Bab 11

Romance Series 3672

"Fuh, nasib tak hilang. Thanks bro." Aiman menepuk bahu Adam dan memeluk nya. Adam membalas pelukan Aiman. Mereka meleraikan pelukan.

"Kau nak buat apa dengan gelang tu?" Tanya Adam. Aiman tersentak.

"Aku ada jumpa sorang perempuan ni. Serupa jugak lah dengan gadis AA ni. Bagi makan kucing, lepastu menangis. Aku rasa dia ada masalah." Terang Aiman. Adam sekadar mengangguk.

"Habis tu kau nak tenangkan dia? Nak tolong dia?" Tanya Adam. Aiman menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku tak tahu nama dia. Aku tak tahu siapa dia. Aku tak tahu kisah dia. Senang cerita aku nak cari dia, kenal dengan dia."

Adam mengangkat kening sebelah.

"Sebab aku rasa aku dah jatuh cinta." Kata Aiman. Adam menepuk tangan nya. Adam senyum bangga lalu mengetuk kepala Aiman. Pelik bukan?

"Kau baru je break kan? Senang gila kau move on. Siap jatuh cinta bagai." Aiman ketawa mengekek. Kemudian, menggeleng. Adam membuat muka tak tahu apa-apa.

"Aku ni bukannya suka sangat pun dekat Hanis tu. Dia je perasan lebih. Lagipun, aku suka kat gadis AA tu masa aku form 5 lagi tau. Lepas aku tahu yang AA tu dah pindah, aku couple dengan Hanis." Adam mengangguk. Tak ada apa yang perlu di bahaskan lagi.

"Cuba kau cari dia dekat tempat kau jumpa dia hari ni. Aku rasa mesti dia pergi sana lagi." Cadang Adam. Aiman mengangguk. Dia kemudian bersalaman dengan Adam. Mereka berdua pun ketawa.

Mereka berdua bangun dari duduk dan memulakan kerja seterusnya iaitu mengemas. Rumah tu dah tunggang terbalik hanya semata-mata untuk mencari gelang AA. Baju kat atas sofa, buku dekat lantai, pen berterabur atas katil. Tandas je kot yang masih kemas. HAHAH

****************************
April masih berada di dalam bilik. Masih sedih atas apa yang terjadi. Ummi dan abahnya telah pun di jemput illahi. Nak meratapi pun apa gunanya. Mesti roh tak tenang nanti.

April mencapai pen dan menulis sesuatu pada diary nya. Tempat meluahkan perasaan. Diana pun dah nak tunang, takkan nak bagitahu masalah dekat dia kan. April mengeluh kecil.

Phone nya di capai. Dia menekan contact 'Abang Airil'.

"Ye April. Ada apa?" Kata Airil.

"April nak ajak Pak Long dengan Mak Long duduk dengan April. Boleh ke?" Tanya April sopan. Bukannya apa bosan lah takde orang nak di ajak berborak.

"Boleh lah. Esok Pak Long dengan Mak Long datang tau. April lepas habis class terus balik rumah. Jangan singgah mana-mana tau." April menggeleng. Airil memang begitu.

"April mana ada class esok. April tunggu tau. Bye, Sweet dream Abang Airil." April mematikan talian. Airil tersenyum lebar. Dia gembira apabila dapat melihat April bergelak ketawa dan menjadi periang seperti dahulu.

April keluar dari biliknya dan melangkah ke bilik Aiza. Di bukanya pintu itu perlahan. Aiza sudah pun lena dibuai mimpi. April menutup pintu itu. Dia menuruni anak tangga ke ruang tamu. Remote di tekan-tekan mencari siaran yang menarik.

"Okey. Aku betul-betul bosan ni." April pum naik ke atas biliknya dan meneruskan niat nya untuk tidur. April baring di atas katil dan menghadap siling. Matanya dipaksa tutup.

Maka, lenalah April dibuai mimpi yang entah indah ke tidak.
**********************************

"Su, lepaskan lah aku. Aku merayu." Rintih Natalia. Dia sudah tidak tahan. Pipi dan tangan di toreh. Dah tak larat nak hidup tetseksa.

"Kau merayu? Merayu lah. Selagi aku tak dapat April, kau akan aku seksa." Kata Suhairie dengan suara mendatar. Tak ada perasaan mungkin. Dia membelai pipi Natalia lembut. Entah apa yang buat dia tiba-tiba berasa marah, dia menarik rambut Natalia dengan kuat.

"Kau!!! Kau dah rampas kebahagian aku!! Kau patut mati je!! Orang macam kau ni, tak layak hidup kat dunia ni!!" Jerit Suhairie.

Kedengaran jeritan seseorang dari dalam rumah lama itu. Airil pun dengan bijaknya curi-curi dengar. Dia menyorok di tepi tingkap bilik belakang. Alangkah terkejutnya dia apabila Suhairie sedang menampar pipi seorang perempuan.

Dia segera menyorok. Suhairie keluar dan memandu jauh dari sini. Apabila rasa sudah selamat, Airil pun masuk ke rumah lama itu. Pintu tidak berkunci dan tingkap terbuka luas.

Dia masuk dan mencari-cari perempuan tadi. Dia membuka pintu salah satu bilik itu dan terlihat seorang perempuan diikat di kerusi. Nampak terlalu lemah.

"Tolong....s..saya." Kata Natalia lemah. Airil segera membuka tali di tangan dan kaki Natalia. Dia mencempung Natalia masuk ke dalam perut kereta. Dia memandu laju ke rumah Mama dan Papa nya.

Sampai sahaja, dia mencepung Natalia dan membawa dia masuk ke dalam rumah. Alif yang baru sahaja turun dari biliknya ternganga melihat perempuan yang dicempung oleh Airil.

"Kau bawak siapa ni?" Pertanyaannya itu dibiar tergantung sepi. Airil mempercepatkan langkah nya ke bilik tetamu. Dia meletakkan Natalia di atas katil dan menyelimutkannya. Airil keluar dan turun ke ruang tamu.

"Kau bawak siapa tu?" Pertanyaan nya diulang kembali. Airil menggeleng.

"Aku tak tahu. Aku jumpa dia kena dera dekat rumah lama Su. Aku tak sangka pulak yang Su tu kejam nak mampus." Alif mengangguk tanda setuju.

Pintu utama dikuak. Alif dan Airil masing-masing dah gelabah. Okay, berlakon sekejap.

"Assalamualaikum. Ni kenapa gelabah semacam?" Airil dan Alif berpandangan. Aduh mak, nak jawab apa?!
*********************************
Tok tok

"Aiza, tolong buka pintu." Kata April apabila mendengar pintu utama di ketuk. Aiza mengangguk dan menuju ke pinti utama. Alangkah gembiranya dapat bertemu dengan orang yang dah lama dinanti-nantikan. Aiza senyum lebar lalu melompat-lompat riang.

"Abang Zul!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience