Bab 14

Romance Series 3672

April menekan-nekan 'ball pen' nya itu. Jiwa nya tak tenang memikirkan dua orang. Diulangi DUA orang. Nak buat assignment pun tak senang. Jiwa tak tenteram. Hati tak senang.

Dia memikirkan tentang jejaka yang mencuri-curi memerhatikannya pada hari yang lalu. Ada perasaan malu apabila jejaka itu melihatnya sedang menangis di bawah pokok.

Terselit juga rasa bahagia. Sebab apa? Dia fikir tiada sesiapa lagi yang mengambil tahu tentang dirinya. Walaupun jejaka itu sorok-sorok, dia ingin berkenalan dengan jejaka itu. Entah kenapa. Hati berkata begitu. Tapi, malu lah. Perempuan tegur lelaki? Sounds silly, right?

Yang kedua, dia memikirkan tentang Natalia. Dari mana Airil jumpa Lia? Kenapa tangan Lia luka macam ditoreh? Nak bertanya, takut Natalia tak selesa. April melepaskan keluhan.

Kenapa Su kata Lia dah mati? Habistu siapa yang depan April tu? Hantu? Roh? Jin? Tapi tadi ada kesan toreh pada tangan Lia. Takkan Su yang buat? Kemungkinan itu ada. April beristighfar banyak kali. Dia telah memikirkan benda yang tidak sepatutnya.

"Hishh kenapa dengan aku ni!!" Kata April sambil menampar pipinya berkali-kali. Tampar-menampar itu berhenti serta-merta apabila kedangaran bunyi pintu dikuak. Kepala segera dipalingkan ke arah pintu.

Terlihat lah wajah Lia yang tersengih itu. April yang tadi menampar pipinya segera berlakon seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sedangkan dia tahu, Lia nampak segalanya. Dia berdehem dan mengizinkan Lia masuk. Dia bosan. Biarlah Lia menjadi penemannya hari ini.

"Hah. April tampar pipi sendiri tu pasai pa?" Tanya Lia yang sudah pun duduk diatas katil April yang empuk itu. April berpura-pura sedang berfikir.

"Tak da apa-apa pun. Ermm kalau April tanya sikit boleh?" April mengelipkan matanya berkali-kali. Lia menganggukkan kepalanya.

"Kenapa dengan luka dekat tangan Lia tu? Ada apa-apa rahsia yang Lia nak cerita?" tanya April berhati-hati. Lia menggigit bawah bibirnya. Dia buntu.

"Lepas April pindah tu, Lia dengan Su couple. Tapi Su tak suka. Su kata April tinggalkan dia, tak sayang dia lagi dah. Mungkin April rasa Lia tak tahu pasal Su jumpa perempuan lain. Lia tahu ok. Lia rasa bersalah tengok Su dah macam hilang arah tuju. Suatu hari tu, Lia kena culik. Lepastu sedar-sedar je ada dekat rumah lama Su. Su pun dera Lia. Sampai sekarang." terang Lia panjang lebar. April menganggukkan kepalanya.

"Habistu siapa tolong Lia?" tanya April. Semakin seronok berborak dengan Lia.

"Entah macam mana Airil boleh datang. Masa tu Su pukul Lia, Lia dah tak tahan. Rasa maca nak mati dah kat situ. Tapi Alhamdulillah, nyawa panjang." kata Lia. April tersenyum mendengar ayat terakhir Lia.

"Ouh kiranya abang Airil hero lah kan? Lia heroin nya." kata April. April ketawa melihat muka Lia yang sudah memerah menahan malu. Malu-malu kucing pula.

"Okay. So, we're friends?" tanya April.  Lia yang memandang lantai mengangkat mukanya lalu mengangguk. Terukirlah senyuman pada wajah dua orang gadis itu.

***************************** 
"Aiza!! Kak pergi dulu! Tata!" April menyarungkan flat shoes nya dan segera masuk kedalam keretanya. Kereta yang dihadiahkan oleh Abah sembelum dia dijemput illahi.

Sampai sahaja di universiti itu, dia terus masuk ke dewan kuliah. Tak sempat nak singgah mana-mana sebab dah lambat. Terlihat Diana sedang menunggu di tempat mereka. Tempat itu seakan-akan di cop oleh mereka. Tiada siapa nak duduk kat tempat tu.

"Kau dah okay ke sekarang?" Tanya Diana setelah April mengambil tempat disebelah Diana. April mengangguk bagi menjawab soalan Diana.

Mereka pun sambung pembelajaran. Apabila sudah habis class itu, Diana ada class lain. Mereka sudah berjanji ingin keluar bersama. April mengambil keputusan untuk ke taman yang selalu dia kunjungi.

Dia duduk di kerusi yang terletak di bawah pokok yang besar. Rambutnya dikibas-kibas oleh angin yang bertiup menyapanya. Memandang langit yang cerah itu tidak pernah membosankan bagi nya.

Seorang lelaki melangkah ke arah April. Lelaki itu menegurnya. April sedikit melompat kerana terkejut.

"Hai. Awak April ke?" tanya lelaki itu. April sekadar mengangguk. Lelaki itu dengan selamba nya duduk di sebelah April. April yang berasa tidak selesa itu mengesot ketepi sedikit dan menghadirkan jarak antara mereka.

Lelaki itu menyeluk poketnya. April memandang ke arah lain. Lelaki itu mengeluarkan gelang dari poketnya. April masih lagi memandang ke arah lain. (Okey ayat keling sikit, abaikan.)

"Ehmm awak?"tanya lelaki itu pada April. April memusingkan kedudukannya dan menghadap lelaki itu. Gelang yang dipegang lelaki itu menarik perhatiannya.

"Errr, gelang tu. Awak jumpa kat mana?" tanya April. Lelaki itu membuat muka pelik dan melihat tapa tangannya. Gelang AA itu dihulurkan pada April.

"Awak punya ke? Lama dah saya jum...."

"Thank you awak!" April memotong ayat lelaki itu. Gelang itu diambilnya dari tangan lelaki itu. Dia membelek-belek gelang itu dan tersenyum manis.

Tanpa melengahkan masa, dia memakai gelang itu. Dia menoleh dan lelakk itu sudah tiada. Dia bangun, mata meliar-liar mencari lelaki tadi. Namun, langsung tiada petanda dia akan berjumpa dengan lelaki tadi.

Sehelai sticky note terlekat di beg April. April mengambil sticky note itu dan membaca nya.

Kalau awak nak jumpa saya, kita jumpa esok. Dekat taman ni lagi pukul 4.00 petang. Saya tunggu awak tau :)

-AH-

April tersenyum seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience