"Naila, esok kau ikut aku ke terengganu. Kita ada meeting dengan Megah Holding. Siapkan semua keperluan. Aku tak nak tertinggal apa apa okay"
"Baik bos" Akifa menganggukkan kepala. Encik Rayyan sorang yang kat sini suka panggil dia Naila. "Terkadang rasa macam papa pula yang panggil" gumam Akifa dalam hati.
"Rina, minggu depan you dah start cuti kan? Pastikan semua tugas dah serah pada Naila.Jangan dia susahkan aku pulak"
"Baik in shaa Allah"
Rayyan menggerakkan jarinya membuat tanda isyarat pergi kepada mereka berdua.
Mereka keluar seiringan meninggalkan rayyan yang kelihatan sibuk menaip sesuatu di laptopnya.
"Akifa, semua tiket, bukti tempahan hotel dan lain lain i dah siapkan hari tu. I letak di fail sini. Lihat..fail ni bertulis Terengganu 24/5/21 megah holding. Sekarang ni you sediakan semua fail dan dokumen berkaitan megah holding. Fail tu ada dekat belakang sini. Cuba you cari 'Project Arena mall : megah holding' ?"
Akifa bangun dan mencari fail tersebut.
"Akifa, you kena selalu kemas dan teratur. Bos seorang yang teliti dan kemas tau. You bila simpan dokumen pastikan you label file tersebut jelas dan terang serta mudah" Rina memberikan pesan nasihat kepada Akifa.
Tut tut tut!
Rina menekan loudspeaker
"Rina, kemaskan meja. I semak dengan cawan apa semua ni"
"Mm...tengah stress la tu" Gumam Rina sendirian.
Rina ingin bangun tetapi tiba tiba dia menjerit kecil kerana kesakitan.
"you okay rina?" cemas Akifa manalah tahu dah sampai masa beranak pula.
"okay..perut i memulas..biasalah cari jalan kot.Hi little, teruskan usaha ya sayang" Rina mengusap perutnya. Peluh menitik di dahinya.
"Akifa, boleh tolong kemaskan meja bos. Ingat, bos tak suka sepah. Selalunya dia akan makin cerewet bila dia stress" Rina menarik nafas dan menghembus nafas.
Akifa mengangguk kepala tanda faham.Dia melangkah menuju ke dalam bilik pejabat bosnya.
Berkerut dahi Akifa melihat meja rayyan. Mana ada sepah? "Satu mug je pun..fail dia yang menyepah adalah"
"Naila, buang sampah bawah meja I ni" Rayyan beralih ke tepi sedikit tanpa sedikit pun ketukan jarinya di laptop terhenti.
Akifa membongkok ke bawah meja. Dia mencapai bakul tersebut dan ingin bangun berdiri.
Malang menimpa kepalanya terhantuk bucu meja. Dia terduduk semula meringis kesakitan. Aduh, kenapa sejak dua menjak ni dia malang? Lebih tepat sejak dia masuk bekerja kat sini." Aduii! Habislah bengkak.Ke retak kepala aku?"
Rayyan memalingkan tubuhnya ke Akifa. Kini posisi mereka rapat berhadapan. Akifa duduk mencangkung dan rayyan duduk diatas kerusinya.
" kau ni aishh.." runggut Rayyan.
Ketika itu pintu pejabat di buka dan masuk seorang lelaki membawa fail. Tergamam lelaki tersebut melihat mereka.
"Eh, sorry bro! Sorry ganggu pulak...teruskan teruskan"
"eh,kau jangan…"
Belum habis rayyan cakap,Lelaki tersebut tergesa gesa keluar dari bilik pejabat.
"maaf bos..encik bos" Akifa bangun berdiri. Bakul sampah tersebut diambil. Plastik Sampah tersebut diikat dan dia mengambil juga mug di atas meja.
Entah apa malang sangat hari ini. Kakinya tersalah langkah. Dia tersadung kakinya sendiri. Akifa jatuh tertiarap.
Rayyan menggeleng kepala melihat setiausahanya itu.
Merah padam wajah Akifa menahan malu. Mau tak malu jatuh depan lelaki. lelaki hensem pulak tu! Jatuh lah saham dia.
Rina kerut dahi melihat Akifa yang membawa satu plastik sampah keluar dari bilik pejabat rayyan.
"you buat apa dengan sampah tu?"
"bos suruh i buang tadi"
"OMG, you dah salah faham tau. Maksud bos tu suruh you panggil Mak ros buang sampah tu. Bukan you yang buang"
"la..mm...xpe la i dah ambil dah ni" Akifa berlalu membawa sampah dan mug tersebut ke pantry. Kesal dia buat kerja sia sia tadi.
"you pekerja baru ke?" sapa seseorang ketika Akifa sedang mencuci mug tersebut.
"Ya, nama saya Akifa naila" Akifa meletakkan mug tersebut dan memalingkan tubuhnya menghadap lelaki yang bertanya tadi.
"lovely name. I Joe partner company ni" joe menghulur tangan untuk bersalam. Segan Akifa nak berjabat tangan dengan bos besar setaraf rayyan. Tapi huluran salam itu disambut juga.
Ibu jari joe mengelus lembut kulit tangan Akifa. Terkejut Akifa dibuatnya. Cepat cepat dia menarik tangannya dan meminta izin untuk kembali ke mejanya.
Joe tersenyum.pandangannya tertumpu kepada lenggok tubuh Akifa. Menarik...
tq sudi baca. dah baca maria? disarankan baca hihihi...
Share this novel