" Morning everyone ! " ceria puan Dila melihat anak menantunya sedang menikmati sarapan bersama.
" Mana Raffael? " Dahi puan Dila berkerut apabila melihat seorang anaknya tiada di meja makan.
" Abang El tidur lagi ma ! Subuh baru abang balik " Adu Tiha kepada ibunya.
Puan Dila menggelengkan kepala. Rafael anak ketiganya memang sering pulang lewat. Sudah berkali kali ditegur tapi masih meneruskan tabiat yang dia tidak sukai iaitu clubbing.
" Rina, dah keluar tanda? " tanya Puan Dila sambil mengunyah kuih seri muka.
" Belum lagi ma. Jangan risau ma..abang riz ada "
" ya..Riz apply cuti dah ma "
Puan Dila mengangguk kepala.Lega mendengar rizman ada menemani rina.
" rayyan, kamu free hari ini? " puan Dila memandang rayyan.
" free..kenapa ma tanya?"
" nanti kita ke butik perkahwinan Datin sofea pukul 11 and no excuse "
Sudah setengah jam Akifa menunggu di ruang tamu.Menunggu lelaki itu bersiap seperti menunggu kek siap dibakar. Ni kalau kek boleh juga dimakan ermm..
" lambatnya abang siap. Berpeluh tiha tunggu " runggut Tiha. Dah la terpaksa ikut juga ishh !
" ahh..sibuk. kerja sekolah dah siap? " tanya rayyan.
" orang dah habis belajar kan! " bentak Tiha. Apa punya abang ni adiknya dah habis sekolah dan dah habis diploma pun dia tak tahu! Menci lah!
" tapi...pada abang. Adik tetap besar ni " rayyan menunjukkan ibu jari dan jari telunjuknya. Tanda isyarat kecil.
Tiha mendengus kesal melihatnya.
Setibanya di butik, mereka disambut mesra oleh Datin sofea.
Kali ini rayyan pula yang terpaksa menunggu. Sudah setengah jam dia duduk menunggu Akifa bersiap memilih baju persandingan.
" kifa cuba keluar sini mama dan rayyan nak tengok "
Akifa rasa segan untuk keluar dari tempat persalinan. Ini kali pertama dia mengenakan baju kebaya moden paras atas punggung dan berkain payung kembang dari net tulle. Baju itu melekap indah di tubuhnya menampakkan lekuk tubuh. Berkali kali dia melihat penampilannya di dalam cermin.
" kifa..keluarlah "
Akifa membuka tirai dan melangkah keluar.
" wow " Tiha ternganga melihat penampilan akifa. Nampak lain. Tiha menunjukkan dua ibu jarinya. Cantik !
Puan Dila tersenyum. Menantu nya yang sorang ini memang cantik. Baju tersebut sesuai dengan akifa.
" rayyan. Ok tak ?"
Rayyan hanya diam tidak berkelip mata memandang ke arah Akifa. Pipinya sedikit merah.
Akifa naila menarik sedikit baju agar tidak terlalu melekap di badannya. Segan dan tidak selesa rasanya. Lagi lagi bila lihat pandangan rayyan yang memandangnya tidak berkelip mata dari tadi.
" rayyan ! " Puan Dila menjerit kecil. Tidak sabar menunggu respons dari rayyan. Dari tadi diam saja bila ditanya.
Rayyan memerhati tingkah akifa yang seakan tidak selesa dengan baju tersebut kemudian bersuara memberikan pandangannya.
" tukarlah..montel ! "
Hah? Montel? Terkejut Puan Dila dan Tiha. Bukan diorang je terkejut,Datin sofea pun turut terkejut dengan reaksi rayyan. Akifa sememangnya terkejut dan terasa bagai di panah tepat ke hatinya. Pedih menusuk kalbu !
Wajah Akifa merah bila di tegur montel.Malu dia. Rasa macam rayyan announce pada satu dunia yang dia ni gemuk.
" montel? Kamu biar betul rayyan..elok je mama tengok . Cantik je pun. Kifa pun bukan gemuk "
" takpe takpe, kita tengok baju yang lain ya. Jom kita cuba yang lain ya darling " Datin sofea mengajak akifa menukar baju yang lain.
" eerrmm...suspicious ! Apa abang maksudkan dengan montel? " Tiha berbisik di telinga rayyan.
" syuhh! syuhh! pergi main jauh jauh. Kau tu budak kecik apa tau"
Tiha hanya tertawa mendengar jawapan rayyan. " Dasar lelaki pelik ! "
Sudah empat pasang baju yang Akifa pakai tapi tiada satu pun yang memberi kekaguman kepada orang yang melihat berbanding pakaian yang pertama tadi.
Rayyan kini semakin bosan melayan kerenah wanita wanita yang ada bersamanya. " Haish. ! Baju je pun..pilih je la mana- mana " Rayyan bingkas bangun dan menuju ke luar butik.
Sedih hati Akifa. Terasa hati tentang montel tadi pun belum hilang lagi.
" antara semua pattern tadi. Akifa prefer yang mana? " tanya Datin Sofea.
" ermm yang pertama..cuma terlalu melekap di badan. Baju pun pendek sangat " jujur akifa memberitahu keputusannya.
" For you darling, Auntie akan cuba beri yang terbaik. Auntie akan dapatkan untuk you patern yang sama hanya perlu labuhkan dan sedikit besarkan okay "
" ok bff , i serah kat you. Harap you dapat tolong i ya. I is okay asalkan baju tu akifa selesa dan cantik " puan Dila menepuk bahu Datin sofea.
" i try darling. Untuk tema macam mana? "
" garden ! "
" klasik melayu !"
Akifa dan Puan Dila serentak menyuarakan pilihan masing masing.
" ikut mama je.." Akifa tersenyum mengalah dengan pilihan mertuanya.
" sayang, jadi wanita mesti kuat..you must tegas dengan pendirian. If you suka garden theme so we will proceed with that. " Puan Dila menggenggam lembut jari akifa.
Selesai urusan mereka pulang ke rumah. Lega hati Puan Dila semua persiapan majlis resepsi diuruskan dengan lancar.
Selepas makan malam mereka duduk berbual di ruang tamu. Semua ada kecuali rafael. Entah kemana lagi budak tu pergi.
" ma, kami masuk dulu la ya berehat " rizman dan rina naik ke atas menuju bilik mereka diikuti oleh akifa dan tiha.
Hanya tinggal rayyan dan Puan Dila.
" kamu jangan nak tidur pula kat sini. I ' m watching you ! " Puan Dila memberi amaran.
Rayyan tertawa melihat puan Dila yang masih juga tidak mahu masuk ke bilik walaupun sudah beberapa kali menguap.
" ma masuklah tidur "
" No. I will be here sampai rayyan masuk dalam bilik "
" okay fine ! " rayyan bangun dan menuju ke biliknya.
Puan Dila tersenyum. Sekarang dapatlah dia berbangga dengan Puan Sally. Huh, ada ke patut rayyan tu gay?
" Hello...I akan buktikan rayyan lelaki sejati tau. Operasi menantu settle and now operasi timang cucu pula hahaha.. "
" apa yang mama ketawakan sorang sorang tu? " Rafael yang baru saja balik menegur puan Dila yang kelihatan bercakap dan ketawa seorang diri.
" hah, baru nak balik rumah ya kamu ! Kemana aje kamu ni? " Bebel Puan Dila. Dia memalingkan wajahnya ke arah Rafael.
" Allah ! Apa yang kamu buat ni rafael? Habis kamu clorox kan rambut kamu? "
" fesyen ma..fesyen " balas rafael sambil melangkah menaiki tangga ke tingkat atas menuju ke biliknya.
Puan Dila mengurut dadanya. Mau tak terkejut melihat penampilan anak ketiganya itu. Geleng kepala dibuatnya. Rafael anak yang baik hanya saja kebelakangan ini sejak dia putus tunang,perangainya mula berlainan.
Sementara itu rayyan yang tadi naik ke atas untuk ke bilik tidur masih berdiri di luar pintu biliknya.
Masuk ke tak masuk? Masuk ke tak masuk? Ermm…
Rayyan memicit keningnya. Pening memikirkan samada patut atau tidak dia masuk. Aishh….masuk aje la!
Rayyan membuka pintu bilik tersebut sedikit. Dilihatnya Akifa tiada di katil. Dia melangkah masuk dan terus berbaring di atas katil. Bunyi pintu bilik air dibuka dan ditutup kembali membuatkan rayyan cepat cepat menutup matanya berpura pura tidur.
Akifa melihat suaminya sudah berbaring di atas katil. Kelihatan lelaki itu telah tidur. Akifa baru saja selesai solat isyak tadi. Lalu masuk semula ke dalam bilik air untuk membuang air kecil.
Akifa melabuhkan punggungnya di sebelah rayyan. Hatinya berdegup kencang. Harap harap lelaki itu tidur sampai esok pagi. Dia menarik selimut menutup kepalanya.
Akifa berjalan dengan lenggok menggoda mendekati Rayyan. Rayyan menelan air liur melihat baju tidur satin warna maroon bertali halus hingga paras peha menampakkan kaki jinjang akifa yang putih bersih. Cahaya dari bulan yang menerangi suasana malam itu menambahkan elemen romantis saat itu. Akifa tersenyum. Dia mendekati rayyan dan menarik kolar baju tidur lelaki itu hingga wajah rayyan mendekati wajahnya. Akifa mendekatkan wajahnya perlahan dan…
Pang!
Aduh, siapa pulak yang lempang ni? Habis hilang mimpi aku ! Rayyan membuka mata. Marah bila mimpinya diganggu.
Rupanya tangan akifa yang berada di mukanya.Rayyan mengalihkan tangan tersebut.
Dia menarik nafas berat. Habis hilang mimpi tadi. Entah mengapa mata rayyan tertumpu melihat akifa. Dia tersenyum. Cute juga ye Akifa naila bila tidur.
Khusyuk rayyan memandang wajah isterinya itu hingga...
"Aduh! baru puji dah kena penendang. Tarik balik lah ! "
lutut Akifa secara tidak sengaja tertendang perut rayyan. Level taekwando black belt rupanya gaya tidur Akifa.
Dia berbaring semula dengan posisi mengiring ke kanan menghadap akifa. Matanya terpejam semula dan kini dia hanyut di alam mimpi.
Share this novel