BAB 13

Romance Completed 13381

2012

Setahun kemudian..

Sudah 9 bulan tempoh dia bekerja sebagai pembantu di Aleeya’s Boutique. Butik pakaian pengantin milik Puan Aleeya ini merupakan salah sebuah butik yang mendapat sambutan di sekitar Port Dickson. Walaupun lot kedai Aleeya’s Boutique terletak di kawasan yang agak terpencil, butik ini tetap dikunjungi ramai pelanggan dari seluruh negeri. Sebahagian besar pelanggan tetap Aleeya’s Boutique adalah datang dari kota metropolitan, Kuala Lumpur. Percaya tak? Macam di kota elit tu, tak ada butik yang menyediakan pakaian pengantin kan? Yang dia orang susah payah datang ke Port Dickson, semata-mata nak pakaian pengantin, buat apa? Di KL, lebih banyak butik-butik pengantin yang boom sana, boom sini, ya tak?

Selain daripada menjadi pembantu jualan di butik, dia juga melayan pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke butik, menjahit manik-manik di pakaian dan menghantar pakaian pengantin bagi pelanggan yang membuat pesanan.

Semakin hari semakin dia menjadi mahir dalam selok-belok perniagaan pakaian pengantin. Ilmu dan pengalaman yang ditimba dijadikan bekalan untuknya melakar masa depan yang lebih cerah. Berkhidmat di sebuah syarikat hartanah, Farah tidak betah mengendalikan perniagaan butik milik majikannya. Sedikit sebanyak dia berkemampuan dan mempunyai kemahiran dalam pengurusan hal-hal perniagaan yang dijalankan. Puan Aleeya tidak ketinggalan menyokongnya untuk terus berjaya. Dia diberikan tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang dia bekerja di butik.

“ Farah, pukul 6 petang nanti, awak tolong saya hantarkan gaun pengantin dan baju Melayu di atas meja tu, eh? Awak kena balik awal ke hari ni? “

Puan Aleeya memandang ke arah Farah yang khusyuk menjahit manik-manik kecil di pergelangan baju pengantin. Gadis itu mendongak membalas pandangannya. Senyuman terus terukir mekar di bibirnya tatkala satu-satunya pekerja di butiknya mengangguk-anggukkan kepala bersetuju melaksanakan tugas yang diberikan.

“ Okay, set! Di Hotel Hilton, level 16 dan nombor bilik 576. Nama pengantin lelaki, Encik Azman. Dan dialah yang akan tunggu awak dekat sana. Bagi aja baju tu kepada dia. Semua bayaran sudah dibuat. “

“ Oh, okay! “

“ Hah, saya nak ingatkan kepada awak supaya bertolak lebih awal. Takut lambat nanti marah pula pelanggan kita tu. Sebab hari tu dia ada cakap dengan saya yang dia kena rush meeting dengan client. “

Farah menganggukkan kepalanya lagi. Tanda dia memahami dan akur arahan majikannya itu. Setelah bayangan Puan Aleeya hilang dari pandangan, dia menyambung kembali kerjanya yang terbantut tadi. Jam di pergelangan tangannya dipandang sekilas. Pukul 3.24 petang. Dia sudah berkira-kira untuk bertolak tepat pada pukul 5 petang. Kerja diteruskan sehingga dia leka bahawa masa berjalan dengan pantas.

“ Khairi, kau tunggu dekat sini? Boleh? “ Azman menyeluk telefon bimbitnya di kocek seluar. Tubuh sasanya disandarkan kepada dinding bilik hotel yang sedang dia menginap sambil tangan masih ligat menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Wajah keruh Khairi dipandang sekilas sebelum perhatiannya ditumpukan kembali ke telefon bimbit.

“ Huish, teruknya muka kau! Takkanlah aku minta tolong sikit pun nak berkira. Kau just tunggu dekat bilik ni sampai ada orang butik hantar baju pengantin aku dan Meiyra. Boleh? “ tanya Azman lagi menanti jawapan Khairi. Sedari tadi lelaki itu hanya membuat muka tak puas hati. Dia sedar reaksi rakannya itu menunjukkan empunya badan tidak rela dan enggan berlama-lama di bilik hotel. Tadi, lelaki itu juga terpaksa datang ke bilik hotelnya kerana dia yang mendesak.

Kononnya tak syok sebab tak ada geng. Seorang aja di dalam bilik. Naklah juga teman lepak. Kalau ikutkan hati, dia tidak sampai hati ingin meninggalkan rakannya itu tetapi keadaannya benar-benar terdesak. Dia perlu menghadiri mesyuarat di luar dengan pelanggan. Nak tak nak, terpaksalah!

“ Kau ni kan, memanglah.. Tadi punyalah paksa aku datang. Kononnya nak lepaklah, bosan duduk seorang-seorang. Last-last, aku juga yang kena tinggal. Dahlah aku on the way balik dari kerja. Dengan berpeluhnya, badan melekit, tak mandi.. “ Akhirnya Khairi membuka mulut. Menghamburkan segala ketidakpuasan di hatinya. Ish, benci tau!

“ Alah, relakslah! Bukannya selalu aku minta tolong kau. Kali ni aja aku perlukan bantuan kau. Majlis aku esok. Macam mana majlis nak berlangsung kalau baju tak ada? Kejap lagilah tu budak butik tu sampai bawa baju. Kau tunggu aja dekat sini. Aku janji, esok aku bagi kau tempat di meja VVIP punya! “ ujar Azman sambil ketawa mengekek-ngekek. Nasib dia dapat mengelak daripada tubuhnya menjadi mangsa balingan bantal oleh Khairi. Terletus juga tawa kasar rakannya itu. Pelik kan? Nak pula dia main-main bantal dengan aku? Khairi, khairi. Kau memang kena kahwin lagilah. Takut pula aku tengok dia solo macam ni. Haha, jahatnya aku!

“ Woi, kutuk akulah tu! Siap kau balik nanti! Dah berambus.. “ Halau Khairi. Azman hanya ketawa lalu mula menyarungkan kasut di muka pintu bilik hotel.

“ Iyalah, aku nak blah la ni! Lagi satu, nanti budak butik tu datang, tak payah bayar apa-apa tau. Semua bayaran dah settle. Nak ambil baju aja. Thanks, Khairi. Chow! “

Klak.

Pintu bilik hotel tertutup rapat. Suasana kembali sepi. Hanya bunyi deruan angin daripada alat pendingin hawa sahaja yang kedengaran. Sambil dia terlentang di atas katil empuk yang disediakan pihak hotel, matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Terus dia bangkit dari pembaringannya saat matanya tertala pada sehelai tuala yang tersidai di ampaian di suatu sudut bilik. Lipatan tuala yang kemas menunjukkan seperti tuala itu tidak berusik dan masih tidak digunakan.

Bau baju yang dipakainya lantas dihidu. Berkerut seribu dahinya apabila deria baunya menghidu sesuatu bau yang tidak enak dan masam. Seharian dia bekerja di studio, tubuhnya memang banyak mengeluarkan peluh. Lebih-lebih lagi, dia terpaksa berlemas di dalam kereta kerana meredah kesesakan lalu lintas. Sudahlah cuaca boleh tahan panasnya. Pendingin hawa di dalam keretanya juga tidak mampu menghilangkan rasa bahang terik matahari.

Khairi berjalan menuju ke ampaian dan mengambil tuala yang tersidai. Baju kemeja dan seluar slack ditanggalkan daripada tubuhnya. Sekilas dia meneliti tubuh sasanya di cermin. Tersenyum bangga kerana susuk badan yang berketak-ketak menjadi idamannya membuahkan hasil atas usaha kerasnya membina badan. Tak rugilah dia berulang-alik dari kediamannya ke gimnasium. Tanpa berlengah, dia terus menghilangkan diri di sebalik pintu bilik air.

Termengah-mengah dia berlari anak sambil melilau mencari nombor bilik seperti yang dinyatakan dalam sehelai kertas yang sedang dipegangnya. Beberapa minit kemudian, dia mampu menarik nafas lega tatkala bilik yang dicari telah dijumpai. Lantas loceng ditekan, namun tiada balasan.

Farah memberikan masa kepada tuan punya bilik untuk membuka pintu. Setelah masa berlalu, dia tidak betah lagi untuk terus menunggu. Rasa risau, takut dan geram bercampur menjadi satu lalu menjentik hatinya. Dia memandang ke kiri, ke kanan dan ke kiri kembali. Kelihatan tiada sesiapa yang lalu-lalang di situ. Untuk meminta tolong, nanti kecoh pula. Baik dia selesaikan sendiri masalahnya. Dia mengutuk di dalam hati kerana tidak tertera nombor telefon pelanggan di kertas yang menjadi bahan rujukannya ke sini. Dia tekad untuk memulas tombol pintu bilik pelanggan butik.

Pintu bilik terkuak memandangkan pintu tersebut tidak berkunci. Dia memboloskan diri menjengah suasana bilik sambil mencari seseorang. Saat itu jugalah, pintu bilik air terkuak dan terjengul seseorang yang membuatkan jantungnya berhenti berdegup. Orang tu tak berbaju, hanya bertuala!

Terlepas baju-baju pengantin dari pegangannya. Hatinya tersentap. Apabila dia mula mengecam wajah seseorang yang berdiri di hadapannya kini, dia bergegas ingin melarikan diri. Baju-baju pengantin yang jatuh ke lantai lekas dipungut. Namun, tubuhnya terdorong masuk semula ke bilik hotel yang menjadi tempat penginapan pelanggannya sebelum sempat dia mengorak langkah seribu. Terus pintu bilik yang terkuak tadi tertutup rapat dan dikunci dari dalam. Tubuhnya yang mula menggigil segera ditolak ke dinding. Wajah lelaki itu direnung dalam-dalam bagi menyedarkan dirinya bahawa semua ini bukanlah sekadar mimpi.

Farah meronta-ronta minta dilepaskan. Luka lama berdarah kembali tatkala dia bertemu dengan Khairi. Sebuah pertemuan yang tidak disangka-sangka. Dengan keadaan Khairi yang tidak sempurna dan tidak berbaju membuatkan dirinya berasa lemas dalam pautan kemas lelaki itu. Semakin Khairi mendekatinya, jantungnya bagaikan ingin terlompat keluar dari jasad. Nafasnya mula tidak teratur.

“ Kau buat apa dekat sini? “ Khairi memaut lengan Farah kejap setiap kali gadis itu meronta-ronta. Wajahnya didekatkan pada wajah Farah.

“ Lepaskan aku! Kau ingat aku buat apa? Aku nak hantar baju kahwin kaulah. Lepaslah.. “ balas Farah sambil tidak putus-putus berusaha meloloskan diri dari pautan kemas Khairi. Namun, apakan daya kudratnya berbanding kudrat seorang lelaki sasa seperti Khairi. Dia menggelabah dan gelisah apabila matanya nakal mencuri pandang ke arah tubuh Khairi yang berotot-otot. Dia meronta lagi tetapi tetap tidak berkesan. Dia masih tersandar di dinding dan lemas dalam pautan lelaki itu.

“ Mulai hari ni, saat ni dan detik ni, kau tak boleh lepaskan diri daripada aku. Noktah! “ Baju-baju pengantin di lantai dipungut oleh Khairi lalu dicampakkannya ke atas katil. Lengan Farah yang masih dalam pautannya ditarik kasar sehingga tubuh gadis itu terdorong masuk ke dalam ruang bilik air. Tanpa sempat gadis itu berbuat apa-apa, pintu bilik air dikunci dari luar. Dia bertindak mengurung Farah di dalam bilik air untuk seketika.

“ Woi, Khairi! Bukalah pintu ni! Kau nak buat apa dengan aku, hah? “ Pintu bilik air diketuk bertalu-talu.

“ Suka hati akulah nak buat apa-apa pun. Kau duduk diam-diam dalam tu! “ arah Khairi sambil dia tergopoh-gapah menyarungkan kembali pakaiannya. Laci meja digeledah sehinggalah dia menjumpai barang yang dikehendakinya. Botol minyak wangi milik Azman segera dicapai. Dengan selamba, dia menyemburkan cecair wangian itu di pakaiannya. Setelah berpuas hati, dia menyisir pula rambutnya. Wajah ditelek-telek di cermin tanpa dia mengendahkan bunyi ketukan pintu bilik air yang bingit. Apabila bunyi ketukan itu terhenti, tingkahnya juga berhenti. Dia langsung memandang ke arah muka pintu bilik air yang tertutup rapat.

“ Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa selalu seksa perasaan aku? Hati aku sakit, Khairi. Aku tak nak jumpa kau lagi. Sebab aku tahu, yang kau bencikan aku dengan pemergian arwah. Aku tak kisah kalau kau nak tuduh aku bunuh arwah tapi aku nak kau lepaskan aku. Aku tak nak ada kaitan pun dengan kau.. “ Di sebalik pintu, Farah meluahkan rasa yang terbuku di hati. Dia menangis teresak-esak. Wajah Khairi mengenangkannya kepada arwah Zeera. Rasa sedih tidak mampu dibendung. Dia memukul perlahan dadanya kerana rasa sakit dan pedih menjalar di segenap tubuhnya. Air mata dibiarkannya terus mengalir.

Klak!

Kunci pintu bilik air dibuka. Khairi menguak perlahan pintu itu dan melihat sebahagian pakaian yang dikenakan di tubuh Farah sudah basah kerana gadis itu duduk terjelepuk sambil tersandar lemah di dinding bilik air. Dengan jelas dia dapat melihat wajah Farah yang basah dengan air mata. Dan gadis itu terus-terusan mengalirkan air mata. Pantas pintu tersebut disendal dengan sesuatu objek, dia menuju ke arah Farah lalu selamba mencempung tubuh gadis itu. Rontaan si gadis tidak dipedulikan, malah pautannya diperkemas. Tubuh Farah diletakkan di atas katil sambil tuala yang telah digunakannya tadi dicampakkan kepada gadis itu.

“ Aku merayu kepada kau, tolong lepaskan aku! Aku nak balik. “

Farah bergegas lari ke arah pintu utama bilik hotel. Namun, tubuhnya terus dihadang dengan tubuh sasa Khairi. Terbantut sudah pergerakannya. Tubuh lelaki itu yang bidang cukup untuk menghalangnya daripada melarikan diri. Dia merenung tajam ke arah Khairi. Tidak berpuas hati dengan perbuatan yang dirasakan kurang waras. Gila ke apa mamat ni? Nak main-main sorok aku di dalam bilik ni?

“ Kau nak apa, Khairi?! Aku nak balik. Baju-baju pengantin aku dah bawa, so kerja aku dah selesai. Tepilah, aku nak keluar! “ Sedaya-upaya dia menolak tubuh besar Khairi. Setelah beberapa cubaannya gagal, Farah menyerah kalah. Dia jatuh terduduk. Menangis lagi. Entah mengapa air matanya menjadi terlalu murah apabila berhadapan dengan Khairi. Dia juga mudah sangat terusik hati setiap kali melibatkan lelaki itu. Seperti dia terlalu alergi dan mempunyai alah dengan seorang manusia ini. Hanya dia!

“ La, asal menangis lagi? Bukan aku buat apa-apa pun. Cengeng betul! “ keluh Khairi sinis. Terlalu sinis sehingga menusuk ke kalbu. Farah memalingkan wajahnya daripada pandangan Khairi. Hatinya sakit! Lelaki itu tak pernah faham akan apa yang dia rasakan. Tiba-tiba rasa geram menerpa.

“ Banyaklah kau tak buat apa-apa?! Tadi tu yang kau cengkam lengan aku. Tu apa? Tahu tak perkara tu berdosa? Batal air sembahyang aku! “

“ Huh, macamlah kau ada wuduk tadi. “

“ Tak payah nak melalut lagi. Aku nak blah! Mana boleh berdua kalau bukan muhrim. Nanti kena tangkap basah. “

“ Biarlah kena tangkap basah. Kena tangkap kering pun, aku tak kisah! “

Terlopong sudah dia dibuatnya. Bingung dengan setiap kata-kata Khairi. Lelaki itu seolah-olah tidak berasa janggal seperti yang dialaminya kini. Perasaan apabila bertemu kembali dengan seseorang yang telah melakar lembaran derita dalam episod hidup. Seseorang yang tidak akan pernah terdetik di hati untuk bertemu kembali. Apatah lagi ingin ‘bermesra’ seperti ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience