BAB 4

Romance Completed 13381

Telefon bimbit ditenung sekilas. Tertera nama Encik Kamarul di skrin telefon menunjukkan terdapat tiga panggilan yang tidak berjawab daripada majikannya. Farah mendongak kembali memandang Zeera. Hatinya tiba-tiba berasa pedih tatkala melihat Khairi yang bertindak merapati Zeera sambil merangkul mesra pinggang gadis itu. Apa yang perlu dia lakukan adalah dengan berlagak tenang dan menunjukkan riak selamba bagi menutup perasaannya yang bergolak.

“ Sayang, I pergi dulu. I nak hantar Farah ke office dia kejap. Okay? You tunggu aja dekat sini. Nanti kita keluar, pergi makan, “ tutur Khairi lembut dan perlahan seolah-olah berbisik tetapi masih mampu didengari Farah.

“ Ya Allah, a’ahlah! I’m so sorry, Farah! Aku tak sedar pukul berapa. Habis tu, kau dah lunch ke belum? “

“ Hurmm, kalau baru sekarang kau nak tanya aku dah lunch belum, baik tak payah! Bertuah punya member! “

“ Ala, wey! Sorry gila-gila kut! Aku leka sangat pilih baju! Okay, okay, what if Khairi yang bawa kau pergi makan kejap. Boleh, sayang? “

Kata-kata Zeera cukup membuatkan Khairi dan Farah terpempan. Kedua-duanya kelihatan terlopong apabila disuruh keluar makan bersama-sama. Dah ting tong ke apa otak Zeera ni?! Ada ke dia suruh kita orang makan bersama-sama? Ish, mahulah! Simpang 44 malaikat. Dahlah kita orang tak sebulu sejak tamat tingkatan lima. Bercakap pun macam kekok aja. Tak naklah!

Belum sempat Farah membantah, Khairi terlebih dahulu menolak sekeras-kerasnya cadangan Zeera.

“ Sayang, I bukan tak nak tapi you macam mana? Tak payahlah! Budak ni dah besar panjang dah. Pandai-pandailah dia cari makan sendiri. I hantar dia balik office aja. Muktamad! Dah, jom Farah! “ Khairi ingin lekas berlalu dari situ.

“ But, sayang, you tak kesiankan Farah ke? Dia dari pagi tadi tak makan tau! “

Terhenti langkah Khairi seketika mendengarkan kata-kata Zeera sebelum dia meluru ke arah kereta Honda Civic berwarna putih miliknya. Zeera yang melihat sikap tidak endah kekasihnya hanya menggelengkan kepala. Tak faham dengan angin Khairi yang kerap berubah apabila berkait dengan Farah. Berkira sungguh!

“ Eh, eh, tak apa! Kau jangan risau sangat boleh tak, Zeera? Kau tu yang kena jaga diri, jaga makan. Silap, silap, tak dapat kau naik pelamin kang! “ ujar Farah sambil menampar kuat lengan Zeera. Geram pula dia dengan minah seorang ni! Dia sendiri tidak rela keluar makan bersama-sama Khairi. Dia berharap sangat Zeera tidak berkeras dengan permintaannya tadi. Peliklah, Zeera! Serius kut! Orang lain punyalah sibuk simpan ataupun siap sorok lagi teman lelaki mereka sebab takut kena kebas. Lain pula dengan minah Zeera ni, dia yang sibuk-sibuk lepaskan teman lelakinya dengan perempuan lain. Kalaulah Khairi jenis lelaki yang tak setia, alamatnya dah lama Zeera ni ditinggalkan!

“ Farah, betul ke ni? Tak sakit ke perut kau, tak makan? Tapi kalau kau dah berkeras tak nak, tak apalah. “

“ Wey, aku rasa bersalahlah sebab susahkan kau dan Khairi. Aku boleh aja balik naik teksi kut! Tak payahlah suruh Khairi hantar aku. “

“ Tak payah rasa bersalah sangatlah, Farah oi! Dah Khairi yang offer nak ambil dan hantar kau balik office. Tak apalah! Lainlah kalau aku yang paksa dia. Kalau kau nak tahu, dialah orang yang beriya-iya sangat nak kau involve dalam majlis kita orang nanti. Aku faham, kau kan kawan yang paling rapat dengan dia. “

Hatinya bergetar hebat. Kenyataan yang tidak disangkakan. Farah tetap tersenyum walaupun terlalu tawar dan hambar.

“ Apa-apa pun, Zeera, kau kena ingat yang Khairi tu bakal suami kau. Jangan biarkan dia senang-senang aja keluar dengan perempuan lain termasuk aku. Nanti orang tu juga yang melalak sebab future husband dia kena rampas. Tak ke naya namanya? “

Farah ketawa terbahak-bahak. Geli pula hatinya apabila dia masih berangan-angan ingin memiliki Khairi. Namun, tawanya terhenti serta-merta dengan reaksi spontan Zeera.

“ Siapa? Kau ke perempuan tu? Oh, okaylah! Bolehlah kita bermadu! Aku tak kisah, lagi aku suka! “

“ Hoi, Zeera! Kau ni nyanyuk eh? Dahlah, biul otak aku layan kau. Khairi pun dah hon kereta tu, aku blah dululah. Thanks, Zeera! “ Pipi Zeera dikucup kejap. Farah berlari anak ke arah kereta Khairi dan memboloskan dirinya ke dalam kereta tersebut. Sempat dia melambai-lambaikan tangannya kepada Zeera yang masih setia tercegat di muka pintu butik.

Sejurus kereta Khairi lenyap dari pandangan, terukir senyuman indah dibibir Zeera. Mungkin benar kenyataan bahawa cinta itu buta. Dia bahagia melihat Khairi dan Farah bersama-sama. Sepatutnya dia mencemburui pasangan sahabat itu memandangkan Khairi merupakan bakal suaminya tidak lama lagi. Tetapi, dia masih boleh berlagak biasa, malah memberi ruang kepada mereka untuk berdua-duaan. Dia tidaklah sebodoh yang orang lain sangkakan. Dia pasti bahawa Khairi menyimpan suatu rahsia yang dipendamkan daripada pengetahuannya. Walaupun kedua-duanya nampak dingin sesama sendiri, tetapi hatinya kuat mengatakan bahawa ada rasa sayang yang mendalam antara mereka berdua. Rasa kasih yang wujud itu, enggan dia lenyapkan antara mereka. Biarlah secebis kasih itu terus memekar kerana dia terlalu mencintai Khairi kerana sesungguhnya kebahagiaan lelaki itu adalah kebahagiaannya.

Keluhan berat dilepaskan. Serentak itu, Khairi mendengus kasar. Segera mata Farah beralih daripada suasana sesak jalan raya di kota metropolitan kepada wajah Khairi yang kelihatan bosan kerana perlu berdua-duaan dengannya di dalam kereta untuk tempoh yang lebih panjang.

“ Jangan pandang aku! Aku tak suka. Aku benci. “ Selamba riak muka Khairi melafazkan kata-kata yang cukup meluluhkan hati wanita milik Farah. Sama ada lelaki itu rimas dengan kesesakan lalu lintas ataupun marah akan dirinya, Farah tidak tahu. Terus dia mengalihkan pandangannya dan dijatuhkan ke atas jalan raya yang dibanjiri dengan lautan kenderaan. Telinganya bingit dengan bunyi hon kereta milik Khairi yang nyaring.

“ Bodoh! “

Jiwanya tersentap! Farah terus naik angin tatkala Khairi tergamak menyebut perkataan yang tidak wajar diperkatakan walaupun dalam keadaan marah. Tak waras! Sebab jam pun, sampai nak maki-hamun bagai!

“ Siapa yang bodoh? Kereta-kereta ni, hah? Ataupun aku? “

“ Kau diam! Kau tak tahu apa-apa. “

“ Okay, fine! Even aku tak tahu apa yang kau melalut, kau boleh beritahu aku kan apa masalah kau? Takkanlah disebabkan .. “

“ Aku bodoh. Aku yang bodoh! Puas hati kau? “

Farah menelan air liurnya yang terasa tersekat di kerongkong. Ini bukan pertama kali Khairi meninggikan suara kepadanya. Sudah banyak kali. Sikap Khairi mulai berubah tiga ratus enam puluh darjah sejak peristiwa dia menolak ‘lamaran’ lelaki itu pada zaman sekolah dahulu. Sehingga kini, lelaki itu tetap dingin dan berkasar dengannya. Kalau bercakap tak pernah yang menyenangkan. Telinganya pun sudah lali dengan sindiran pedas si empunya diri. Tetapi menipulah kalau dia mengatakan yang dia tidak terluka diperlakukan sebegitu.

Dia manusia biasa. Punyai hati dan perasaan. Dia bukan manusia yang berhati robot. Kekerapan terluka dek kata-kata kesat dan tingkah laku yang mengecewakan daripada Khairi membuatkan dia menjadi lali untuk terus disakiti. Tak puas lagikah lelaki itu menyakitinya? Sampai bila?

Tangannya menggigil secara tiba-tiba. Dadanya mulai berombak perlahan. Bahunya bergetar menahan esak. Farah menggengam kuat tangannya yang kesejukan. Air mata sedaya upaya ditahan daripada mengalir. Dia harus kuat! Dia tidak boleh menunjukkan dia lemah dihadapan Khairi. Dia seorang yang kuat!

“ Aku tahu kau marahkan aku. Aku tahu kau bencikan aku. Tapi, tak cukup ke tempoh lima tahun kau dingin dengan aku? Lepas habis aja SPM, kau terus tak contact aku. Kau terus elakkan diri daripada aku. Kau tak teringat langsung untuk jenguk aku. Aku.. aku yang terhegeh-hegeh cari kau.. “

Bahunya kini terenjut-enjut kerana menangis. Pandangannya kabur dengan air mata yang mengalir deras. Wajahnya kembali basah dengan butiran jernih untuk kesekian kalinya. Beg tangan di atas ribaannya diramas kuat demi mendapatkan sekelumit kekuatan mengawal perasaan sebak yang melanda. Farah menarik nafas dalam-dalam untuk memberhentikan dirinya daripada terus menitiskan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience