Akifa berjalan bergandingan dengan Tiha. Ada saja yang mereka berdua borakkan. Mereka menziarahi Rina dan baby.
Teruja akifa memegang jari mungil milik bayi yang baru lahir. Comel sangat. Ada iras Rizman.
" cuba teka boy or girl?" Rizman menyoal mereka.
" girl "
" boy "
Rayyan dan Akifa menjawab serentak. Pilihan Akifa adalah boy kerana wajah bayi tersebut iras wajah Rizman.
" rayyan menang! Baby ni girl " ceria nada Rizman.
" takpe la nanti turn akifa mana tahu boy " Puan Dila menduga.
Merah padam wajah Akifa mendengarnya. Ehem ehem pun belum macam mana nak ada baby? Gumam akifa.
Rayyan pula menjauhkan diri. Bukan tidak mahu memegang bayi tersebut tapi mengelak bab anak.
Puan Dila mengamati mereka berdua. Sel sel DHA mula berhubung.Melihat dari kelakuan rayyan dan akifa, puan Dila menebak mereka belum sepenuhnya menjadi suami isteri. Ermm...kena buat sesuatu ni. Definitely kena buat sesuatu A.S.A.P !
Keesokannya setelah balik dari pejabat,
Akifa masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Baru saja kakinya melangkah masuk…
" kifa dah balik? Marilah sini " panggil Puan Dila.
Dilihatnya sheila sepupu rayyan juga berada disitu.
" perempuan ni auntie? Auntie biar betul..takkan lah dia isteri rayyan. Tak padan langsung! " sheila mencebik mulutnya tanda tidak suka.
Kecil hati Akifa. Tipulah kalau dia tidak terasa dengan kata kata sheila. Dia tahu dia sedar diri. Rayyan tu macam singa..gagah,megah. Dia ni entahlah..kuman agaknya. Kecil dan tidak kelihatan.
" Razaleigh darling ! " laju sheila meluru ke arah rayyan.
" you mesti penat kan? Come sit down first." sheila menarik tangan rayyan menuju ke sofa.
" Eh, perempuan..buatlah air ! " bulat mata sheila memandang akifa.
Akifa mengangguk. Dia melangkah perlahan.
" kifa, tak payah ! Kejap lagi Mak Jah buat.sheila bergurau je. Kamu rehatlah dulu " Puan Dila bersuara.
Kifa mengangguk. Cepat cepat dia naik ke atas menuju ke biliknya.
" Lain kali jangan buat macam tu. Aku tak suka " tegur rayyan tiba tiba. Tergamam sheila seketika.
Rayyan bingkas bangun dan terus naik ke atas.
" hahaha...nampak tak pilihan auntie tepat."
" Yes you're right. So, how can I help you?"
" I nak diorang ehem..you know what i mean "
" what? " sheila memang tak faham maksud Puan Dila.
" bagi I cucu la "
" auntie, itu mana i boleh tolong. I bukan Tuhan " sheila menyilang tangannya dan duduk di sofa.
" ala...bengap betul minah ni. Maksud auntie...diorang tu belum betul betul jadi suami isteri. Belum ni.." Puan Dila membuat gerakan jari masuk lubang.
" ow really? Memang la auntie..look at how she's dress. How old is she? Budak kolej? Ermm..by the way auntie jangan ulang lagi isyarat tadi. Too vulgar. Tak sesuai untuk umur auntie."
Puan Dila diam. Dia kini sedang berada dalam mode berfikir. Dia sedang berfikir tentang apa yang diperkatakan oleh sheila. Betul juga tu. Ermm...yang ini memang kena masuk dalam list utama.Make over time! Sexy night dress definitely kena ada dalam list !
" I akan buat Akifa naila menarik di mata rayyan hahaha.."
Sheila memutarkan bola matanya. Dah terbiasa dengan sewel puan Dila. Annoying okay!
" Auntie, you looks like someone yang baru terlepas tanjung rambutan and i don't like it "
Rafael yang berdiri di tangga tersenyum mendengar perbualan Puan Dila dan sheila.
" interesting "
rafael menyisir rambutnya ke belakang. Helaian rambut itu beralun lembut jatuh semula ke depan bagaikan helaian bulu halus.
Sementara itu,
Akifa rasa segan untuk mandi memandangkan rayyan ada dalam bilik bersama.
Rayyan duduk di katil manakala akifa di kerusi meja solek.
" Hal tadi kita belum habis lagi. Aku nak dengar kau panggil aku abang "
Akifa hanya diam saja. Hatinya masih dalam suasana buruk. Of course la bad mood kan bila kena perli dengan shiela sampai macam tu sekali. Sakitnya menusuk sampai ke tulang tau !
" kau dengar tak?"
" suruh la darling shiela panggil abang! " Akifa meninggi suara seraya bangun merentap kasar tuala yang tersangkut di dinding dan masuk ke dalam bilik air.
Tergamam rayyan. " aik, apahal pulak marah? Women are so complicated ! " gumam rayyan perlahan.
[ Pause ] Hermm..yang part ni seriously rayyan perlu baca buku panduan " Dummies guide for how to love women". Tak pasti ada jual tak dekat MPH bookstore. Okay okay sambung semula. Action !
Akifa sudah lengkap berpakaian. Baju tshirt besar bergambar anime pucca dan tracksuit hitam. Rambutnya yang basah dibaluti tuala. Kemarahan tadi hilang disiram air sejuk. Segar rasanya.
Dia pulas tombol pintu dan membuka pintu. Baru saja keluar dia berselisih dengan rayyan yang ingin masuk ke dalam bilik air. Melihat rayyan hatinya berdebar. Teringat yang tadi dia naik angin tiba tiba.
Akifa menggoncang tiub losyen. Dah nak habis losyen ni tapi dipaksa juga keluar dari tiub tersebut.
Crett !
Menitik losyen tersebut ke lantai bila akifa menekan kuat tiub tersebut. Ish...membazir betul !
Akifa membongkok ingin menyapu losyen tersebut. Membazirkan amalan syaitan jadi dia tak mahu membiarkan losyen tersebut. Lagipun duit juga tu walau setitis pun.
Bunyi pintu bilik air dibuka membuatkan akifa kecut perut. " aik cepat betul mandi. Mandi kerbau ke" bisik akifa dalam hati. Cepat cepat dia berdiri dan melangkah untuk beredar dari bilik. Bahaya wei !
Kakinya terpijak losyen diatas lantai dan dia tergelincir. Habislah ! Mesti sakit jatuh ni.
" Eh tak jatuh "
Spontan ayat tersebut keluar dari mulut akifa. Senyuman menawan rayyan adalah pemandangan pertama yang dilihat. Oo...rupanya rayyan dah sambut dia supaya tak jatuh. Eherm..
Akifa membeku sekejap. Senyuman rayyan memang menawan dengan barisan gigi yang putih. Jangan hanyut kifa!
" err...saya period !! " Akifa terus keluar dari bilik tersebut. Merah padam muka dia menahan malu.
Rayyan mengerutkan kening. "Apahal dia tu? " Tak faham dia dengan Akifa. Ish, berangan lagi la tu.
Rayyan membuka laci dan mengambil pisau cukur baru kerana pisau cukur sedia ada sudah tumpul.
Akifa turun untuk menolong Mak Jah menyiapkan makan malam.
Seusai solat maghrib mereka menikmati makan malam. Lega hati akifa bila shiela sudah tiada.
" rayyan esok kifa cuti. Mama nak bawa dia test baju pengantin "
" okay "
Puan Dila tersenyum. You better watch out rayyan. I akan turunkan segala ilmu ilmu pikat lelaki pada Akifa.
Share this novel