Hanis mengeluh.Tak sampai seminggu masuk universiti dah banyak kerja.Boleh kena darah tinggi pada usia yang muda kalau tak ada rest.Otak, minda dan badan direhatkan buat seketika.Sekejap pun jadi lah.
Phone nya berdering, sekilas dia melihat skrin sebelum mengangkat call.
'My Aiman'
"Hello sayang."kata Hanis pembuka bicara.Dah start balik perangai gedik dia tu.Natasya yang nak masuk ke bilik Hanis tak jadi masuk.Niat terbantut.
"Hello darling. You buat apa? I kacau you ke?" Sumpah geli! Natasya yang memasang telinga dari luar bilik pun geli.Yulk!!
"I tengah buat kerja.But it's okay, you tak kacau i pun.I tengah rehat tadi.You buat apa?" Tak bosan ke cakap benda yang sama je setiap masa.Buat apa, dah makan ke belum. Tergelak, tersenyum sendiri.Itu perkara biasa.Belum pernah lagi tengok perkara 'luar biasa' dari diorang ni.
*****************************
"Hmmm, awak nak apa?"tak bagi salam lagi dah tanya soalan.Jarang April macam ni.
"Saya nak awak.Please April, jelaskan kenapa awak tak layan saya.Saya nak jawapan awak." Suhairie masih menunggu jawapan dari April.
"Tak ada yang perlu di jelaskan.Assalamualaikum."Tanpa menunggu Suhairie menjawab salam nya.April memutuskan talian.Haih, maafkan saya Su.
Bukan tak sayang, cuma April tak nak dia merampas hak orang.Natalia tu boleh dikatakan senior dan kawan yang tak rapat dengan dia.Dia tak nak di kacau oleh Natalia lagi.Dia terpaksa menjauhkan diri daripada Su.Ini yang terbaik buat dirinya dan Su.
April menutup novel itu dengan perlahan lalu diletakkan di atas meja belajar.Kalau ikutkan hati nak je baca sampai pagi.Perasaan ingin tahu tu susah nak ketepikan. 'Kerelaan yang dipaksa'. Sedih, sweet, seram semua ada dalam tu.Lengkap 100%!
9.30p.m! Ada berbaki lagi 30 minit sebelum pukul 10.Nak buat apa ye?Diana dah tidur ke belum? Hah, chat Diana. Lantas April mencapai phonenya di atas meja.
April
Assalamualaikum,Diana. Kau buat apa.
Okey, Diana tengah on.Tunggu jap.
Diana Adam
Waalaikumsalam April.Tak de buat apa pun.Tunggu masa nak tidur je ni.Kau bosan ke?
Baru je kawan macam dah bertahun kawan.Pandai betul Diana ni baca fikiran orang.
April
Boleh dikatakan bosan.Kau tak keluar ke?
Apasal aku tanya soalan macam ni?!Aduh taip memang tak fikir dulu kan.
Diana Adam
Weh!!!Aku bukan bohsia lah.Bila urgent nak cari barang baru keluar.
Hah kan dah kena.April, April.
April
Hehehe, sorry.Dah lah aku nak tidur bubye!
Baik tidur nanti merapu terlebih pulak.Diana hanya tersenyum memandang phonenya.Alhamdulillah April dah tak malu nak cakap macam tu.Bersyukur rasa nya.
April menutup lampu meja disebelahnya.Masa untuk tidur!April baring di katilnya menghadap siling yang tak berapa nak cantik tu.
5, 10, 15, 30 minit tepat pukul 10!
Mata April masih lagi segar bugar.Asal tak boleh tidur ni.Matanya masih lagi memandang siling.Termenung.Di paksanya supaya mata itu di tutup.Akhirnya terlelap juga.
Esok pagi....
April sudah bersiap untuk ke Universiti.April memakai T-shirt berlengan separuh dan memakai jeans yang tidak terlalu ketat.Rambut lebih paras bahu itu dilepaskan.Makeup? April menggunakan BB cream foundation dan dicalitnya lipstick merah.Semuanya serba sedikit dan cukup nipis supaya tidak nampak terlalu tebal.Cantik!
April mencapai beg yang berisi buku dan barang-barang yang lain.April menuruni anak tangga dengan berhati-hati.Dia ke dapur untuk sarapan.Selepas solat tubuh tadi, dia dah menyiapkan sarapan.Ummi dan Aiza memandang April.
"Amboi, cantiknya kakak Aiza.Nak pergi mana cantik-cantik ni." Kata Aiza dengan nada mengusik.April menarik kerusi disebelah Aiza dan tersenyum.
"Pergi kelas lah.Nak pergi mana lagi." jujur adalah perkara yang terbaik.Ummi memandang April.Cantik semacam je April hari ini.Macam tak percaya.Bukan selama ni tak cantik, cuma hari ini nampak lagi berseri.
Amira hanya menikmati makanan nya.Malas mahu masuk campur.Nanti tak pasal-pasal terlepas cakap, dapat 2567 patah perkataan bebelan dari ummi.Panjang bukan?
Segera April keluar dan memakai sneakers yang bersesuaian.Nak naik teksi ke bas? Belum sampai 10 langkah, April ternampak bayang-bayang yang amat dikenalinya, Ayah!!
"Ayah, Assalamualaikum." Ayahnya menjawab salam dengan suara yang cukup perlahan. April yang menyalam tangan nya dipandang.
"April nak pergi college ke? Biar Ayah hantar." Ayah nya terus masuk ke dalam perut kereta di bahagian pemandu.April hanya mengikutkan kemahuan ayah nya.Mana lah tahu ini ada lah kali yang terakhir dia berjumpa dengan ayahnya.
Sampai sahaja di college, April terus menelefon Diana.Dia ni kalau tak call memang berkepit je dengan Adam.Setiap hari,setiap jam,setiap minit, setiap saat, setiap detik berkepit.Mana ingat janji dia dengan April.Dalam kepala otak dia tu ada Adam je.
Share this novel