"Nak tunang dah!Cepatnya!" April terkejut beruk kerana Diana ingin bertunang bulan depan.Awalnya!!!Belajar pun tak habis lagi.
"Permintaan keluarga Adam.Aku okey je.Excited tau!" April menepuk lengan Diana.Diana membuat muka gatal nya.
"Eeeeee, gatal lah kau ni!" Diana ketawa besar.Anak dara ni, gelak kuat-kuat, tak tahu malu betullah dia ni.
"Relaks lah, nanti aku jemput kau.Kau makeup kan aku tau.Tak nak tebal nak nipis je." Sekali lagi,lengan Diana dipukul oleh April.
"Kau ni, macam-macam lah.Baru tunang tahu, bukan nak kahwin lagi.Hishh, ye lah untuk kau aku buat."Diana tersenyum lebar memandang April.Diana memeluk erat April.April membalas pelukan Diana.Kelakuan mereka dilihat oleh seseorang.
Suhairie.
April ternampak kelibat Suhairie dari jauh meskipun Suhairie dah cuba untuk menyorok dari nya. Apa diorang fikir tengah main sorok-sorok ke? Diana memandang pelik pada April.
"Kau tengok apa tu?" April tersentak.Aduh, lupa pulak yang sekarang Diana kat sebelah aku.April menepuk dahi nya.Rahsia is secret, secret is rahsia.Sampai masanya kau bagitahu lah Diana.Okay.
Dalam kepala otaknya asyik memikirkan 'nak bagitahu ke tak?' Otak nya pun berbalah.
+ kau ni bagitahu je lah,untuk kebaikan kau jugak.
- tak boleh bagitahu sekarang nanti dia terkejut.
+ bagitahu je lah,dia kan kawan kau.
- kalau dia terkejut, kalau dia blur-blur?
+ yang penting kau dah bagitahu.
Segera dia lesap kan perbalahan otak anod(positif) dan otak katod(negatif).Diana masih lagi memandang April.April buat tak tahu.April bangun dari kerusi nya dan terus bergerak ke kelas.Diana hanya mengikut.Kadang-kadang April ni pelik lah.Diana menggeleng kepala.
Sampai sahaja di kelas, April mendiamkan diri sehingga habis waktu.Fikir pasal Suhairie kot.April mengetuk-ngetuk pen nya di atas buku nota.Diana ingin bertanya sesuatu tapi,terbantut.Asal dia ni, semacam betul.
"Kenapa Su tak nak mengalah.Natalia kan ada.Takkan diorang dah break pulak.Ni semua sebab kau lah April." Kata April sungguh perlahan.Diana hanya sayup-sayup dengar apa yang April cakap.
"Kau cakap apa?" April tersentak.Hish terlepas cakap lah pulak.Natalia bukan heroin dalam novel ni, jangan cerita pasal dia.
"Mana ada apa-apa.Kau salah dengar kot." April tersenyum kekok.Diana yang dari tadi memandang April mengangkat sebelah keningnya.Pelik.Apa kena dia ni.Whatever.
"Okey.Kalau kau ada apa-apa yang kau rasa kau patut bagitahu aku, just tell me okey." Diana memegang bahu April.Bukan tak nak bagitahu,tak ready je.Tabah kan lah hatiku, Ya Allah.
****************************
"Kejap lagi abang sampai.Tunggu ye." April memutuskan talian.Okey tak seram tapi takut lah nak tunggu sorang-sorang.Nak ajak Diana teman, confirm tengah dating sekarang ni.Huh, relaks je April.
April menenangkan hati nya sendiri.Dia melukis di buku notanya, kemudian dia mendengar lagu.Abang Alif tak sampai lagi? April membuat keputusan untuk merayau.Bosan lah duduk je dari tadi.Lenguh lah kaki.
Suhairie nampak April jalan ke sana ke sini.Tapi apa yang peliknya, April sorang.Okey, sekarang dia tengah sorang-sorang, Su pun ambil kesempatan.Suhairie menghampiri April. Lantas Suhairie memegang kuat pergelangan tangan April.April meronta-ronta ingin dilepaskan.
"Eyyy, apa ni Su?Lepaslah!" Su masih memegang erat pergelangan April. Pergelangannya merah dipegang oleh tangan Su yang agak berotot itu.Mana tak merah.
"Sakit lah. Tolonglah lepaskan tangan saya." April merintih.Suhairie melepaskan pegagangan itu kerana kasihan tengok tangan April yang merah.Apa aku dah buat?
"Sorry." Hanya perkataan itu yang keluar dari mulut nya.April ingin berlalu pergi tetapi digalang oleh Su. Apa lagi?
"Awak nak apa lagi?" April mengalah. Malas lah nak lari lagi.Su menarik nafas sedalam-dalam nya dan hembus.Nervous pulak tetiba.
"Okay, Saya minta maaf pasal Lia. Saya tahu kita tak ada apa-apa tapi satu je saya nak awak tahu, permintaan Lia. Dia nak saya dan awak bersatu." Bersatu?? Ceh,acah je.
"Okay,but kenapa dia tak cakap sendiri dekat saya? Kenapa dia tak cakap dulu? Kenapa sekarang? Kenapa bila hati saya dah tawar?!" Nak menangis tak boleh pulak. Air mata tak nak keluar.Su pulak macam rasa bersalah nak bagitahu.
"Lia...Lia..." tersekat-sekat perkataan yang keluar dari mulut Su.Kenapa dia nak nangis?
"Lia apa?" April dah hilang kesabaran nya.
"Lia...Lia dah meninggal."
********************************
Sorry, chapter ni pendek.
Comment okey, sis tak sombong.
Ceh...Jangan jadi silent reader ye. Luahkan apa yang korang rasa. ^-^
Share this novel