Bab 15

Romance Series 25187

" miss? Are you okay, miss?" 

Kelihatan wanita di depannya ini sedang mengelamun. Dia menepuk lembut lengan wanita itu.

" eh, sorry sangat I tak sengaja "

" takpe "

Tiha mengeluarkan sekeping kad dari tas kecil. Dia menghulurkan kad itu pada lelaki tersebut.

" nama saya Fatiha Edward. Kalau perlu saya ganti rugi. Hubungi saya ya "

Zafril ambil kad tersebut. " okay baik. Maaf, saya nak kesana dulu. Jumpa lagi "

Pandangan Tiha membontoti susuk tubuh zafril yang akhirnya hilang di dalam keramaian.

" wahh..untungnya jumpa lelaki kacak. Siapa dia tu?"

" so how? Nampaknya plan auntie ada perubahan."

" itu yang buat auntie geram tau! " Puan Dila menggigit sedikit tart cheese di tangannya. Aish kesal betul tak menjadi.

" ermm...its okay. Kita tengok macam mana nanti. Sebentar lagi pun majlis resepsi rayyan dan kifa. Kita fokus majlis dulu" sambung puan Dila.

" as you say. I nampak tiha pun sukakan rayyan. What we need is a love booster.."

" Love booster? Ermm..maksud you ubat perangsang? " Puan Dila mengukir senyuman.

" hah? Ubat perangsang? Auntie jangan buat perkara pelik pelik ya. I don't want to involve " shiela mengalah kali ini. Kadang idea auntie kesayangannya boleh buat dia jadi sakit kepala tau.

" auntie gurau je la"

*********

" so how? " rayyan bertanya pada Akifa.

" what? " akifa tak faham dengan maksud pertanyaan rayyan.

" selamat menjamu selera tuan puan " pelayan menghidangkan meat steak di atas meja mereka diikuti jus orange dan juga air koktel.

" yela..permintaan nak awak panggil abang " rayyan memandang akifa.

" err…" nak panggil abang? Biar betul ingat lelaki ni dah lupa tentang itu.

" cuba sebut. Abang nak dengar "

Berdegup laju jantung akifa. Ish terbantut selera nak makan steak yang sedang melambai lambai dirinya minta untuk dijamah.

" awak tak sebut abang so nanti balik sendiri " ugut rayyan. Dia menghiris sedikit steak tersebut dan potongan kecil tersebut dimasukkan ke dalam mulutnya.

" aa…." susahnya nak keluar dari mulut ni.

" err...saya makan dulu boleh? " akifa memandang rayyan dengan senyuman paling manis memujuk rayyan untuk membiarkan dia makan dulu kemudian baru fikir tentang nama panggilan tu.

" ikut awak "

Dengan cepat akifa menghiris steak tersebut dan masukkan ke dalam mulut. Wahh sedapnya!

Ketika mereka berdua sampai di rumah, puan Dila dan Tiha masih belum lagi pulang dari majlis tersebut.

"ermm..terlupa pulak tak ada baju nak pakai"

Akifa mengeluarkan baju tidur bertali halus dengan seluar panjang bercorak harimau bintang. Errmm...takkan nak pakai ni?

Akifa ingin sangkut kembali baju tersebut namun..

" awak tak mandi lagi? " tegur rayyan. Dia masuk menutup pintu dan menuju ke arah akifa. 

Ala..jangan kesini! Akifa cepat cepat gulung baju harimau bintang tersebut di dalam tuala besar miliknya.

Akifa tergesa gesa hendak masuk ke dalam bilik air. Rayyan mencapai tangannya dan menggenggam erat. " Kata nak panggil abang? Tak panggil sekarang, abang akan tetap pegang tangan awak..tak payah mandi" usik rayyan.

Ish, ngada-ngada manja manja macam kanak -kanak ribena pulak. Dia sendiri pun kejap aku kau,kejap awak saya..ada hati nak suruh orang panggil abang. Okay takpe game on! 

" boleh,dengan syarat awak panggil ayang. Ada bran? "

Akifa melepaskan tangan rayyan dan terus masuk kedalam bilik air.

Selesai mandi dia mencapai tuala yang diletakkan atas almari hand basin. Baju harimau bintang jatuh ke lantai.

Adui, terlupa dia tentang baju ini. Nak ambil baju lain tapi gara gara rayyan la dia terambil baju ni. Macam mana ni? Pakai je la lepas tu cover dengan tuala. Bila tidur nanti kan pakai selimut kan?

Ketika Akifa keluar dari bilik air, dilihatnya rayyan sudah berada di atas katil bersiap untuk tidur.

" awak tak mandi?"

" dah tadi kat bawah. Tunggu awak lama sangat "

Akifa baring di sebelah rayyan. Dia menutup tubuhnya hingga paras dagu dengan selimut. Matanya di pejam.

Rayyan memalingkan tubuhnya menghadap akifa.

Dia mendekatkan wajahnya ke akifa.

"sayang, abang tunggu janji sayang "

Rayyan bisikkan ayat tersebut di telinga Akifa.

Alamak, jangan buka mata akifa. Buat buat tidur mati ! Adui..jangan macam macam! Akifa takut untuk buka mata apatah lagi menggerakkan tubuhnya.

Rayyan tersenyum nakal. Dia tahu akifa belum tidur lagi.Dia memalingkan tubuhnya kembali membelakangkan akifa.

" jangan naila. Aku minta maaf!! Aku sumpah aku tak ada apa apa dengan maya! Jangan!! " walaupun rayyan sudah minta maaf akifa tetap mencekik lehernya dengan kuat. Dirinya mula merasa sesak nafas. Tolong!!!!

Rayyan terbangun dari tidurnya dengan nafas tercungap cungap. Uishh dahsyat betul mimpi tadi. Walaupun dah bangun dirinya masih merasa sesak nafas. Rupanya akifa sudah menjadikan dia sebagai bantal peluk. Dia mengangkat tangan akifa yang menimpa lehernya. Kaki akifa yang berada di atas tubuhnya di alih. Wanita ini memang ada masalah gaya tidur betul !

Rayyan tergamam melihat akifa. Dia menelan air liur. Baju bertali halus tanpa lengan dan bercorak kulit harimau bintang tampak menghairahkan. Sabar sabar..wait..ini progress yang baik kan? Ini tandanya wanita ini mula selesa bersama dirinya. 

Aishh...kalah pun kalah lah dengan mama. Janji dia menang akifa naila. " mulai hari ini abang janji hanya sayang di hati. Kalau sayang belum bersedia, abang akan tunggu. Dan kalau sayang tak cintakan abang..abang yang akan mengejar cinta sayang sampai sayang jatuh cinta."

Rayyan menarik selimut menutupi tubuh isterinya itu.

*************

" Morning daddy and mummy! "

" dah tengahari maya " tan sri musa membetulkan ucapan anaknya itu.

" ala..sorry la daddy. Penat semalam pun belum habis lagi "

" biarlah dia bang..sekali sekala" puan sri haidah menyokong perbuatan anak tunggalnya Itu

" dad, you dah ada calon untuk projek mega takzim di johor tu? "

" ermmm..who do you prefer? "

"  maya rasa www corporation layak untuk projek tersebut. Maya dah tengok profile mereka. Feedback dari company yang pernah bekerjasama dengan mereka juga bagus. Dari segi kemampuan..maya has no doubt. Diorang kukuh dan layak untuk handle projek kita "

" yeah...daddy pun berpendapat begitu. I leave it to you. You handle everything and make sure to give me a report".

" Roger dad ! "

Tidak sabar maya hendak berjumpa rayyan esok. Dia akan pastikan rayyan akan jatuh hati padanya.

Suasana di rumah Puan Dila kedengaran riuh dengan berkumpulnya penghuni rumah itu yang jarang-jarang bersama kerana sibuk dengan urusan kerja.Mereka mengadakan barbeku untuk makan tengah hari.

" mama mana abang rizman dan kak rina ni. Tak sabar tiha nak main dengan marina " rengek tiha kepada ibunya.

" nanti sampailah tu. Dari kamu tak sudah sudah merengek macam baby baru lahir baik tolong mama ni bawa buahan ni ke depan "

" ala…" Tiha menghentakkan kakinya perlahan tanda protes.

" ish, reject karang laki tengok kau tau. Ngada ngada " rafael baling satu gumpalan kertas kecil ke arah tiha. Gumpalan kertas itu terkena kepala gadis itu.

" ma, tengok rafael tu ma.Dia baling kertas kena kepala tiha "

" eleh, bukan sakit pun. Cengeng! Hahaha.." 

Akifa ketawa melihat telatah mereka. Seronok rasanya berada bersama mereka.Menjadi anak tunggal selama ini rasanya sangat sepi nasib baiklah papa rusman selalu ada. Rindunya dengan papa.

Ketika ini,

Sheila baru saja keluar dari pintu kereta dan berjalan menuju ke pasaraya untuk membeli beberapa barang yang dikirim oleh puan Dila tadi.

Zap!

Seorang lelaki meragut beg yang dipegang oleh shiela. Terkesima sebentar shiela dengan tindakan lelaki kurus tersebut. Membeku sebentar otaknya. Sela beberapa saat baru tersedar apa yang berlaku.

" Tolong!!! beg kena ragut. Tolong !!! "

Seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna biru dari arah bertentangan dengan lelaki kurus yang meragut beg shiela tadi dengan pantas menangkap lelaki itu.

Lelaki kurus itu melepaskan pelukan tersebut dan melayangkan sebuah tumbukan ke arah lelaki berkemeja biru namun lelaki itu dengan mudahnya mengelak serangan tersebut. Lelaki berkemeja tersebut menghadiahkan satu tendangan ke perut lelaki kurus tersebut hingga beg yang digenggamnya tadi terlepas. 

Lelaki kurus tersebut melarikan diri. Tak sanggup agaknya jika dipukul lagi. Lelaki berkemeja biru tersebut mengambil beg tersebut dan menyerahkannya kepada shiela.

" lain kali berhati hati sebab kawasan ni ramai peragut "

" thank you sangat. Kalau tak ada you..habislah i " 

" small matter. Please take care of yourself, okay. Bye " lelaki itu berlalu meninggalkan shiela.

"Omg! He's hot!! Kenapalah tak terfikir nak minta nombor telefon or at least his name ke " shiela menepuk perlahan dahinya sendiri.

selesai berbelanja, shiela terus menuju ke rumah Puan Dila. Hari ini dalam sejarah hidupnya dia pasti akan mengingat kejadian tadi.

" hola everyone ! " shiela menyapa mereka yang berada di laman rumah puan Dila. Sheila bersalaman dengan puan Dila dan kaum hawa yang ada di ruangan tersebut.

" ini yang puan Dila pesan ya? Mari mak Jah bawa ke dapur " shiela menyerahkan bungkusan plastik tersebut kepada mak jah.

" Assalamualaikum" 

Semua menoleh ke arah suara pemberi salam.

" abang!! Kak Rina !! Yeah marina sampai "  teriak tiha. Bingit telinga dengan suaranya yang nyaring.

Tiha dan akifa diantara orang yang terawal menyambut bayi kecil tersebut. Seronoknya dengan kehadiran anak kecil tersebut.

" Rina, duduk sini dipangkin. Mama dah suruh mak jah sanitize tadi. Kamu tu jangan gerak banyak sangat takut bentan pulak  "

Rina menganguk kepala dan menurut kata mertuanya. Sebuah hamparan tilam ala arab dan tilam bayi tersedia disitu.

Akifa merenung si kecil marina yang kini berada di dakapannya. Ya ampun..comel betul bayi ni. Pipi tu macam pau. Geram rasa nak gigit!

" rayyan,bini kau nak anak ni. Bila kau nak bagi? Hahaha.." usik Rizman.

Rayyan mendekati akifa dan marina.

 " sekarang pun boleh " selamba je rayyan menuturkan ayat tersebut. Rayyan mengelus pipi gebu anak buahnya yang sedang lena dalam dakapan akifa.

Merah padam muka akifa. Rasanya mungkin lebih merah dari udang kena bakar sekarang ini.

Puan Dila tersenyum lebar melihat itu. Pastinya idea dia membuahkan hasil. Dia membayangkan laman rumahnya dipenuhi cucu cucu. Pasti riuh rumah ini sama macam ketika anak anaknya masih kecil. Rindu kepada arwah suaminya mula hadir di hati tua nya.

" nasib baik kamu Rizman. Kalau tak…." Puan Dila menepuk bahu rizman.

Rizman mengerutkan dahi. Dah kenapa tiba tiba dia bernasib baik ni?keliru kejap.

Shiela mengelengkan kepala. Ini mesti sebab makcik kesayangannya itu serius dengan hal " Love Booster " semalam tu. Ala...pil perangsang yang puan Dila katakan tu. Ish ish haru la kalau betul puan Dila sampai buat macam tu. Aiyoyo!

" Assalamualaikum " kedengaran suara seorang lelaki memberi salam.

" haa...sampai dah pun " Puan Dila memang menanti kehadiran pemilik suara tersebut.

[ pause ] wahh….romantik tak rayyan dan akifa? Ada perkembangan baik hubungan mereka. Zafril dan maya tu ermm..ada bad feelings about them. Yaa..kalau tak ada watak antagonis tak best kan? Kita sambung semula cerita ni okay. Ready semua..action!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience