Bab 7

Romance Series 3672

"Lia, Lia dah meninggal"

April hanya menunduk. Mustahil. Lia dah meninggal. Dia meninggal tak ada kena-mengena dengan aku.

"Sebelum dia meninggal, dia kata, dia nak minta maaf pada awak. Sebab dia selalu buli awak sebab saya. Dan dia kata, dia nak tebus salah dia. Tapi apakan daya, dia dah meninggal. Tapi pesanan terakhir dia itu je. Dia nak awak dengan saya kembali macam dulu." Jelas Su. April mendiamkan diri. Otak nya ligat berfikir. Nak tunaikan ke permintaan terakhir Lia. Hatinya sudah tawar. Tawar kerana telah disakiti. Tawar kerana ditinggalkan. Ditinggalkan tanpa sebarang kata. Hatinya sungguh. Sakit yang amat.

"Hati saya dah tawar, Su. Tak mungkin saya nak terima orang yang dah sakitkan hati saya. Lia, Lia saya dah lama maafkan. Pasal permintaan tu, lupakan je lah. Saya tak mampu untuk tunaikan. Dan awak, Su, lupakan saya." April berjalan laju. Tetapi tangan nya direntap kasar oleh Su. Apabila dia berjalan, tangan digenggam semakin kuat. April sedaya upaya meleraikan genggaman tangan Su.

"Woi!!! Kau kenapa??!!" Suara yang amat April kenali. April sudah terduduk disitu. Air mata nya jatuh mengalir membasahi pipi yang mulus itu. Tangis yang tidak dapat ditahan lagi. Sungguh, tak mampu nak tahan rasa sakit yang pedih ni.

"Abang, tolong lah bagi saya cakap dengan April." Su merayu. Merayu pun tak guna lah. Abang Alif tak mungkin bagi Su dekat dengan April lagi. Abang Alif tahu hubungan April dengan Su dulu.

"Jangan kacau April lagi. Kalau aku nampak kau kacau dia lagi, tahu lah nasib kau! Sampai ke lubang cacing aku cari kau!" Abang Alif menarik tangan April lembut dan menuju ke kereta nya. Su ditinggalkan dengan muka yang kusut.

Betul lah orang kata, 'putus cinta tak sakit, putus tapi masih cinta itu yang sakit.'

April dan Alif telah pun meloloskan diri ke dalam kereta. April mengesat air matanya yang kian lebat. Semakin ditahan supaya tidak menangis, semakin deras air matanya mengalir. Alif yang melihat keadaan itu berasa simpati. Kenapa semua ni jadi pada April?

"Kenapa April masih jumpa Su?" Soalan itu membuat April mengangkat muka nya yang dari tadi menunduk. Soalan yang tiada jawapan. Bukan nya dia nak jumpa Su.

"April tak nak jumpa Su, Abang. Su yang masih cari April. April tak nak pun." Air mata nya mengalir lagi. Alif mengusap rambut April dengan lembut. Dia memandu kereta ke rumah ummi April.

Sampai sahaja di rumah ummi nya, April terus keluar dari kereta dan masuk ke rumah. April hanya memberi salam dan terus menuju ke biliknya. Aiza yang pelik pergi ke pintu dan terlihat Abang Alif di situ. Aiza mengajak Abang Alif masuk ke rumah.

Aiza ke dapur dan membancuh ait untuk Abang Alif. Dia membawa dua gelas berisi air dan membawa nya ke ruang tamu. Air di letakkan di atas meja.

"Kenapa dengan Akak tadi tu. Selalu tak macam ni pun." Tanya Aiza. Selalunya April sampai rumah dengan muka yang asyik tersenyum. Tetapi hari ini berbeza. Dia menunduk dan langsung tidak menguntum senyuman.

"Aiza ingat lagi tak ex-boyfriend April, Su?" Aiza cuba mengingati. Aiza mengangguk. Muka Alif berubah kepada serius.

"Su jumpa April. Abang tak tahu apa yang Su cakap pada April tapi lepastu April menangis." Alif mula bercerita hal tadi.

"Ouhh, Su ni asyik kacau Akak je. Kesian Aiza tengok Akak macam ni. Takpelah nanti Aiza cuba cakap dengan Akak." Alif mengangguk. Usai berborak, Alif keluar dan meloloskan diri ke dalam kereta nya. Aiza hanya menghantar Alif sehingga ke pintu.

Aiza nak bercakap dengan April. Tetapi Aiza menunggu malam ni. Bagi masa pada April untuk menenangkan fikirannya.

*********************************
"Saya tak pernah tinggalkan awak. Awak yang tiba-tiba menjauhkan diri. Kenapa awak buat macam tu?" Su bercakap seorang diri sambil menatap gambar dia dan April. Ketika itu mereka masih berpakaian uniform sekolah.

"Saya akan pastikan awak jadi milik saya. Kalau mustahil untuk awak bersama saya, saya akan jadi kan nya tak mustahil. Selamanya saya akan berusaha dapat kan awak. Selamanya." Su dah jadi macam mamat psycho. Lain macam ayat yang dia gunakan.

"Su...........Su....." kedengaran satu suara memanggil nya. Suara perempuan.

"Kau nak apa??!" Su memarahi empunya suara. Su menyambung ayatnya.

"Sebab kau April tinggalkan aku!! Sebab kau Lia!! Kau tahu tak aku cakap dekat dia yang kau ni dah mati. Dah mati!!!!" Lia menangis. Sungguh dia menyesal mengugut April tinggalkan Su. Sumpah menyesal.

Lia sekarang berada di rumah lama nya. Dia diikat tangan dan kaki di kerusi. Su masih bagi Lia makan seperti biasa. Dia di dera, di pukul, diseksa. Tinggal nyawa-nyawa ikan je. Sungguh sakit di seksa! Su jadi macam ni sejak kehilangan April dan sejak dia tahu perkara ni disebabkan oleh Lia.

"Kalau boleh aku nak bawak kau jumpa April dulu sebelum kau mati. Kau minta maaf lah kat dia sebelum nyawa kau dah tak ada. Tinggal jasad kau je kat sini." Su mengelus pipi Lia. Kemudian Su menampar muka Lia dengan kuat. Sehingga Lia muntah darah.

Su senyum sinis dan keluar dari situ. Lia menagis dalam diam. Berkali-kali dia mengucapkan kekasalan nya. Tapi semua tu tiada guna. Dia pasti dia akan didera dan diseksa selagi Su tak dapat April. Dia hanya berdoa supaya April selamat. Semoga April bertemu dengan lelaki yang lebih layak memilikinya daripada Su.

"Suhairie......."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience