Bab 10

Romance Series 25048

Tangan rayyan sebelah kanan terasa sangat lenguh. Mau tak lenguh ! Semalaman lengannya jadi bantal. Huh, tarik balik part selesa! 

" Selesa menda ni seksa adalah " rungut rayyan.

" morning ! "

Rafael yang baru turun, duduk di hadapan Akifa.Akifa tersenyum manis.

Berbulu hati rayyan melihat adegan tersebut.

" nak aku hantar ke pagi ni? " rafael bertanya pada Akifa. Akifa diam,matanya memandang rayyan. Dia teringat arahan rayyan semalam.

" tak payah. Dah jom cepat" rayyan bersuara. 

Akifa tergesa-gesa menghabiskan air minumannya dan melangkah pergi mengikuti rayyan.

Akifa masuk ke dalam kereta. Dia meletakkan begnya di atas pangku. Terkesima akifa apabila tiba tiba rayyan mendekatinya. Berdegup kencang apabila wajah rayyan betul betul berdekatan dengan wajahnya. Hampir saja hidung akifa berlaga dengan pipi lelaki itu.

Dub dab dub dab dub dab! 

Jantung akifa berdegup laju. Mata akifa bertentang mata dengan rayyan. Sepasang mata itu sangat mengasyikkan jika dipandang. Akifa mengalihkan pandangan matanya. Merah pipi menahan malu yang teramat sangat.

Rayyan menarik seat belt di tepi akifa dan memasangnya. Rayyan tersenyum. Senang hatinya melihat wajah akifa yang merona merah.

" Ish, jangan fikir macam macam kifa! Fuh, nasib baik iman kuat " gumam akifa dalam hati.

Ketika di pejabat, akifa perlu menghadiri mesyuarat dengan team projek pembinaan megah holding.

" ok baik semua. Harap bersedia..kita akan start projek ni bulan depan"

Entah apa yang rayyan katakan. Akifa hanya mendengar blah blah blah blah!

Akifa Naila tidak dapat fokus. Fikirannya melayang layang mengenangkan adegan pagi tadi terutamanya mata rayyan yang sangat mempersonakan.

" Naila !"

" Naila !"

Rayyan memanggil akifa.

" you ! " janet menggoncang lengan akifa. Hilang terus bayangan wajah rayyan. Terkelip kelip dia memandang mereka. Pandangan mereka juga tertumpu kepadanya. Dah merah pipi. Ni bukan pipi je..seluruh badan rasa merah, panas! Malu weii kantoi berkhayal dalam meeting.

" ehermm " rayyan mendehem. Semua orang mula memandang semula rayyan.

" okay la itu saja. Ingat by this week saya nak semua siap apa yang perlu. Dismiss "

Masing masing bangun dan mula keluar dari bilik mesyuarat.

Akifa duduk di kerusinya. Termenung dia memikirkan dirinya. Entah kenapa dia boleh terbayangkan rayyan tadi. Ish ish...dia suka rayyan ke? Eh...tak lah...tak kan lah. Dia baru je kenal rayyan. Takkan lah boleh jatuh hati kan? 

" hi kifa. Boleh kan i panggil you kifa? Manja sikit bunyinya " joe menghampiri meja akifa.

Adoi! Dia ni lagi ermmm...malas betul nak layan. Akifa merungut dalam hati. Wajahnya mempamerkan senyuman

" i nak jumpa bos you dulu.nanti kita borak ok "

"Ada aku kisah?" gumam akifa perlahan apabila lelaki itu masuk ke dalam pejabat rayyan.

" Bro, nah invitation for you. Kita dijemput hadir birthday party Tan sri Musa. Ini peluang Bro. Dengarnya Tan sri buka tender untuk projek dia di johor." Joe menyerahkan Sekeping kad kepada rayyan.

" Yes, I heard that.Hopefully company kita dapat tender tu. " rayyan membaca kad tersebut. Dia menyimpannya di dalam beg bimbitnya.

" okay bro. I chow dulu. "

Joe hilang di sebalik pintu pejabat rayyan. Rayyan melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari.

Rayyan menutup laptop dan memasukkannya ke dalam beg bimbit. Dia keluar dari ofis. Dilihatnya Akifa sedang dikelilingi oleh staff wanita dan joe. Ish, joe ni nak kena dia ni kat mana ada akifa kat situ dia lepak ye?

" Akifa jom ikut aku. Cepat aku tak suka staff lambat ! "

Terkebil kebil akifa memandang rayyan. Dia baru saja setuju mengikuti rakan sekerjanya ke luar lunch bersama.

" sorry tau next time ya! " akifa melangkah laju mengejar rayyan.

" bertuah akifa asyik berkepit je dengan boss. Eh, teringin juga aku ni nak keluar dengan bos kita yang hensem tu "

" hensem tapi macam singa. Tak nak la I. I prefer eddy park. Wuu...hensemnya. bila la nak jumpa lagi." janet buat mimik muka manja dengan memuncungkan bibirnya.

" habis I tak hensem? " tanya Joe. Terdiam para wanita tersebut.

" of course la hensem. Masih on lagi tak nak belanja ni ? " jun tersengih memandang Joe.

Ketika itu buat hero dan heroine kita, mereka berada dalam kereta yang dipandu rayyan. Laju kenderaan itu meluncur di jalanan. Rayyan sedang bad mood setelah melihat joe mendekati Akifa. Ermm...ada masalah mengawal cemburu la hero kita ni. Baguslah itu tanda bunga bunga cinta dah berputik.Ok la jom back to story. 1 , 2 , 3 action!

" kita nak kemana ni encik?" tanya akifa. Kecut perut dia melihat wajah rayyan yang mencuka dari tadi. 

"Aku ada buat salah ke?" dia tertanya tanya di dalam hati.Akifa menelan air liur apabila kereta dipandu laju oleh rayyan.Habis semua kereta di pintas. Mentang mentang naik kereta mewah.

"OMG, janganlah berlaku apa apa. Aku masih anak dara lagi tak nak la mati muda! " hatinya menjerit.

Rayyan melirik ke cermin hadapan,dilihatnya akifa seperti ketakutan. Hati yang tadi dipenuhi kemarahan mula reda. Kelajuan kereta juga mula perlahan.

Lega hati akifa. Kalau tak boleh arwah tadi.

" Aku tak suka kau dekat dekat dengan joe " Suara rayyan tegas walaupun kedengaran mendatar.

" lagi satu..jangan panggil aku encik,tuan,bos,rayyan atau razaleigh" Sambung rayyan.

" habis tu nak panggil apa? " serius la wei..nak panggil apa pulak dah? Time time lapar macam ni otak Akifa kurang berfungsi dengan baik. Sejujurnya ketika ini otaknya dipenuhi dengan makanan.

" abang "

Uhuk uhuk..tersedak air liur dibuatnya. Biar betul ni? Ni bukan mimpi mimpi mengarut yang selalu hadir dalam tidurnya tu kan? Serius la…

Terkebil kebil mata akifa tak percaya apa yang dia dengar ni.

Kereta berhenti dan rayyan menarik brek tangan.

Akifa memandang sekeliling. Ni kawasan hospital. Dia menarik handle pintu ingin segera keluar sebelum..

" cuba kau panggil abang. Aku nak dengar"

Huh? Tu kan...sebiji macam yang dia jangkakan. " aaabb…" Berpeluh akifa. Cemas betul hatinya.Ya Allah kenapa lah tak boleh terkeluar perkataan tu. Rayyan ni mesti tadi ada terputus wayar otak tu tetiba request benda pelik.

Tok tok tok!
Cermin kereta diketuk. Wajah tiha muncul.

" abang, akak, cepatlah jom ! "

Akifa tersenyum melihat Tiha.Cepat cepat dia keluar. Syukur sangat terlepas dari hal tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience