nama Adam ditekankanya. Muka Diana sekarang menunjukkan muka yang bahagia.

"Aku tahu lah nak mengintai macam mana." Diana menutup buku nota nya lalu berdiri. Sebab apa? Pensyarah dah masuk dewan kuliah le. April mengerling jam di tangannya. Awal lagi nak pukul 4 petang.

•°°•°°•°°•
"Babe tunggu ah!" Jerit Diana yang jauh ketinggalan di belakang. Lapar sangat April ni. April berhenti serta merta dan menoleh ke belakang.

"Aku lapar ni!!! Cepat sikit." Kata April. Diana hanya mengekorinya. Entah kenapa dari tadi hati nya rasa sangat-sangat tak sabar nak berjumpa dengan si AH tu.

Mereka pergi ke satu kafe yang berdekatan. Diana pergi memesan makanan dan April duduk di meja bersebelahan dengan dinding transparent itu.

April mengeluarkan handphone nya. Banyaknya notification! Missed call pun ada. Patutlah tak dengar. Dia lupa yang dia silent phone nya tadi sebab berada di dalam dewan kuliah.

"4 messages from unknown number. Siapa dia ni?" Tanpa ragu-ragu, April membaca mesej dari unknown number tu.

Unknown number

Hai.
Jangan lupa ye pukul 4 ptg ni.
Saya ada simpan barang awak dulu.
I'll wait for you.

"Barang? Dulu? Aku ada hilang something ke?" April menggaru-garu kepala nya yang tidak gatal itu. Diana datang ke meja sambil membawa dulang berisi makanan.

"Yow, asal muka cam... fikir something ni?" Tanya Diana. Diana ni memang master ah kalau bab baca air muka orang. Memang tak boleh rahsiakan apa-apa dari dia.

"Tak ada lah. Ni unknown number." April menghukurkan phone nya pada Diana. Diana merampas phone April lalu membaca segala apa yang terpampang pada skrin.

Perbuatannya itu dihadiahkan dengan jelingan maut April. Dah macam tak pernah tengok phone. Diana menghulurkan phone itu pada April. Mukanya berubah serious.

"Sah!!! Ni mesti mamat Aiman Haziq tu!!!" kata Diana sedikit menjerit. April menggeleng melihat telatah Diana.

"Correction. Mamat AH, okay. Tak pasti lagi nama dia betul ke tak Aiman Haziq." kata April.

"Kalau betul?"

"Kalau tak?"

"Kalau tak, aku belanja kau makan sushi. Kalau betul, kau belanja aku tteokbeokki. Deal?" Diana membuat perjanjian. April syak something dari tadi, tapi tak tahu apa yang 'something' nya untuk disyaki.

Ye lah, yakin betul nama mamat AH tu Aiman Haziq.

"Okay, deal." Diana menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda mereka sudah membuat perjanjian. April menggeleng kecil kemudian menyambut salam Diana. Diana senyum senget.

{Flashback}

Sebelum student lain masuk...

"April, aku pergi tandas dulu eh." kata Diana. Bukan nak pergi tandas pun sebenarnya, ada something urgent.

Diana pun meninggalkan April keseorangan di dalam dewan kuliah. Student lain belum sampai sebab mereka sampai awal.

Diana menoleh kebelakang untuk memastikan tiada siapa disitu. Dia mengeluarkan phone nya. Contact number seseorang dicari.

"Eh eh." Diana segera menyambut phone nya yang terpelanting. Dia terbaling phone nya sebab terkejut phone tiba-tiba berdering. Ada orang call rupanya.

"Ye, Waalaikumsalam. Confirm ke dia orang tu?" tanya Diana.

"Ye wak. Saya dah tanya Aiman. Dia kata dia yang jumpa April kat taman tu. Ni hah, tengah menghitung masa nak jumpa April tu." jelas Adam. Diana tergelak kecil.

"Ermm awak. Boleh bagi phone ni sekejap dekat Aiman, nak cakap sikit kat dia." Diana menunggu phone itu bertukar tangan. Nak bagi reminder sikit kat si Aiman ni.

"Yes, nak cakap apa?" kata Aiman setelah phone bertukar tangan.

"Ni, saya nak tanya. Awak suka April ke?" tanya Diana perlahan.Talian sunyi buat seketika. Diana dapat merasakan Aiman sedang berfikir.

"Diam ni maksudnya suka kan? Kalau awak suka April, please jangan sakitkan hati dia. April tu, saya tahu dia suka awak juga. Jangan simpan lama-lama perasaan tu. Nanti orang lain dapat, padan muka!" mereka berdua tergelak.

"Okay. Saya janji saya akan jaga dia. Awak jangan risau. Doakan lah kami supaya Allah permudahkan segalanya. Bye!" Aiman mematikan talian. Diana menghembuskan nafas lega.

"Okay, AH settle. What's next?" soalan ditujukan pada diri sendiri. Dia mengorak langkah ingin ke dewan kuliah. Kesian April tunggu lama.

{End Flashback}

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience