BAB 2

Romance Completed 13381

Tutt.. tutt..

Lamunannya terhenti. Farah menoleh ke arah meja tidur berdekatannya kejap. Hanya pandangan kosong yang mampu dilontarkan pada telefon bimbit berjenama Nokia yang sudah lunyai itu. Bergetar alat komunikasi tersebut menandakan ada mesej yang masuk ke dalam peti simpanan. Dia menahan nafas untuk seketika. Dia tidak mahu menerima apa-apa pun lagi berita atau khabar angin yang bisa menjadi racun untuk menghancurkan hatinya. Cukuplah dengan sakit yang sedia ada.

Tutt.. tutt..

Telefon bimbitnya bergetar lagi. Ini menandakan sudah dua mesej yang dihantar. Tanpa berlengah, perlahan-lahan tangan Farah mencapai telefon bimbitnya. Segera peti simpanan dibuka untuk membaca mesej yang diterima masuk.

From : Emir

To : Farah

Farah, kau okay? Asal kau tak jawab call aku? Banyak kali tau aku call kau. Jawablah. Aku risaukan kaulah. Please, don’t do this to me.

Setelah mesej pertama selesai dibaca, lekas Farah beralih membuka mesej kedua yang diterima. Setiap bait mesej tersebut dihadam perlahan-lahan. Bagai tak berfungsi otaknya tika ini. Lembabnya menjadi-jadi! Penangan melalak tak tentu pasallah ni. Terus otak tak boleh input maklumat.

From : Emir

To : Farah

Takkan mesej aku pun kau tak nak reply? Farah, kau sakit ke? Aku minta maaf. Aku rasa bersalah sangat! Semua orang tengah risaukan kau.. including Khairi..

Saat nama Khairi meniti dibibirnya, sekali lagi dia merembeskan air matanya. Habis seluruh wajahnya basah dek air mata yang seperti enggan berhenti mengalir. Farah terus-terusan menangis. Hatinya betul-betul kritikal. Hatinya terlalu mudah rapuh hanya kerana lelaki itu.

Perlahan-lahan Farah membaringkan tubuhnya di lantai yang dingin membeku setelah seluruh fizikal dan mentalnya kepenatan melawan keperitan yang tak tertanggung. Tersedu-sedan dia melafazkan zikir dan selawat atas junjungan kekasih Allah SWT yang nan satu. Bahunya terenjut-enjut menahan esak. Matanya dipejam rapat-rapat kerana tidak ralat menderita keseorangan. Terlayar wajah Khairi dan Zeera yang bahagia bersanding di atas sebuah pelamin yang indah.

Farah yang menjadi watak sampingan hanya melihat dari jauh. Dia kini benar-benar tenggelam dalam mimpi ciptaannya. Akhirnya, dia terlena sambil kelopak matanya tidak pernah kering dengan air mata.

“ Hello, Farah! Kau free tak hari ni? Aku ingatkan nak ajak kau keluar kejap. Ada hal sikit “ Terasa dingin pelawaan Khairi di halwa pendengarannya. Memang. Terlalu dingin!

Kalau betul dia tak ikhlas ajak aku keluar, buat apa susah payah dia ajak aku? Tak cukup lagi ke berita yang dia bawa untuk aku? Apa lagi niat dia? Apa motif dia?

Tindakan Farah mendiamkan diri telah mengundang amarah Khairi di hujung talian. Kedengaran jelas dengusan kasar lelaki itu. Jelas ternyata lelaki itu terpaksa melakukannya. Mengajak dirinya keluar.

“ Farah, aku tengah cakap dengan kau ni. Janganlah mengelamun! Dari sekolah lagi, perangai kau tak pernah berubah. Orang tanya, jawablah! “ Tak semena-mena Khairi meninggikan suaranya kepada Farah. Tiada rasa bersalah langsung yang terbit untuk si gadis. Hanya rasa geram yang menguasai kini. Peninglah! Perlu sangat ke pendapat si Farah yang blur tak habis-habis ni kepada Zeera?! Setakat nak pilih gaun pengantin, apalah sangat! Pendapat bakal suami lagi relevan kut!

Farah tersentak. Segera dia menyusun kata membalas pertanyaan Khairi.

“ Urmm .. Insyaallah, waktu lunch nanti aku free. By the way, kau nak ajak aku ke mana? “

“ Okay, set! Tak payah banyak tanya. Pukul 12.30 nanti, aku pick up kau. “

Tidak sempat untuk Farah memberi kata putus, Khairi terlebih dahulu menamatkan panggilan. Betul-betul tak bermorallah mamat tu! Terlebih ajar! Orang tak habis cakap lagi, dia dah tutup?! Arghhh!!

Kau pun sama, Khairi. Perangai kau tak ubah-ubah sejak sekolah lagi. Aku dah masak benar dengan perangai kau! Huh, cakap orang! Dia pun dua kali lima aja!

Kakinya diatur perlahan menuju ke pintu butik kahwin yang dijanjikan. Terpampang tanda ‘Butik Zeera’ dihadapan lot kedai yang terletak di dalam sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di bandaraya Kuala Lumpur itu. Apabila saat tangannya ingin menolak pintu butik, matanya tertala kepada dua figura yang amat dikenalinya. Sungguh romantik tingkah pasangan pengantin yang bakal disatukan itu seperti suami isteri layaknya.

Farah dapat melihat dengan jelas tatkala Khairi memeluk mesra pinggang Zeera dari arah belakang ketika gadis itu sedang leka memilih gaun-gaun pengantin yang bergantungan. Zeera pula membalas pelukan tersebut dengan menyandarkan kepalanya ke dada bidang milik bakal suaminya. Mereka terlalu asyik dibuai gelombang cinta sehingga tidak menyedari kehadirannya di situ.

Air mata ditahan tabah supaya tidak meleleh dihadapan pasangan bahagia itu. Farah tetap selamba mengatur langkah mendekati mereka berdua. Rasa sakit, sedih, kecewa, pedih dan bahagia bercampur menjadi satu dan menjalar ke seluruh tubuhnya. Namun, dia masih punyai fikiran yang waras untuk tidak merosakkan kebahagiaan rakan karibnya sendiri. Dia lebih sanggup terseksa begini daripada menanggung perit kehilangan seorang rakan karib yang setia berada di sisi kala dirinya susah dan senang.

“ Ehem.. ehem.. Dah lenguh gila rasanya kaki aku ni tercongok dekat sini dari tadi .” Farah menyapa dengan mesra. Serentak dengan itu, terus longgar pelukan pasangan kekasih dihadapannya ini. Senyuman sentiasa mekar dibibirnya. Sedikit sebanyak dia berasa bersyukur kerana orang-orang yang dia sayangi telah menemui kebahagiaan yang pastinya diimpikan setiap manusia di muka bumi ini. Sentiasa mencintai dan dicintai. Alangkah bahagianya jikalau dia juga berpeluang merasai kemanisan bercinta sesama manusia selagi tidak mengatasi cinta kepada yang Esa.

“ Ops, Farah! Sorry, kita orang .. tak sedar kau dah sampai . Eh, come here! Tolong aku pilih baju. “

“ Mana nak sedar kalau dah bercintan-cintun tengah-tengah hari buta macam ni! “ tempelak Farah dengan nada bergurau. Dia tergelak kecil melihat pipi Zeera yang sudah bertukar merah menyala dek menahan malu. Iyalah, kulit dia putih melepak! Sekali kena kantoi, siaplah pipi montok dia tu nak bertukar warna menjadi merah bak buah saga! Haha. Best juga dapat kenakan minah seorang ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience