Bab 12

Romance Series 25048

Selesai makan malam, masing masing hanyut dengan hal sendiri. Akifa dan Tiha berdua berborak di dalam bilik Tiha, rayyan menonton siaran netflix bersama Puan Dila dan rafael..?entah kemana belum balik lagi dari tadi. Apa patut carikan bini ye? Biar selalu melekat dalam rumah saja.Runsing betul fikirkan Rafael.

Jadi mak mak ni semua perkara nak dirisaukan ish ish. Puan Dila memicit keningnya.

" rayyan ada bagi duit pada kifa? Kalau tak ada bagilah. Boleh juga dia nak beli apa apa kan. Nafkah zahir batin jangan culas kalau nak raih kejayaan dunia akhirat"

Rayyan hanya diam saja.

Ish ni lagi sorang buat pening kepala. Takpe takpe tunggu lah bila masuk dalam jerat hihihi..Puan Dila tersenyum sinis.

Senyuman Puan Dila dilihat rayyan. Huh,pasti orang tua ni ada plan kalau tak takda la tersenyum senyum sendiri.

" ma, rayyan naik dulu. Good night ma.Assalamualaikum "

" waalaikumsalam "

Rayyan masuk ke dalam bilik dan dilihatnya akifa belum tidur. Ingatkan masih berborak dengan Tiha. Dia sedang melihat sesuatu di telefon bimbit.

" siapa tu?" eh,auto tertanya pula. Sebenarnya tak nak tanya kang nampak macam jealous.

" Joe.."

Kurang asam mamat ni malam malam mesej bini orang.

" ada apa?"

" oh takda apa dia tanya dah tidur ke belum "

Rayyan mengetap giginya. Amboi, akifa kau tanya ye. Aku ni dah 10 tahun kawan kau tak pernah pun tanya. Jangan tanya rayyan! jangan tanya soalan lagi. Stop! Nanti dia ingat kau cemburu!

" ermm..kau bagi nombor kat dia? " Rayyan ni hati cakap lain mulut cakap lain.

" tak, ermm..tu la kan dari mana dia dapat nombor? " akifa termenung sebentar. Cuba mengingati sesuatu.Rasanya dia tak ada bagi.

" Mari sini aku nak handphone kau ! " rayyan rampas telefon tersebut. 

Terkejut Akifa tak sempat menghalang. Rayyan block nombor Joe dalam whatsapp dan panggilan. Mesej whatsapp joe tadi pun dia delete.

" Ish awak ni main ambil je handphone orang " marah Akifa

" Dah la saya nak tidur " sambung akifa. Dia baring dan terus tarik selimut menutup mukanya.

Rayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Marah ke? Salah ke? Akifa kan bini dia. Ish tak faham orang perempuan ni suka marah tak bertempat. Rayyan baru nak cakap tentang duit belanja. Dia ingat nak bagi kad kredit miliknya tapi memandangkan Akifa merajuk..ermm..esok je la.

***********
Rayyan duduk untuk bersarapan. Sarapan pagi ini ialah nasi lemak. Sedapnya! Favorite rayyan ni.

Akifa ceduk dua senduk nasi,sebiji telur rebus,sambal sotong dan sedikit timun untuk rayyan. Dia juga menuang secawan air kopi. 

Puan Dila dan rafael juga turut serta duduk bersarapan.

Rayyan makan dengan berselera sekali. Sambal sotong dan nasi lemak sarapan pagi ini memang sedap sekali. Memang terbaik.

" sedap Mak Jah masak sambal sotong ni. Da best ! " rafael memuji mak Jah. 

" bukan Mak Jah yang masak. Ni Akifa yang masak "

" wow really? See..rayyan. menantu mama yang ni memang terbaik. Ini kalau laki tak sayang..uishh rugi " Puan Dila memuji Akifa. Tersenyum lebar Akifa dibuatnya. Tapi jangan salah sangka,kedua dua menantu Puan Dila memang terbaik hanya saja dia sedang menduga hati rayyan.

" I like it sedap. Boleh tolong tambahkan lagi sambal sotong? "

Rafael minta pada Akifa.

"Boleh kejap ya"

Belum sempat Akifa mencapai sudu lauk tersebut. Rayyan terlebih dulu mengangkat mangkuk tersebut dan letakkan di depan rafael. Huh, tak faham apa yang difikirkan lelaki ni. Akifa geram.Ada saja lelaki tu cuba matikan kesenangan hatinya. Dah la langsung tak ada puji pun. Penat tau masak.Menci lah !

Rayyan bangun dan bersalaman dengan Puan Dila lalu berjalan ke luar. Akifa mengikutinya. Hari ini dia cuti jadi dia nak jadi isteri mithali hantar suami di depan pintu sambil tersenyum. Romantik kan plan dia?

" nah, ambil kad ni. Kau belanjalah.limit 50k"

Terkebil kebil mata akifa apabila mendengarnya. Salah dengar ke ni? Baik pula pagi ni. 

" banyaknya awak..500 pun ok dah "

[ pause ] Stop ! Daa...naif betul akifa ni. Ambil je la kan laki dah bagi. Bukan duit laki jiran sebelah, atau laki kawan ke. Ni laki sendiri kan. Duit dia duit you juga. Ish, akifa ni pun kena baca buku How to be a great wife. Ok kita sambung balik. 1 2 3 Action !

Akifa menghulur tangan untuk bersalaman dengan rayyan. Rayyan memandang akifa dengan senyuman. Dia menarik tangan akifa hingga tubuh mereka rapat. Rayyan mencium dahi akifa.

Tergamam akifa. Berdegup laju jantung dia. Rasanya lembik dah kaki dibuatnya. Auww...suwit nya ! Blushing habis pipi akifa. Moment ni kena simpan kemas kemas dalam ingatan.

Rayyan masuk ke dalam kereta. Menghidupkan enjin dan tidak lama kemudian kereta yang dipandunya bergerak ke luar dari pagar dan hilang dari pandangan Akifa.

Akifa memegang dahi yang dicium rayyan. Hatinya betul betul dipenuhi dengan bunga bunga cinta yang makin mekar. Senyuman tidak lekang di bibirnya.

" kamu kenapa kifa? Tak sihat ke? " tegur Puan Dila yang sedang berjalan menuju ke sofa ruang tamu.

Akifa hanya tersengih je. Rasanya mertua dia tak nampak la tu adegan sweet sweet rayyan tadi.

" nanti pukul 10.30 kita keluar tau. Rehatlah dulu nanti bersiap " 

" baik ma " akifa menaiki anak tangga ke atas dan terus menuju ke biliknya.

Puan Dila menekan simbol whatsapp, dia menaip..

'Nanti auntie keluar pukul 10.30 tau. Remember our plan. Auntie malam tadi dah cakap dengan Tiha. She will be your helper '

" ma, rafael pergi dulu "

" ok boy. Hati hati pandu motor tu "

Rafael mencium tangan puan Dila dan berlalu keluar meninggalkan puan Dila sendirian di ruang tamu.

Remote televisyen diraih dan puan Dila membuka siaran netflix. Matanya melirik jam di dinding. Hampir pukul 8 pagi. Ada 2 jam lagi untuk dia beraksi.

" anak dara aku ni malas betul bangun pagi. Suruh masuk ofis kerja dengan mama tak mahu. Ni pun sorang lai. Aku kahwinkan baru tau  " bebel puan Dila sendirian.

Tepat pukul 11 pagi,

Akifa dan Puan Dila masuk ke dalam sebuah butik eksklusif Dayla.

Ternganga akifa melihat koleksi pakaian yang ada. Semuanya cantik. Paduan warna Kayu dan dekorasi mewah butik tersebut memang menjadi. Nampak eksklusif sangat. 

" pilihlah mana mana kifa suka. Mama belanja. Jangan risau butik ni butik mama " puan Dila duduk di kerusi sofa berlengan. Dua orang pekerja memberi salam hormat pada akifa dan Puan Dila.

Wow tak sangka akifa rupanya mertuanya seorang usahawan berjaya. Jenama Dayla dikhabarkan sudah memasuki pasaran turki,brunei,indonesia,singapura dan paris.

Akifa mula meneliti dan memilih koleksi baju yang ada. Rambang mata dibuatnya semuanya cantik cantik belaka. Nak nak pula free!

Puan Dila membuka mesej whatsapp dan menaip sesuatu kemudian menekan simbol hantar.

Tit tit tit !

Sheila membuka mesej tersebut

' hurry up'

Sheila tersenyum sinis. Asyik suruh cepat cepat je auntie ni. Sabar...shiela tahu apa shiela buat.

" kak, betul ke buang semua ni? Tak mengamuk kak kifa?" tiha ragu ragu. Dia melihat longgokan baju tshirt bergambar kartun yang selalu akifa pakai.

" Do i care dia nak marah ke tak? Huh buang semua "

" okay dah "

Shiela membuka beg kertas yang dibawanya. Dia mengeluarkan sepasang gaun tidur berwarna putih. Bahagian tepinya terdedah dan bersilang dengan tali warna hitam. Baju tersebut dicampak atas tilam diikuti Sehelai lagi gaun tidur satin berwarna royal blue bertali halus dan mempunyai belahan dada yang luas beserta seluar warna senada dan sehelai baju gaun tidur satin bercorak kulit harimau bertali halus juga beserta seluar.

" haa...this color is my favorite. Cute kan? " sheila menunjukkan sehelai baju tidur paras atas peha berwarna maroon yang sama design dengan baju putih tadi.

" yess...ini kalau tak aumm juga tak tahu lah. " sheila menunjukkan pula sehelai gaun tidur yang betul betul jarang. Jika dipakai pasti habis semua nampak.

Terbeliak mata Tiha melihat baju tersebut.

" stop it kak shiela. I'm gonna vomit..huwerkk " Tiha betul betul rasa mual bila membayangkan. Bukan Tiha gatal. Tak..tapi ianya automatik terbayang. Oh my Gosh, this is too vulgar ! Boleh merosakkan pemikiran!

" i didn't ask you to imagine it.Notty girl you aa..cepat cepat kemas kemas! "

Tiha terpaksa juga sangkut kesemua baju tersebut di almari. Ish, mama ni suka buat macam ni. Ada je idea pelik pelik yang mama plan. Kena minta upah lebih ni..tak kira nak upah lebih juga!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience