Bab 10

Romance Series 3672

"What?!!! Awak serious ke?? Tak, tak, awak tipu saya kan?" Aiman senyum sinis. Apa yang aku buat, aku tak akan menyesal. Tapi mungkin kau.

"Saya tak tipu. We're over. Jangan cari saya." Aiman mula mengangkat kaki mahu beredar dari situ. Hanis memaut lengan Aiman. Hanis memulakan lakonan yang dia rancang.

"Aiman, please. Apa yang saya dah buat sampai awak nak tinggalkan saya? Tell me." Aiman senyum senget. Ceh, buat tak tahu pulak minah ni.

"Awak berfoya-foya dengan lelaki lain kat kelab malam. Awak mabuk dan berpelukan dengan lelaki lain. Awak fikir saya tak tahu ke?" Aiman mengangkat kening sebelahnya. Hanis dah gelabah.

Aiman pun meninggalkan Hanis seorang diri di situ. Dasar perempuan tak tahu malu. Hanis mengepal penumbuknya. Sakit hati!

'Tak apa. Aku biarkan kau bahagia. Tapi jangan lupa, aku akan hancurkan kebahagiaan kau dan jadi kan kau milik aku.' Tekad Hanis dalam hati.

Hanis melangkah menuju ke kafe universiti. Dia menyuruh Natasya berjumpa dengannya. Acah sedih je budak Hanis ni.

"Hmm, apa hal nak jumpa aku ni. Aku sibuk dating tadi." Selamba Natasya berkata. Hanis mengerutkan dahi.

"Bila masa pulak kau ada boyfriend ni?" Hanis senyum nakal. Mula lah tu nak tanya macam-macam kat Natasya.

"Tak de lah. Kau nak cerita apa ni. Cepat sikit." Natasya sempat memesan coffee Latte. Hanis menggeleng.

"Aiman dah break dengan aku. Dia kata aku curang. Mana ada aku curang. Aku just keluar dengan lelaki lain je dekat club. Macam mana dia tahu?? Bukannya aku tidur pun dengan lelaki lain." Hanis mengelap ait mata palsunya. Natasya menggeleng. Sendiri buat masalah kan. Hah padan muka kamu.

"Tak apa, tak apa. Nanti kau cari lah lelaki lain. Kau kan hot. Petik jari je semua lelaki kat uni ni berbaris panjang nak dekat kau. Relaks ok." Natasya menepuk bahu Hanis lembut. Hanis masih lagi dalam lakonan sedih dia tu.

"Babe, aku ada rancangan."

***********************************
"Alhamdulillah break jugak aku dengan budak Hanis tu. Makin besar, makin gedik. Dulu waktu sekolah menengah tak macam ni pun." Aiman berkata pada diri sendiri. Dia sedang berjalan-jalan di sekitar taman bunga ini.

Tenang rasa nya. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Bunga-bunga yang mekar dan cantik. Sekali-sekala terdengar bunyi kicauan burung. Kalau lah tiap-tiap hari tenang sebegini. Indahnya hidup.

Sambil Aiman sedang berjalan di sekitar taman itu, dia terlihat susuk tubuh seorang gadis. Rambut yang panjang paras dada dilepaskan dan di selitkan di belakang telinga. Dia mendekati gadis itu, dengan keadaan menyorok sedikit.

Gadis itu sedang memberi makan kepada kucing. Dia membelai-belai kucing itu dengan lembut. Gadis itu tersenyum. Namun hanya seketika dan senyuman itu semakin pudar.

Gadis itu duduk di sebuah kerusi berdekatan dan terletak di bawah pokok yang besar. Rambut nya terkibas-kibas kerana angin yang menyapa nya. Terdengar sedikit tangisan dari gadis itu. Aiman berasa pelik. Kenapa dia rasa dia pernah jumpa gadis ni? Situasi ni? Dejavu?

Dia teringatkan gadis sekolah menengah nya. Lebih kurang je dengan gadis tadi. Aiman tersenyum.

?Flashback?

Dalam perjalanan ke rumah, Aiman singgah ke sebuah kerusi yang terletak di taman. Penat. Aiman baru sahaja lepas training bola sepak. Captain pulak tu.

Sedang dia memandang langit, dia terdengar bunyi ketawa. Seorang gadis sedang ketawa. Dia mencari empunya suara itu. Dia ternampak seorang gadis sedang memberi makan kepada kucing.

"Alahai, baiknya perempuan ni." Kata Aiman perlahan dan tidak dapat didengari oleh sesiapa. Gadis itu ketawa lagi. Nampak gembira.

Gadis itu membelai lembut kucing itu. Gadis itu tersenyum manis.

"Kucing o kucing. Aku bukannya nak jauhkan diri dari dia pun. Aku cuma rasa kasihan pada Lia. Lia tu ugut macam-macam supaya aku tinggalkan Su. Ye, memang aku sedih. Tapi aku nak Su bahagia walaupun kebahagiaan aku tergadai. Hati aku sakit.....tapi....aku tak layak untuk dia.....Dia..." Gadis itu berlari pergi. Gelang yang dipakainya tertanggal.

Apabila gadis itu semakin jauh dari pandangannya, Aiman berlari anak ke tempat gadis itu memberi makan pada kucing tersebut. Gelang gadis itu dicapai.

'AA'

"Eh, siapa pulak AA ni. Kawan Hanis ke? Takkan April. Setahu aku, April mana suka kucing." Persoalannya dibiarkan tanpa jawapan. Dia pasti akan menemui gadis AA itu suatu hati nanti.

Keesokan harinya, Aiman ke taman semalam. Masih mencari gadis AA itu. Boleh dikatakan yang dia sudah jatuh hati pada gadis AA itu. Dia menunggu.

Sambil Aiman sedang berjalan ke sana sini, dia terdengar dua orang makcik sedang bersembang. Entah apa yang menarik perhatiannya untuk mencuri-curi dengar perbualan makcik itu.

"Aku dengar, budak yang tolong kita tu dah pindah. Haih, rindu lah." Kata seorang makcik itu.

"Tu lah, budak tu dah lah baik, cantik pulak tu. Untung siapa dapat dia tu." Kata seorang lagi makcik.

"Semoga bahagia lah dia dekat rumah baru tu." Makcik yang tadi berkata. Aiman mengeluh.

"Aku baru je nak tahu siapa dia tu. Ish,melepas pulak." Aiman mengeluh kecil dan menuju ke rumah nya.

?End Flashback?

"Aku rasa aku simpan lagi gelang tu." Aiman bergegas ke kereta milik nya. Dia pun menghidupkan enjin dan memecut ke apartment nya.

Sampai sahaja di apartment nya, dia melulu masuk. Adam di ruang tamu tertanya-tanya kenapa dengan Aiman. Tak pernah kelam-kabut macam ni.

Adam menolak pintu bilik Aiman yang separuh terbuka. Membulat terus mata Adam melihat keadaan bilik Aiman yang bersepah.

"Ya Allah! Kau ni dah kenapa??" Kata Adam lalu mengambil buku-buku yang berada di lantai. Teruk benar.

"Kau ada nampak tak kotak hitam kecil. Yang gelang AA tu. Cuba kau ingat balik." Aiman menyambung kerja nya iaitu mencari kotak berisi gelang AA.

Adam terpinga-terpinga di situ. Gelang AA? Apa tu?

"Ouhh, kotak hitam yang ada memo kecil eh. Memo tu kata, 'Gadis AA, saya akan cari awak dan pulangkan balik gelang awak. Saya janji.'" Aiman membaling bantal tepat terkena kepala Adam.

"Kat mana kotak tu?" Aiman menggoncangkan badan Adam.

"Ish tak ingat. Cari sama- sama lah."

Mereka pun memulakan misi mencari kotak hitam itu. Bersepah habis rumah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience