Diana memandang April lama. April masih tersenyum memandang sticky note itu. Dia tidak tahu siapa yang melekatkannya pada beg nya. Tapi dia yakin lelaki itu yang lekatkannya.
"Woi April. Kau ni dah kenapa? Tersenyum sorang-sorang?" Diana bersuara. Diana melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka April. April masih lagi seperti tadi.
"Hmm." April menganggukkan kepala nya. Diana mencubit tangan April. April meloncat terkejut. Dia menggosok-gosok tangannya yang dicubit oleh manusia bernama Diana.
"M..mana ada apa-apa." kata April dengan tidak bersalahnya. Diana yang bengang itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Diana dengan bijaknya merampas sticky note yang April lekatkan pada begnya.
"Kalau awak nak jumpa saya, kita jumpa esok. Dekat taman ni lagi pukul 4.00 petang. Saya tunggu awak tau. AH. Wait ,wait siapa AH?" tanya Diana. Dia menghulurkan sticky note itu pada April. April mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Kau nak jumpa dia ke esok?" tanya Diana lagi. April seperti memikirkan jawapan. April memanggil pelayan itu untuk membayar bil. Setelah itu, mereka berjalan keluar dari restoran itu.
"Ye lah. Aku jumpa lah dia. Aku nak kenal dia. Aku nak jadi April yang baru." kata April nekad. Diana memandang April dengan muka tidak percaya.
"Serious lah babe. Okay then let's go to saloon. Kita ubah penampilan kau." kata Diana. Mereka pun melangkah ke saloon.
Diana memberi cadangan untuk April memotong 'bang'. Wahhh, cantik benar April versi baru. Mereka pergi ke spa pula. Hari itu memang hari mereka.
April membuka pintu utama rumahnya lalu memberi salam. Aiza dan Lia yang duduk berborak di depan telivisyen itu memandang ke arah pintu. Mereka berdua saling berpandangan.
"Akak... Ni memang akak ke? Atau orang lain?" tanya Aiza. April tergelak sedikit. Dia menghampiri Lia dan Aiza perlahan.
"Ni akak lah. April Ariana!!!" Kata April bersemangat. Lia dan Aiza saling berpandangan. Mereka memeluk antara satu sama lain.
"Kenapa kau ubah penampilan kau? Tapi tak apa lah, cantik je." Kata Lia. Aiza dan April tergelak. Lia pun gelak bersama.
"Aku tak nak jadi lemah lagi. Aku, April Ariana yang baru. Seorang yang kuat menjalani kehidupan yang akan datang!!! Fighting dearself!!!" Kata April. Dah macam ahli politik bercakap aja.
"Lia sokong! Kalau April ada masalah, jangan segan-segan bagitahu kitorang tau. Kitorang sedia membantu." Kata Lia. Aiza mengangguk laju.
"Eh kak. Note apa ni?" Kata Aiza sambil membaca sticky note itu. Lia turut membacanya. Keningnya diangkat sebelah, dan diukirnya senyuman gatal.
"Dah berpunya ke? Pergilah jumpa dia esok." Kata Lia. Kerja Aiza hanya mengangguk. Hal pasangan, dia tidak membantah. Kalau orang tu boleh bahagiakan April, nak bantah apanya?
"April memang nak jumpa dia pun. Tapi en..." ayat April tergantung. Dia tak tahu nak sambung ke tak. Kalau sambung, mulalah dua manusia tu nak membahan.
"April rasa April suka dia." April berlari naik ke atas biliknya. Lia dan Aiza mengejar April yang berlari macam nampak hantu.
"Miss Zu, confirm April suka dia." Kata seseorang dalam rumah itu.
"..."
"You can trust me Miss Zu."
"..."
"I call you later." Dia mematikan talian.
'Aku terpaksa buat macam ni. Aku terikat.' Kata hati kecil manusia di dalam rumah itu.
******************************
"Weyh weyh weyh. April dah tukar penampilan dia. Makin cantik weyh. Untung siapa yang dapat dia." Kata Lelaki 1.
"Aku dah tau. Tadi aku terserempak dengan dia. Aku cakap 'hai' kat dia, dia balas balik weyh! Nak pengsan aku kat situ." Kata lelaki 4 sambil berjalan ke arah sekumpulan rakannya yang lain.
"Korang cerita pasal apa ni?"kata lelaki yang tertarik dengan perbualan diorang. Sahabatnya turut berada disitu.
"Pasal April lah. Dia dah tukar penampilan." Kata lelaki 2. Dia sekadar mengangguk.
"Aiman!! Kau menung apa ni?" Tanya Adam yang berada di sebelahnya. Adam memukul lengan Aiman. Aiman yang dari tadinya senyum sambil termenung terus air mukanya berubah menjadi masam mencuka.
"Ishh suka hati aku lah!" Aiman pun mengorak langkah pergi dari situ. Kaki diarahkan untuk ke dewan kuliah. Adam hanya mampu membontoti Aiman.
Aiman mempercepatkan langkahnya apabila dia tersedar kelas akan bermula lagi 10 minit. Adam dibelakangnya berhenti seketika. Penat berjalan agaknya. Tiba-tiba Aiman terlanggar seseorang.
"Eh sorry sangat. Saya dah lambat sangat ni." Kata Aiman. Tangannya dihulurkan untuk membantu perempuan itu. Perempuan itu menyambut huluran Aiman.
Perempuan itu mendongak memandang Aiman. Adam yang baru sampai di tempat kejadian itu ternganga. Aiman tersenyum sambil matanya leka memandang wajah manis perempuan itu.
"Cantiknya April." Adam memulakan bicara. Dua makhluk dihadapan nya sekarang ini masih lagi membalas pandangan. Diana yang baru sampai itu terus menjadi sopan sebab ada Adam disitu.
"Ok lah byebye. Diana dengan April pergi dulu. See you guys later!!" Kata Diana riang. Mana tak happy, dah jumpa buah hati. Lengan April ditariknya lembut mengikuti nya.
Sampai sahaja di dewan kuliah, mereka agak terkejut kerana tiada sesiapa di dalam dewan itu. Tak sabar sebenarnya nak tengok reaction diorang melihat April yang berpenampilan baru. 'The new look of April Ariana'.
"Kau ada perasan tak Aiman tu pandang kau semacam.?" tanya Diana. Lecturer belum masuk, sempat lah nak berborak kosong kan.
"Ehem pandangan macam mana ye?" tanya April pula. Baguslah, soalan dijawab dengan soalan. Diana membuat muka, mata nya dijulingkan ke atas.
"Alah, pandangan macam...macam...aduh macam mana nak explain eh. Macam cinta pandang pertama gituw." jawab Diana. Diana menggaru kepala yang tidak gatal dan memikir semula ayat yang sudah dikeluarkan. Pelik je ayat tu.
"Hmm tak perasan." April menggeleng kecil. Keluhan kecil terdengar dari mulut Diana. April cuba memikirkan sesuatu.
"Tapi kan...aku ada perasan lah. Aiman tu macam muka mamat yang aku cerita dekat kau. Mamat yang kat taman tu." Diana cuba mengingati. April segera mengeluarkan sticky note dari beg nya.
**************
I have to re-edit this chapter because of some mistakes. Hopefully you guys understand.
Share this novel