Bab 8

Romance Series 3672

"Kau kenapa ni April? Bunyi macam baru lepas menangis." Pertanyaan Diana membuat April tersentak. Jangan lah kantoi.

"Eh, mana ada. Telinga kau tak betul ni." Diana sudah syak something. April berdoa dalam hati supaya tak kantoi.

"Kau ada something nak cerita kat aku ke?" Aduh, sudah kantoi. April memikirkan jawapan yang sesuai nak bagi kat Diana ni.

"Okey then. Kalau kau dah ready nak cerita kat aku, kau cerita okey. Aku tunggu." Kata Diana. April mengeluh. April mematikan talian. Pintu biliknya di ketuk.

"Ouh Aiza. Masuk lah." Aiza masuk dan menutup pintu. Aiza duduk di sebelah April.

"Kak. Akak okey ke?" Tanya Aiza. Air mata cuba ditahan. Selama ni, apa yang dipendam akan di luahkan pada Aiza. Aiza ibarat pendengar setia April.

"Su...Su jumpa akak." Kata nya terhenti di situ. Tak kuat nak sambung ayat seterusnya. Aiza memandang April meminta jawapan.

"Su kata Lia dah tak ada. Su kata Lia nak kitorang bersama macam dulu. Tapi akak tak nak. Hati akak dah tawar. Tak ada lagi cinta untuk dia. Dia tipu akak Aiza. Tak mungkin akak nak kembali pada orang yang dah sakitkan hati akak. Kalau ye dia rasa sayang kat akak, rasa bersalah, kenapa dia tak cari akak dulu?" April menangis dalam dakapan Aiza.

"Aiza faham kak. Aiza ada untuk akak. Kalau Su kacau akak lagi, akak bagitahu je Aiza. Okey?" April mengangguk. Walaupun Aiza ni masih budak SPM tapi fikirannya sudah matang.

"Ceh, acah sedih lah pulak dia ni. Kalau dah tak nak buat apa jumpa dia lagi." Amira yang dari tadi melihat perbuatan mereka pergi dari situ. Dia hanya mengintai. Kalau Aiza nampak, habis kena ceramah.

************************************
"Sayang." Hanis mencucuk pinggang Aiman. Aiman melompat terkejut. Hanis tergelak melihat telatah Aiman yang terkejut. Lawak pulak.

"Apa ni buat saya macam tu. Habis hilang macho saya." Aiman kembali membuat gaya macho. Hanis tergelak. Ada je nak buat orang gelak. Hanis menumbuk dada nya lembut.

Mereka kembali bergurau. Routine harian mereka. Dan salah seorang penonton setia mereka ialah Natasya. Kesian Natasya terpaksa rabunkan mata tengok diorang ber'sweet-sweet. Macam budak sekolah menengah je.

Natasya ternampak susuk tubuh yang di kenalinya. Tak kenal sangat, tapi pernah lah nampak beberapa kali. Dia berjalan ke arah orang itu. Orang itu sangat leka sampai kan Natasya di sebelahnya pun tak perasan.

"Awak." Orang itu menoleh ke arahnya. Dia tersenyum. Natasya mula menguntum senyum. Alang-alang ada dia ni tak lah bosan menunggu Hanis tu dating.

"Tasya buat apa kat sini? Malam pulak tu." Kata orang itu. Natasya tersengih. Kalau bukan sebab Hanis, memang tak lah aku nak keluar.

"Tasya teman Hanis. Hanis kat sana tengah dating. Alif buat apa?" Alif terkejut melihat lelaki disebelah Hanis. Macam kenal je.

"Stress sikit je. Err Tasya boleh tanya tak. Sebelah Hanis tu siapa?" Natasya memaling ke arah Hanis. Betul lah Aiman. Asal?

"Aiman lah. Boyfriend Hanis." Natasya memandang Alif pelik. Alif hanya tersengih. Dulu bestfriend, sekarang dah jadi couple.

Natasya dan Alif berborak. Saja nak kenal dengan lebih rapat. Hanis dan Aiman pun masing-masing nak balik. Natasya pun pergi mengikut Hanis. Sebelum tu dia sempat menoleh memandang belakang dan melambai pada Alif. Alif membalas lambaiannya.

"Kau ada apa-apa ke dengan Alif tu? Aku tak tahu pun." Hanis senyum mengusik. Natasya mencebik. Apa lah fikir bukan-bukan.

"Mana ada. Kau ni suka fikir bukan-bukan lah." Kata Natasya. Dia mula-mula marah, lama kelamaan dia menguntum senyuman. Hanis tergelak.

"Kau dah kenapa gelak tiba-tiba?" Natasya menumbuk lengan Hanis. Hanis masih lagi dengan tawanya. Natasya dah bengang. Natasya jalan meninggalkan Hanis yang tak habis-habis ketawa.

"Okey, okey. Tunggu aku!" Natasya masih lagi berjalan. Haha padan muka kau. Lain kali gelak lah kuat-kuat, lama-lama. Aku dah tak kisah. Kesian kau kena tinggal.

*********************************
Aiman masuk ke dalam biliknya dan menutup kuat pintu nya. Penat dating. Penat buat assigment. Penat, penat dan penat. Mata nya perlahan-perlahan mahu tertutup.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. April. Yes, April!

"Lama tak jumpa kau, April. Nak tegur tapi malu." Dia meraup muka nya. Jangan salah faham ya wahai readers. Aiman rindu April as a friend. Classmate dulu.

"Tak gentleman lah kau ni. Tegur perempuan pun nak malu-malu." Kata Adam yang memasuki bilik Aiman tanpa izin. Aiman hanya membuat muka bengang.

"Kau suka eh dekat April tu. Setahu aku, April tu single lagi." Aiman menumbuk lengan Adam. Adam mengadu kesakitan.

"Tak lah. Aku dah ada Hanis kan. April tu classmate aku dengan Hanis dulu." Adam mengangguk faham. Aiman menggeleng.

"Kau dengan Diana macam mana? Bila nya nak tunang?" Kata Aiman yang lagi excited daripada Adam. Adam yang nak tunang dia yang overexcited.

"Bila aku nak tunang aku bagitahu ye." Kata Adam lalu keluar dari bilik Aiman. Aiman menggeleng. Apa lah nasib dapat kawan cenggini.

***********************************
"Aiza!! Akak pergi dulu tau!" April menjerit dari bawah. Aiza masih di atas berusaha untuk mengejutkan Amira. April dah menyiapkan sarapan. Tinggal makan je.

April keluar dan berjalan ke stesen bas. Naik bas jimat duit daripada naik grab. Dan boleh mengurangkan pencemaran udara. Udara kat KL ni bukan nya bersih mana. Hahaha

Tiba sahaja di gerai makan itu, kelihatan Diana sedang menunggu nya. Diana selalu sampai lagi awal daripada April. Kelasnya akan bermula pada pukul 10.00. Sekarang baru pukul 8.30. Banyak lagi masa nak berborak.

"Hai, April. Anything you want to tell me?" April baru sahaja duduk dan terpaksa menjawab soalan Diana. Diana masih menunggu.

"Okey lah macam ni. Kau kenal Su tak? Err Suhairie." Diana mengangguk. April melepaskan keluhan berat.

"Dia....ex aku. Aku tinggalkan dia sebab Lia. Lia kata Su tu boyfriend dia. Dia ugut aku macam-macam supaya aku tinggalkan Su. Su tipu aku. Aku jauhkan diri dari dia. Tapi dia langsung tak cari aku. Maksudnya, dia tak sayang aku. Aku tak nak kena pukul dengan Lia. Tapu Su jumpa aku. Dia bagitahu Lia dah meninggal. Dia cakap, Lia nak aku dengan dia kembali macam dulu. Aku tak nak sebab, aku tak nak di sakiti, di tipu lagi. I've had enough." Air mata nya menitis. Segera dia mengelap air mata yang jatuh.

Diana memeluk April untuk memberi semangat pada nya. Kesian April. Phone April berdering menandakan ada orang menelefonnya. Air mata diseka dan segera dia menjawab call.

Dia mendengar sahaja apa yang pemanggil ingin katakan. Tiba-tiba phone nya jatuh dan dia terduduk sambil menagis teresak-esak. Diana memeluk April. April masih menangis.

"Kenapa? Kenapa semua ni jadi pada aku?" Kata April.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience