Bab 13

Romance Series 3672

"Lia duduk sini dulu eh dengan Pak Long dan Mak Long. Hah yang ini Aiza dan ini Amira. Ada seorang lagi tapi dia dah pergi uni." Natalia sekadar mampu mengangguk. Sekurang-kurangnya tak adalah dia takut diseksa oleh Su lagi.

"Ermm, Kak Lia. Meh Aiza tunjuk bilik akak. Akak tak payah malu-malu dengan Aiza." Aiza tersenyum manis. Pada mulanya, memang Natalia berasa kekok. Tetapi disebabkan oleh kemesraan dan keprihatinan Aiza, dia rasa seperti sudah lama berkawan dengan Aiza.

Lama juga lah mereka berborak. Serba-sedikit hati Lia berasa tenang. Rasa syukur sangat Airil selamatkannya dari diseksa. Alhamdulillah.

Disebabkan rasa bosan yang melanda, Natalia membuat keputusan untuk berjalan-jalan sekitar kawasan rumah itu. Dia keluar tanpa meminta izin Aiza. Dia tak nak Aiza mengikuti nya. Dia ingin mencari angin segar untuk menenangkan fikiran.

Jam tangan di kerling. Dah nak makan tengah hari. 'Jalan sekitar taman ajelah' kata Natalia dalam hati.  Dia pun berjalan dan jalan dan jalan sehingga lah dia terlanggar seorang perempuan. Perempuan itu putih, rambut panjang paras dada dan diselitkan rambut di telinga. Cantik! Dia lantas menghulurkan tangan untuk membantu perempuan itu.

Perempuan itu tanpa memandang wajah Natalia, bangun dengan bantuan Natalia. Perempuan itu asyik pandang kebawah kerana ingin membetulkan skirt paras lututnya.

"Minta maaf ye cik. Cik okey ke?" Tanya Natalia prihatin. Perempuan itu serta-merta mengangkat muka nya memandang Natalia. Alangkah terkejutnya dia mengetahui gerangan si gadis itu.

"A..Ap..April." kata Natalia gugup. Dia takut April masih berdendam dengan nya. Dia takut April tidak mampu melupakan apa yang jadi. Dia takut April belum memaafkannya lagi. Perasaan takut mula menghantui diri. Dia mula menapak ke belakang.

"Lia. Lia jangan takut. Jom lah ikut April lunch dekat rumah April." Kata April ibarat tiada apa yang pernah berlaku diantara mereka. Tak boleh menolak sebab April sudah pun menggenggam tangan Natalia. April memimpin Natalia kerumahnya.

Sampai sahaja dirumah April, Natalia terkejut. 'Ini bukan ke rumah tadi. Rumah Mama dengan papa Airil.' desis hati Lia.

"Assalamualaikum." April memberi salam. April dan Natalia pun masuk ke dalam rumah. Seketika kemudian, Aiza pun turun.

"Eh kak. Awal nya akak balik harini." Tanya Aiza. Natalia hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak tahu apa yang berlaku.

"Kelas akak habis awal. Mak Long, Pak Long dah sampai ke?" kata April pula. Aiza menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan April.

"Dah. Ada tu hah kat atas. Kak Lia jom makan." Kata Aiza. Natalia mengangguk. Walaupun April tidak tahu sebab dia datang ke sini, dia masih melayan Natalia dengan baik.

"Aiza masak ke semua ni?"tanya April. Terdapat banyak lauk-pauk yang dihidangkan diatas meja makan. Nampak sedap. Terliur pula.

"Mestilah. Berkat ajaran akak lah ni." jawab Aiza. April dan Aiza ketawa. Natalia tersenyum sikit. Bahagia rasanya melihat dua beradik ketawa sebegini. Rindu pula pada kembarnya yang sudah lama terpisah sejak kecil dulu.

"Lah lupa pulak. Ni Kak Natalia. Dia duduk sini dengan Mak Long, Pak Long. Abang Airil suruh kitorang jaga dia." April mengangguk. Dia tersenyum ke arah Natalia. Walaupun sakit dihati belum diubati, dia tetap positif.

"April kenal dia ni. Ex-school mate dulu." kata April sambil menyendukkan lauk. Aiza mengangguk. Dia tertanya. Mana abang Airil jumpa kak Natalia ni??

"Lia, makan lah. Maafkan April tau." Natalia menggaru kepala nya yang tidak gatal. Salah dia, kenapa April yang minta maaf. Baiknya lahai April ni. Rasa bersalah mula menguasai diri.

"Eipp jap. Mak Long ngan Pak Long mana?" tanya April. Baru dia perasan yang Mak Long dan Pak Long tak ada di meja makan. Mata meliar mencari kelibat kedua orang tua itu.

"Mak Long dengan Pak Long pergi dating." dengan selambanya Natalia menjawab. Mereka bertiga ketawa. April berasa lega apabila melihat Natalia ketawa seperti itu.

"Eh, salah ayat. Mak Long ngan Pak Long ada kat atas tengah dating. Haahah" kata Natalia membetulkan ayat nya.

Usai sahaja makan tengahari, April membasuh pinggan dan ditemani oleh Natalia. Sesekali luka torehan di tangannya terkena air, dia akan menjerit sedikit. Cuba untuk menahan sakit dan tidak merisaukan April.

"Kenapa ni Lia?" tanya April. Dia menarik tangan Lia lembut dan melihat luka torehan tersebut. April agak terkejut. Dia memandang Lia supaya dia menerangkan apa yang terjadi.

"Err, nothing. Nothing happened. Don't worry ok." Lia tersenyum dan membuat signal 'ok'. April yang kehairanan mengukirkan senyuman. Matanya menghantar Lia menaiki tangga sehingga kelibat Lia hilang dari ekor matanya.

Kening April bertaut. Pelik bin ajaib bin hairan bin aneh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience