"Nasib kita sempat masuk kelas tadi.Aku tak nak kena denda."Kata Diana.April menganggukkan kepalanya.Nasib prof masuk kelas lambat sikit.
"Hmm,April.Kalau aku ajak kau makan nanti kau okey tak.Ajak lah abang Alif." Diana memandang April dengan penuh harapan.Bukan selalu kan.
"Hmmm okey lah.Kau ajak Adam ke?"April memandang Diana dengan mata yang memerli nya.Diana dan Adam makan selalu sama-sama kecuali tadi.Couple of the year.Famous diorang kat universiti ni kan.
Selepas habis kelas, April terus menelefon abang Alif untuk ajak makan sekali.Abang Alif tu sepupu April.Rapat tu tak sangat tapi boleh lah.Jap abang Alif ni ada kembar, Airil Adha.Kembar seiras, iras sangat sangat.Nak bezakan pun susah.Nasib sorang tu tinggi sorang tu pendek sikit.
"Assalamualaikum.Abang jom pergi makan dengan kawan April."April terus menyatakan niatnya menelofan Alif.Belum jawab salam lagi dia dah terjah dulu.
"Waalaikumsalam.Kat mana?Siapa kawan April?Lelaki ke perempuan." Habis semua soalan ditanya nya.Sabar Aliff sabar.
"Perempuan dan lelaki.Diana and Adam.Nanti April hantar location.See you." April memutuskan talian.Aliff hanya menggelengkan kepalanya.Haih, budak April ni.Nasib sayang kalau tak dah kena sekeh kepala tu.
Sambil jalan ke tempat makan tu, Adam tiba-tiba muncul dari belakang dan tarik lengan baju Diana.Fikir sweet apa macam tu.Nasib Diana penyabar orangnya.April kat sebelah Diana tengok je budak dua orang ni manja-manja.Happy lah tengok kawan baru happy-happy macam ni kan.
"Kita duduk sini eh.Mana Aliff, April?" Adam memilih tempat makan yang sesuai.Kedai Nasi Ayam Aisyah.Diana kata nasi ayam kat sini sedap.Hah kita try ye.
"Oh, abang Aliff kejap lagi sampai lah tu."balas April dengan sopannya.Tengah borak-borak tu sambil ada orang perhatikan dari jauh.Nak tegur ke tak nak.
"Assalamualaikum."kata jejaka itu sambil menepuk meja dengan kuat.Tak de lah kuat sangat.Terkejut semua orang termasuk April.Asal muka mamat ni macam familiar.Well,salah orang kot.
"Ishh,kau ni Su.Nasib aku ni tak ada sakit jantung.Kesian Diana nanti lonely." Diana menepuk lengan Adam.Suhairie hanya memandang dua orang ni.Padahal dia datang situ nak jenguk orang tu je.April lah siapa lagi kan.April teringatkan kisah silamnya.
?FLASHBACK?
"Hmmm,awak.Nak tanya sikit boleh?" Suhairie bertanya pada April.April hanya mengangguk dan memberi sepenuh perhatiannya pada Suhairie.
"Kalau kita tak ada jodoh kan, awak dengan saya still kawan ke?" Tanya Suhairie teragak-agak.April hanya membalas pandangan Suhairie dengan senyuman manis.Manis semanis selori gula tumpah pada roti mentega.
"Jodoh dan ajal tu kan Allah yang tentukan.Kita tak tahu masa hadapan kita.Kita hanya mampu merancang dan berusaha.Awak jangan cakap yang kita tak ada jodoh.Kata-kata tu satu doa tau." April masih lagi tersenyum.Suhairie membalas senyuman April.
"Okay, saya tak cakap macam tu lagi.Janji." April tersenyum dengan menampakkan sebaris gigi nya yang putih itu.
"Saya pegang janji awak." April tegelak halus tapi masih didengari oleh Suhairie.Suhairie gembira dapat mendengar tawa April.Bukannya senang nak buat April ni ketawa, April akan ketawa hanya dengan orang yang dia rapat sahaja.
Sedang mereka ber'dating', ada sepasang mata setia memandang mereka dari jauh.Bukan dengan pandangan selesa tengok April dan Suhairie tetapi dengan pandangan mata yang tak puas hati.
"Aku akan pastikan Suhairie jadi milik aku." Kata perempuan itu.
Di tandas perempuan....
"Ey, April.Apa yang kau nak?"tanya perempuan itu.Tetiba je nak marah orang.
"Apa yang aku nak.Apa maksud kau? Aku tak paham."jawab April lembut.Perempuan tu hanya mencebik geram.
"Kenapa kau rampas Su dari aku?Dia tu hak aku tau tak, HAK AKU!!Aku warning kau eh, kalau kau rapat lagi dengan Su.Tau lah aku nak buat apa dengan kau." Perempuan tu menarik tangan April dengan kasar dan bawak April keluar dari tandas.Kawasan sekitar tandas memang agak sunyi sebab tempat yang agak tertutup.Perempuan tu menarik rambut April dan melempang pipi April kiri dan kanan.
"Woii, Lia! Kenapa kau buat April macam ni? Kau nak aku bagitahu cikgu kau buli pelajar lain?!!Kau masuk kelas sekarang!" Kata Ketua Pengawas mereka.Siapa lagi kalau bukan Ashraf Zarian.Natalia pun masuk ke kelas tetapi matanya masih lagi memandang April yang terduduk itu.
"Awak okey? Awak nak saya bagitahu Su or cikgu Rashidin?" Kata Ashraf prihatin.
"Saya okey.Tak apa awak masuk kelas dulu lah." Kata April.April memberi senyuman plastik a.k.a senyum tak ikhlas.Ashraf berlalu masuk ke kelas.April mengesat air matanya yang mulai mengalir di pipi.Dia membetulkan ikatan rambut nya.Sejak daripada hari itu, sedaya upaya dia cuba untuk menjauhkan diri daripada Su.Sayang tu memang sayang, tapi sayang tu macam membinasakan diri sendiri.Banyak sangat masalah timbul.
?END FLASHBACK?
******************************
Hah silakan comment.Lagi semangat author nak update chap baru.
Share this novel