Vroomm...
Rafael parking motor besarnya. Dia turun dan terus menuju ke dalam rumah.
" Kereta rayyan takde. Belum balik lagi? " rafael melihat jam tangannya sudah pukul 6 petang.
Rafael duduk di sofa. Dia agak risau sekiranya rayyan tinggalkan Akifa. Jika itu berlaku,dia sendiri akan menjemput Akifa balik walau dimana pun wanita itu berada.
" Assalamualaikum "
Akifa melangkah masuk dengan kaki kanannya dulu.
" kau dah balik? Baguslah..aku ingat rayyan tinggalkan kau "
Akifa menoleh ke arah rafael. Dia tersenyum manis menampakkan lesung pipinya.
" tadi aku ke ofis kau. Aku fikir mungkin rayyan tinggalkan kau "
Hah? Terkesima Akifa. Tak sangka lelaki didepannya menunggu untuk menjemputnya pulang.
"tadi saya ikut rayyan ke site " Akifa menerangkan situasinya.
" naila,naik atas " lembut suara rayyan tapi pada akifa ia kedengaran tegas.
" thank you tau. Nanti ada masa kita borak"
" Naila !!" suara rayyan sedikit keras dan tegas.
Akifa terus menuju ke tangga.Rayyan memandang tajam rafael sambil kakinya melangkah setiap anak tangga ke tingkat atas. Rafael tertawa melihat gelagat rayyan. Itu pun nak cemburu ke?
Akifa mengambil baju salin dan tuala masuk ke dalam bilik air.
Rayyan pula masuk ke dalam meletakkan beg bimbitnya kemudian turun ke ruang tamu. Dia memberikan ruang privasi kepada akifa untuk mempersiapkan diri.
Selepas makan malam, mereka semua seperti biasa berbual bual di ruang tamu.
" Rina, are you okay? Ma tengok kamu berpeluh peluh. Makan tadi pun kamu makan sikit je"
" okay ma. Biasalah kadang sakitkan hihi.." ketika ini rina pun masih menahan rasa sakit. Dia ada baca jika keluar air ketuban atau darah barulah tanda akan melahirkan. Dia belum turun apa apa tanda jadi dia hanya perlu bersabar. Kemungkinan ini cuma braxton hicks.
Akifa dan rafael serta tiha duduk bertiga. Mereka bertiga sedang melihat sesuatu di dalam telefon bimbit rafael. Ya, mereka bertiga cepat rapat mungkin kerana umur yang tidak jauh berbeza.
Pada pandangan rayyan, kemesraan rafael dan akifa terlalu mencolok matanya. Akifa duduk di sebelah rafael. Walaupun berjarak tapi tetap sakitkan mata rayyan.Sakit matanya turun ke hati bila melihat akifa tertawa riang apabila mendengar kata kata rafael. Tak khusyuk dia melihat siaran drama di televisyen. Tak boleh jadi ni!
Rayyan bangun dari sofa dan..
"tepi sikit " Selamba dia duduk di antara akifa dan rafael. Terkejut akifa dengan tindakan rayyan. Dah la sempit.
Rayyan menyilangkan tangan ke dada sambil menonton siaran televisyen. Selamba je mimik wajahnya tak bersalah langsung.
" abang rayyan! Mama..abang rayyan kacau kak akifa tengok drama korea dengan tiha dan rafael. Mama,Tengoklah abang rayyan ni. Sempitlah abang pergilah duduk tempat lain! " adu Tiha.
" ish korang ni macam budak budak. Sibuk kacau mama "
" hahaha...rayyan kau jeles ye? " rizman menambah minyak dalam api. Saja dia menyakat rayyan.
" abang, rin naik a...tas dulu. Nak re..hat " baru saja rina berdiri tiba tiba kakinya basah. Air ketubannya pecah dan mengalir di kakinya.
Rizman yang tadi ketawa menyakat rayyan terus terdiam mematungkan diri.
" abang! " rina memukul bahu suaminya.
Rizman sedar dari lamunan terus menuntun isterinya berjalan perlahan ke pintu untuk ke hospital.
" Ma ! " jerit Rizman panik. Dia perlukan pengalaman puan Dila. Pengalaman beranak.
Puan Dila terdiam juga seperti Rizman tadi.
" Mama !"
" hah..ye ye..mama tengah fikir ni "
" fikir apa ma?! " ish mama ni time time macam ni pula nak berfikir.
" fikir nama cucu la"
" mama?! " Rizman marah. Time time kalut macam ni boleh pula terfikir nama cucu dulu.
" aarghh" rina mengerang kesakitan
" aa….kunci kereta mana?" rizman panik bila isterinya kelihatan sangat kesakitan.
" Your pain dari skala 1 sampai 10. You sakit tahap mana? " rizman cuba menyelami dan memahami kesakitan isterinya.
" 100 ! " rina menjerit. Tahulah rizman tu doktor tapi boleh tak tanya soalan lain.Dia sakit nak beranak ni !
Entah kenapa tiba tiba ilmu kedoktoran Rizman ketika ini hilang habis bila menghadapi isterinya yang kesakitan. Blur habis! Err..lagipun dia doktor gigi. Memang tak pernah handle la kes nak beranak ni.
" shh...jangan panik semua. Rayyan cari kunci kereta.Tiha ambil beg bayi kat bilik. Rafael you drive, Rizman stay with her" arah puan Dila.
Kini semua orang sibuk dan kecoh satu rumah dibuatnya.Hanya akifa yang duduk bertenang melihat mereka berlari ke hulu ke hilir.
" Moga selamat rina melahirkan baby.aamiin" Akifa mendoakan rina dipermudahkan melahirkan anak.
Malam itu, Puan Dila menemani rizman dan rina dihospital. Ini cucu pertamanya dan tentulah dia sangat gembira.
Ketika rayyan masuk dalam bilik, akifa sudah pun tidur. Rayyan baring di sebelah isterinya. Dia lebih suka tidur dengan posisi terlentang. Matanya dipejam.
Terasa ada sesuatu yang hangat menjalar di dadanya. Rayyan membuka matanya. Dilihat akifa sedang memeluk dirinya.lengan rayyan dihimpit dengan kepala Akifa. Rayyan meluruskan lengannya agar akifa lebih selesa. Rayyan mengalihkan rambut yang menutupi wajah Akifa. Bila waktu tidur saja rayyan dapat melihat rambut wanita tersebut. Selebihnya Akifa selesa bertudung.Rasanya sejak kahwin, mereka berdua belum pernah duduk berdua sebilik melainkan waktu tidur.
Memeluk Akifa rasa hangat dan selesa. Wajah gadis itu cantik. Bulu mata lentik,hidung mancung,bibir mungil, kulit bersih,halus..eh, kenapa tiba- tiba puji puji ni pula?
Kelakuan pelik dia sepanjang hari mula terbayang semula. Alamak ! Aku suka dia ke? Rayyan mengerutkan wajahnya. Belum sebulan lagi tapi awal awal dah kalah. Jarinya memukul perlahan dahinya.
Share this novel