Bab 1

Romance Series 25048

"Maaf cik memang tidak ada pilihan lain. Memang cik kena kahwin juga petang ni"

"Ala..ustaz...kami tak ada buat apa-apa..please la ustaz. Kesian kat saya"

"Sebab kesian dekat awak la kami kahwinkan awak berdua. Jangan risau sebab semua urusan dipermudahkan. Lagipula cik Akifa guna wali hakim kan. Cik memang tak ada adik beradik? Pakcik sebelah ayah?"

"Tak ustaz. Saya ada ayah angkat saja. Pakcik sebelah ibu saya. Ayah dan saya anak tunggal dan parents saya dah lama meninggal" sayu nada suara Akifa. Sengaja dia buat begitu agar dapat simpati dari ustaz hanafi. Mana lah tahu kot kot tak payah dia kahwin dengan Mr.ice RR.

"Saya harap cik Akifa dan encik rayyan bahagia. In shaa Allah. Ini semua untuk cik juga agar maruah cik tidak tersebar aib dan tidak juga menambah dosa" lembut ucapan ustaz hanafi.

"Hah dosa? Ni bukan hapus dosa...ni tambah bala!" monolog Akifa di dalam hati.

"Encik Rayyan..please say something. Kita tak ada buat apa apa kan? Semua ni salah faham kan?" Akifa merayu kepada Rayyan.

Rayyan Razaleigh hanya berdiam diri. Akifa Naila melutut di depan Rayyan dan Ustaz hanafi.

"Tolonglah encik..bagitau lah yang kita tak ada lakukan apa apa. Ini semua kesilapan..Ini semua salah faham"

Berjuraian air mata Akifa,esakan tangisnya pun semakin kuat.

"Maaf sebentar ustaz" Rayyan Razaleigh menarik tangan Akifa dan membawanya ke satu sudut.

"Aku bukan tak nak cakap..kau nak aku cakap apa? Semua ni memang salah faham tapi siapa yang nak percaya. Kau boleh explain kat diorang apa yang terjadi tadi?" Suara Rayyan separuh berbisik.

Terimbas kejadian tadi di minda Akifa. 

"Naila, dokumen megah holding ada dengan kau ke? kau bawa dokumen megah holding hantar dekat aku.Sekarang!" Rayyan menutup panggilan telefon.

Aishh...rayyan mendengus. Setiausaha barunya kali ini seorang yang cemerkap.

"Apalah nasib! Rina..rina...kenapa masa ni lah kau maternity leave mm…."

Rayyan memicit kepalanya dan tanpa sengaja sikunya terjatuhkan setin air coke. Salah dia lah yang letak tin coke di lengan sofa buat apa? Kan dah tumpah atas seluar.Dia bangun mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air.

"Encik! Encik!" Akifa mengetuk pintu bilik hotel yang dihuni oleh majikannya. Bilik Akifa pula terletak di tingkat bawah. Mereka ada disini untuk menghadiri pertemuan dengan Megah Holding bagi membincangkan projek kerjasama diantara Megah holding dan WWW corporation.

Tadi ketika bosnya call dia baru sahaja lepas mandi. Rambutnya yang basah baru saja di balut dengan tuala. Mendengar suara bos macam singa lapar di hujung talian tadi terus mati kutu dibuatnya. Tergesa-gesa dia mencari dokumen Megah holding dalam beg bimbit. Dia menepuk dahi.

"Nasib baik salah masuk beg. Kalau tertinggal tadi..wow mau terbalik dunia ni dengan amarah Mr. Ice R tu. Aishh.."

Akifa memulas tombol pintu dan pintu tersebut terbuka."la...tak berkunci rupanya" Akifa menjengah kepalanya dahulu sambil memanggil

"Encik.." 

Tiada jawapan. Lalu dia melangkah perlahan masuk ke dalam. Di lihat bilik tersebut kosong,tiada kelibat rayyan didalamnya. 

"mm...mana nak letak ye? Kalau atas tilam takut dia tak perasan pula kan?mm..kat meja lah"

Dia melangkah menuju ke sofa dan meletakkan dokumen megah holding di meja kopi bersebelahan sofa tersebut.

Settle! Setelah meletakkan fail berisi dokumen tersebut dia memalingkan tubuh untuk segera keluar dari bilik sebelum terserempak dengan Mr. Ice R.

Baru saja dia melangkah dua tapak,pintu bilik air terbuka. Terpana sebentar Akifa melihat Rayyan yang hanya bertuala pendek menutup pinggang hingga lutut lelaki itu.

Rayyan sangat terkejut melihat perempuan Clumsy ni di dalam biliknya. Tak sangka perempuan ni boleh masuk dalam bilik orang sesuka hati?Rayyan meneliti penampilan Akifa Naila. Dah la dengan baju tidur hello kitty dan kepala berbalut tuala! 

"This lady sure memang clumsy sampai penampilan pun entah apa-apa. Cubalah elok elok sikit kot ye pun sarung la tudung tu elok sikit. Ni pakai tuala je jumpa aku??" 

Gumam rayyan dalam hati. Pantang dia jika pekerjanya tidak menjaga kebersihan dan penampilan.

Akifa sepatutnya tutup mata tapi..tapi kenapa mata ni kaku pula tak mahu tutup! Pemandangan indah six pack rayyan la ni kot. Mata Akifa bertembung dengan Mata rayyan yang seperti serigala dalam gelap. Merah menyala! 

"Sebelum kena ngap baik aku blah dulu"

Akifa melangkah tergesa gesa dan entah bagaimana dia tersalah langkah,kakinya tersadung! OMG Badannya akan jatuh ke lantai ! dia cuba menggapai sesuatu untuk membantu dia agar tidak jatuh. 

Tangannya tidak sengaja mencapai sesuatu yang berwarna putih. Kain putih tersebut terlepas dari tempatnya dan tertarik jatuh di genggaman tangannya.

 Kedebuk ! Badan Akifa akhirnya jatuh juga tertiarap di lantai. Tangan kirinya menggenggam sehelai tuala. Hah? Tuala? Opss….

Akifa Naila!!

Suara rayyan kedengaran sangat marah. "maaf encik..maaf.." Akifa memejamkan mata dan tangannya menghulurkan tuala tersebut. Merah padam muka Akifa menahan malu yang teramat. Rasa sekarang ni nak saja dia mencair dan berubah menjadi cecair atau pasir pun boleh juga macam dalam cerita spiderman tu kan? Senang sikit dia mengelungsur keluar je dari bilik ni ikut celah celah bawah pintu tu.

Rayyan mendengus kasar lalu masuk kembali ke dalam bilik air.  Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu bilik.

"hotel cleaning service kot" 

Akifa tanpa berfikir panjang terus saja membuka pintu tersebut.

"Assalamualaikum, kami badan pencegah maksiat.kami dapat aduan bahawa di bilik ini ada maksiat." 

Ternganga Akifa mendengarnya hingga terjatuh tuala di kepalanya menampakkan rambut panjang yang masih basah 

"Kena tangkap basah ke huargghhh...papa tolong Naila !!"

Rayyan yang keluar dari bilik air dengan hanya bertuala menambah lagi bukti di mata pasukan badan pencegah maksiat.

Masa ni la Akifa rasa nak hempuk Mr. Ice R tu. Boleh pulak bertuala je keluar dari bilik air. Eh, salah dia juga siapa yang suruh main masuk je bilik orang. Tadi kalau dia tunggu dengan sabar dekat luar bilik tentu tak kena tangkap basah.

Akifa menarik nafas berat. Habislah dia kena marah dengan papa..atau mungkin kena halau atau mungkin kena buang keluarga atau mungkin papa tertekan dengan hinaan orang lepas tu bunuh diri atau mungkin dia stress then bunuh diri. Oh no!

Rayyan yang melihat kesedihan di air muka Akifa merasa kasihan. Dia memegang bahu naila.

" pastikan hal ni rahsia. Lepas sebulan dua kita berpisah. No one will know..i promise"

Akifa menatap mata rayyan. Cantik mata itu. Kenapa baru sekarang dia perasan mata lelaki yang dia gelar Mr.ice R ni sangat mengasyikkan jika di tenung. "Eh, apa melalut ni Akifa?" cepat cepat Akifa memandang ke bawah tidak berani bertentang mata lagi.

Rayyan tersenyum sendiri melihat telatah perempuan didepannya ini. Dah la clumsy, suka berangan pulak..ermm.

"Dah bersedia kamu berdua? Mari duduk sini kita mulakan sekarang" ustaz hanafi bersuara. Dia sudah duduk di bawah bersama empat orang lelaki dan tiga perempuan.

"Bersedia?"

"Aku nikahkan dikau dengan Akifa Naila binti Abdul razak dengan emas kahwinnya Rm300 tunai."

" aku terima nikahnya Akifa Naila binti Abdul Razak dengan emas kahwinnya RM300 tunai"

"Sah?"

"sah"

"sah"

Hi! Oppsss! sebelum kisah ni dilanjutkan elok juga kita mulakan dari awal. Beginilah kisah awal cerita cinta klise antara Rayyan Razaleigh dan Akifa Naila. Pada suatu hari…..

"Bos, ni kenalkan pengganti saya Akifa Naila. Akifa, ini CEO kita tuan Rayyan Razaleigh bin Muhammad Edward."

"Assalamualaikum encik" Akifa menyapa lelaki didepannya itu.

Rayyan memandang atas dan bawah penampilan Naila.

"kau memang rabun ke? Jauh or dekat?" 

"Saya tak rabun. Ni cuma aksesori saja encik" Akifa tersenyum menampakkan lesung pipinya.

Rayyan terpana melihat senyuman itu.

"erhmm.." Rina mendehem membuatkan Rayyan tersedar dari keasyikkan melihat senyuman setiausaha baru tadi.

"kau dah kahwin?"

"err...belum" Akifa teragak agak untuk menjawab seolah soalan tersebut seperti soalan trick. Jika salah jawab mati!

"baguslah..kalau tak kau pasti sama dengan perempuan perut buncit sebelah kau ni. Susahkan aku dengan maternity leave pulak" selamba wajah rayyan tidak ada rasa simpati.

Akifa menelan air liur. Tak sangka bos dia macam ni. OMG! Salah masuk kandang harimau ke ni?

"evil boss!" rina mendengus

"Dah dapat gift i untuk little rizman?" rayyan bertanya kepada rina tanpa melihatnya. Dia meneruskan kerja nya menulis sesuatu di atas kertas.

"Dah thank you " jawab rina dengan nada ceria.

"Dah korang boleh keluar. Buat kerja elok elok kalau tak aku pecat!"

Mereka berdua keluar dari pejabat Rayyan. Akifa masih membeku diam tanpa kata." Ish takut la pula kalau salah sikit pasti kena maki ni"

"you tak payah takut sangat. Bos tu mulut laser tapi dia bukan suka marah orang tanpa sebab dan seorang bos yang prihatin" Rina menenangkan perasaan wanita disebelahnya.

"I nak ke toilet kejap. Biasalah masuk trimester akhir ni asyik nak kencing je mm.." Rina bangun dan berjalan ke bilik air.

Comel pulak mak buyung ni dengan perutnya yang bulat besar berjalan terkedek- kedek macam tu. Tekun Akifa memperhatikan setiap langkah dan gelagat Rina.

Tut tut tut!

Butang intercom dari bilik pejabat Rayyan berkelip kelip dari telefon pejabat di depan Akifa. Pantas dia menjawab panggilan tersebut. Belum sempat dia mengeluarkan suara, lelaki di hujung talian sudah memberikan arahannya

"Rina, Jangan bagi sesiapa masuk pejabat aku. Aku nak berehat tak nak diganggu"

Blur sekejap Akifa bila panggilan dimatikan. Tak sempat dia kata "baiklah encik" ish..macam salah buat keputusan je bekerja dekat sini.

Akifa menyelesaikan tugas yang diberi Rina tadi. 

"I nak jumpa razaleigh" seorang wanita berpenampilan seksi dengan baju gaun berwarna mustard separas peha lalu di depan Akifa menuju ke bilik pejabat Rayyan.

Arahan Rayyan tidak mahu diganggu tadi terus terngiang di telinga nya. Reflex dia bangun dan berlari menghalang wanita tersebut.

"Maaf kak, Encik Razaleigh tidak mahu diganggu." Akifa mendepakan tangannya.

"What do you call me? Say it again." Merah muka wanita tersebut.

"err...kak..kakak?"

"Hello, I'm not your sister. Move! I nak masuk"

"No, you cannot enter. Sorry but this is Encik Razaleigh order" 

"Apa yang bising bising ni shiela?Dari depan auntie dengar" seorang wanita separuh baya menghampiri mereka. Penampilan wanita itu anggun dan bertudung.

"Perempuan…." Sheila memandang atas bawah penampilan Akifa yang memakai baju kurung biru muda. Dia mencebik bibirnya tanda tidak suka dengan Akifa.

"perempuan kampung ni tak bagi i masuk dalam office abang rayyan" sambung shiela.

" eh mama..shiela..nak jumpa rayyan ke? Masuk je" Rina yang baru tiba bersuara.

"err...tapi..err...encik ray..rayyan kata dia.." tersekat sekat suara Akifa. Mana tidaknya tiba tiba keyakinan dia hilang. Manalah tahu kalau kalau dia dah salah tindakan.

"Maaf kak" Akifa menundukkan kepalanya sedikit.

Geram shiela dibuatnya. Dah cakap jangan panggil kakak masih juga panggil. Dia memulas tombol pintu dan menghilang di sebalik pintu tersebut.

"Maafkan saya puan" Akifa menundukkan sedikit kepalanya kepada wanita tua anggun tersebut.

Wanita tua tersebut tersenyum manis. Akifa pun turut tersenyum menampakkan dua lesung pipi di wajahnya.

"Akifa..yang seksi tadi tu sepupu encik Rayyan..nama dia shiela. She's a bit bossy.Yang tua tadi tu mama encik Rayyan namanya Puan Dila. Ha..dua dua tu memang selalu datang ofis. You biar saja diorang masuk" Rina memperkenalkan mereka kepada Akifa. Haa tu kan dia dah salah tindakan tadi. Matilah kalau diorang mengadu kat bos! 

**************

"ermmm...interesting. Rina, siapa setiausaha ganti rina tu?" Puan Dila bertanya kepada menantunya Rina. Dari tengah hari tadi dia teringat Akifa.

"Maksud mama Akifa Naila?" 

"oo...nama pun sedap" Puan Dila tersenyum.

"Lain macam senyuman mama ni..mama jangan bukan bukan tau. Kang marah abang rayyan!" Tiha anak perempuan bongsu Puan Dila memperingatinya. 

"Bukan apa..mama ni tau dah mesti nak kenalkan dengan abang kan?cukup la ma yang lepas lepas...haru biru dibuatnya"

Rina yang mendengar, tertawa dibuatnya. Dia pun dulu Puan Dila nak satukan dengan Rayyan. Macam macam cara Puan Dila. Alih alih bukan rayyan yang terpikat tapi Rizman. Alhamdulillah Rina sudah pun berkahwin dengan Doktor Rizman, anak kedua Puan Dila.

" mama rasa kali ni abang rayyan mesti kahwin.Ma dapat rasa aura Akifa tu mempersonakan mesti boleh tawan la hati beku rayyan"

"Lusa rayyan ada meeting di terengganu kan?" tanya Puan Dila kepada Rina.

"haah betul ma..kenapa ma?"

"Takda pe ma tanya je. Bagi kat ma esok details Akifa" Puan Dila tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience